Sabtu, 26 April 2014

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Apr 2014 12:00 AM PDT

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Felda Lok Heng Barat telah merasmikan pembukaan Homestay terbaru kepada semua pengunjung dan pelawat yang bertandang dan ingin menginap di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor.

Homestay yang juga merupakan bangunan GPW ini baru siap dibina dengan memiliki 2 ruang bilik yang sangat luas, ruang bilik solat, ruang mesyuarat, ruang dapur dan bilik air. Dengan hiasan yang cantik dan menarik pasti memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung yang menginap di sini.

Ruang tamu ini sesuai untuk majlis mesyuarat, taklimat, majlis makan dan pelbagai

 Bangunan homestay ini memiliki 2 ruang bilik tidur yang mana setiap satu bilik berkeluasan anggaran 10 kaki X 20 kaki

Homestay Felda Lok Heng Barat ini bukan saja merupakan bangunan baru, malahan lengkap dengan kemudahan seperti dapur, televisyen, peti sejuk dan meja mesyuarat.

Rekabentuk tandas yang cantik dan sentiasa bersih

Keselesaan dan keselamatan pengunjung adalah terjamin disini, dengan anggaran kapasiti pengunjung dalam satu-satu masa sekitar 30 orang. Ianya amat berbaloi bagi anda yang bermalam disini di mana lokasi homestay yang sangat dekat dengan masjid, kedai makan, kedai runcit, perkhidmatan teksi, pasar malam, serta merupakan lokasi paling strategik di dalam Felda Lok Heng Barat.

Para pelajar USM bergambar dihadapan Homestay Felda Lok Heng Barat

Homestay Felda Lok Heng Barat ini dijangka bakal dikunjungi oleh ramai pengunjung luar samada pelancong asing, felda-felda luar, individu persendirian, mahupun pelajar-pelajar universiti. Admin sempat merakamkan gambar kenangan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) semasa kajian lapangan mereka di Felda Lok Heng Barat berkaitan Kajian Kemenangan AKKF Felda Lok Heng Barat. Apa yang menariknya, mereka amat berpuas hati dengan layanan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan malahan seluruh warga Felda Lok Heng Barat dalam menjayakan misi kajian AKKF mereka sepanjang berada di sini.

Sebarang Tempahan / Pertanyaan Boleh Hubungi :

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Warga Jerman ditahan <b>di Senai</b> disyaki seludup dadah ABN News <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 10:45 PM PST

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Jerman ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini Ahad lalu kerana disyaki menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine ke negara ini.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, setelah imbasan awal yang dibuat terhadap sebuah bagasi mengandungi enam tas tangan wanita, menunjukkan objek yang meragukan.

"Lelaki itu tiba di sini dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan ini merupakan kali kedua dia memasuki negara ini," kata Pengarah Kastam Johor Datuk Ramli Johari.

Bercakap pada sidang akhbar di sini beliau berkata, hasil pemeriksaan rapi yang dibuat di hadapan lelaki itu, pihaknya mendapati terdapat empat bungkusan yang dibalut dengan kertas karbon disorokkan di bahagian lapisan bawah di dalam empat tas tangan terbabit.

Keempat-empat bungkusan itu mengandungi ketulan kristal dipercayai methamphetamine dengan anggaran berat 3.308 kilogram dan ditaksir bernilai RM628,520.

Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 1 Februari untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ramli memberitahu bahawa sepanjang tahun 2013 JKDM Johor berjaya mematahkan 10 kes penyeludupan dadah.

Tujuh daripadanya melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dua kes di pejabat pos dan satu kes di Jeti Kukup.

"Kesemuanya melibatkan rampasan dadah berjumlah 43.657 kilogram dengan nilai taksiran RM6.2 juta," katanya. – Bernama

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Projek naik taraf Masjid Jamek <b>Gelang Patah</b> | mknaceunlimited

Posted: 17 Apr 2014 11:31 PM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 892
Widget Aktif : 3,883
Banner Aktif : 5,498

Domain Dibenarkan: 9,381
Jumlah Artikel : 669,947

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Ibu bersama dua anak maut dalam kemalangan tiga kenderaan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2014 02:44 AM PDT

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dan dua anaknya maut apabila Perodua Kelisa yang mereka naiki terlibat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7.1 Jalan Pontian Besar, Parit Sikom, Pontian semalam.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, mangsa Roslina Manggil, 29, seorang pekerja stesen minyak di Pekan Nanas, serta Mohd Sufi Jamaludin, 11, dan Melati Ayu Jamaludin, 9, dalam perjalanan pulang dari hospital.

"Berdasarkan siasatan awal, kenderaan dipandu mangsa tiba-tiba memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta Nissan Serena dari arah bertentangan," kata Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Zahaliman Jamin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bahagian belakang kenderaan mangsa kemudian digesel kereta Perodua Viva yang datang dari arah Pontian.

Kemalangan itu berlaku di jalan lurus namun keadaan cuaca yang sedikit berkabus mungkin menghalang tahap penglihatan pemandu.

Lelaki yang memandu Nissan Serena cedera ringan manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kenderaan yang terlibat dalam nahas itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk pemeriksaan lanjut oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). – Bernama

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Projek naik taraf Masjid Jamek <b>Gelang Patah</b> | mknaceunlimited

Posted: 17 Apr 2014 11:31 PM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 3,293
Widget Aktif : 3,911
Banner Aktif : 5,468

Domain Dibenarkan: 9,379
Jumlah Artikel : 669,432

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Jaga-jaga <b>di</b> RnR <b>Pagoh</b> | Lynn Munir...and i will do it my way

Posted: 22 Apr 2014 12:16 PM PDT

19hb April, aku memutuskan untuk pergi ke Johor. Menziarahi downline aku sekali
gus, menziarahi saudara mara di sana. Aku dan suami bertolak jam 8am dengan harapan
kami dapat sampai di Kota Tinggi dalam pukul 11.30am. Mak cik Azizah akan
menunggu di sana sebelum kami bergerak masuk ke Felda Semencu. Tempat di mana
salah seorang mobile stokis berada. Sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai tapi
syukurlah trafik lancar sehinggalah kami sampai di Nilai. Entah mengapa kali ni kami
tidak banyak berbual seperti selalu. Kami hanya berhenti di RnR Pagoh untuk membuang
air kecil sebelum menyambung semula perjalanan. Aku talipon Cik Zizah memberitahu
kelewatan kami kerana keadaan jalanraya yang licin dan hujan renyai yang berterusan.

Keluar dari RnR Pagoh jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Suami aku terus pecut.
Aku pulak sibuk membelek talipon untuk membaca mesej dari watsup. Sempat aku jeling
cermin di sebelah kiri dan aku nampak ada kelibat 2 buah kereta di belakang kami yang
berada dalam kelajuan sederhana. Tak semena-mena aku rasa tayar kereta tergelincir
dan kereta kami ditarik ke jurang. Suami aku membalas stering kereta ke arah berlawanan
dan menyebabkan kereta kami berpusing 360 darjah dan memakan keseluruhan 3 lane
di jalan raya. Aku memang sangat cemas dan hanya mampu berdoa supaya kereta
dibelakang merendahkan kelajuannya dan tidak merempuh kami. Dengan mata yang
separuh terpejam aku dapat menyaksikan kereta kami berpusing 3 kali dengan pusingan
360 darjah dengan kelajuan sekitar 130 - 140km. Aku hanya mampu bertawakal dan
menjerit sekuat hati.

Allah Hu Akbar !! Allah Hu Akbar !! Allah Hu Akbar !!!
Cukup 3 kali aku menjerit, suami aku dapat mengawal kereta semula dan
memberhentikan di tepi jalan. Keseluruhan dashboard meter merah. Aku toleh ke belakang,
tak ada kenderaan ! Mungkin mereka nampak apa yang berlaku di depan mereka lalu
memperlahankan kendaraan dan menjaga jarak. Aku toleh ke muka suami aku. Bibirnya
terkunci. Wajahnya jelas terkejut. Aku usap dada dan belakang badannya untuk memulih
kan semangat dan kami duduk di dalam kereta termenung selama beberapa minit. Dan bila
aku perhatikan........, Subhanallah jarak kereta kami berpusing dan terseret itu adalah
sejauh 500 meter. Jika pada wakut itu aku berada di luar kereta pasti aku sujud syukur. Tapi
mengenangkan tempat itu tidak berapa sesuai, aku meminta suami marakan kereta sedikit
ke hadapan. 10 minit selepas itu, keadaan dah lega suami aku start semula enjin kereta
dan kami meneruskan perjalanan. Pagoh km 120- km 122.1, sila ambil
perhatian wahai pemandu-pemandu sekelian.
                                 

                                             Menyajikan adegan lasak di jalan raya

Aku toleh muka suami dan kami saling berpandangan. Suasana seakan terhenti untuk
beberapa minit. " Fuh.....macam dalam filem action Fast and Furious pulak.........
Selalu kita tengok babak tu dalam filem aja. Hari  ni babak stunt tu kita lakunkan sendiri,"
suami aku berkata perlahan. You ok sayang ? Nampak rilex semacam, " suami aku
bertanya kehairanan. Dia pelik melihat aku tidak mengeletar ketakutan. Aku hanya
tersenyum. Aku sendiri pelik bagaimana kami boleh meneruskan perjalanan tanpa
sebarang rasa trauma selepas melalui saat-saat yang hampir saja meragut nyawa kami
berdua tadi. Degupan jantung aku masih dalam ritma biasa ( tidak kencang ), aku
berjaya menahan rasa cemas. Tidak seperti selalu. Rasa takut, cemas dan terperanjat
dapat aku kawal. Malah aku rasakan bunyi degupan jantung aku tidak deras seperti
selayaknya orang yang baru mengalami kejadian yang menakutkan. Mungkin segala
masaalah jantung yang aku alami telah dapat diatasi sejak aku mengamalkan Cellmaxx ???

Sebenarnya ini kali ke dua aku mengalami kejadian serupa sejak belasan tahun yang
lalu. 15 tahun tahun dahulu, 2 km selepas turun dari RnR Pagoh, kereta aku yang hanya
dalam kelajuan 60km ditarik ke arah jurang. Brek kereta tidak berfungsi walau pun
selepas ditekan berkali-kali dan kereta kami melanggar tebing jalan dengan jurang dalam
yang menunggu di bawahnya. Bezanya, waktu itu kami panik. Hanya setelah beberapa
saat baru aku teringat dan mengarahkan adik aku ( yang ketika itu bersama kami )
untuk melaungkan azan dan brek kereta kemudiannya kembali berfungsi. Siapa sangka
aku mengalami kejadian itu lagi buat kali ke dua, di tempat yang sama.

Kata seorang kawan aku yang mengetahui kejadian yang aku alami itu, katanya dia
melihat beberapa kali angin mampat yang memasuki bawah kereta di kawasan yang sama.
Terbaru katanya adalah kereta Proton Iswara yang terbalik di jalan raya di situ disebabkan
angin lintang. Tapi aku amat pasti tiada angin lintang di situ kerana tiada penandanya.
Tiada sebarang bendera angin lintang yang dipasang di kawasan itu.

Kami meneruskan perjalanan dengan pemanduan kereta kami yang bergerak ala tarian
kuda kepang. Kadang aku terasa seolah melakukan tarian zapin di atas jalan raya yang
licin. Aku katakan begitu, kerana setiap kali tayar kereta menyentuh air di atas jalan,
stering kereta terpusing sendiri. Suami aku kena pegang stering kereta kuat-kuat kerana
tak mahu ia lari. Tayar kereta tidak lagi mencengkap. Dan kami masih perlu menempuh
perjalanan sejauh 129km untuk sampai ke bandar Kulai. Akibat aksi drift lasak yang
yang dashyat tu kami terpaksa mengganti 2 biji tayar kereta di bahagian belakang
yang kehilangan bunga dan dah keluarbenang kereta, sebelum meneruskan perjalanan
 ke Kota Tinggi. Kopak RM 750.00

Mungkin Tuhan masih sayangkan kami berdua. Aku tak dapat membayangkan bagaimana
keadaan anak-anak kami andai kami terus pergi dijemput Tuhan ketika itu. Sepatah kata
adik ipar aku bila kami bercerita tentang kejadian itu, " jawabnya........, kami pakat ambik
sorang satu lah bela anak-anak sedara."

Malam itu sewaktu menziarah seorang kenalan baru yang pernah 3 kali kemalangan dan
koma, dia mengajarkan aku satu lagi petua yang tidak pernah aku ketahui. Jika biasanya
setiap kali memegang stering kereta dan menaiki kenderaan aku akan mulakan dengan
bacaan basmallah, dengan syahadah, dengan doa menaiki kenderaan dan surah Al-Ikhlas
3 kali........, nampaknya kini aku akan mengamalkan satu lagi petua baru. Keluarlah dari
pintu rumah dengan bacaan Al-fatihah dan sedekahkan kepada roh ibu bumi. Kerana setiap
benda di sekeliling kita mempunyai roh. Andai ditakdirkan satu hari nanti kita mengalami
kemalangan, jika Allah izinkan bumi yang akan menyambut tubuh kita tanpa sebarang cacat
cela jasad walaupun mungkin hayat kita berakhir di jalan raya. Dan aku yakin kepada
petuanya itu.


ads