01 di skudai - Google Blog Search |
Minta Kerajaan Johor Batalkan "Pool Party" <b>Di</b> The Library, <b>Skudai</b> <b>...</b> Posted: 02 Apr 2014 08:45 PM PDT Ini bukan budaya Rakyat Malaysia. Ditambah dengan situasi Rakyat Malaysia yang masih berkabung dengan kehilangan pesawat MH370. Adalah diharapkan Kerajaan Johor di bawah kepimpinan DS Mohamed Khaled Nordin, dapat membatalkan parti yang dinamakan "The Pool Party" ini. Parti ini akan diadakan di The Library @ Skudai, Sabtu ini 05 April. The Library terletak di Giant Supermarket, Taman Nusa Bestari, Skudai. Parti ini akan meletakkan 2 kolam renang di dalam The Library. Iklan parti ini menyatakan perempuan yang datang dengan pakaian renang akan mendapat 'champagne' percuma! Lelaki pula dialu-alukan dengan pakaian pantai dan bersandal. Adalah amat tidak bersesuaian apabila Negeri Johor yang bercuti pada Hari Jumaat untuk menghormati hari kebesaran Islam mengadakan parti liar dan arak pada hari Sabtu, hari berikutnya. |
You are subscribed to email updates from di skudai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan