Sabtu, 31 Mei 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Kisah Seram Hantu Lilin <b>Di</b> Dataran Bandaraya <b>Johor Bahru</b> | Tabek <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 08:55 PM PDT

Sekitar tahun 1995,Johor Bahru di gemparkan dengan kemunculan Hantu Lilin di Dataran Bandaraya Johor Bahru.Kisah bermula apabila satu keluarga beriadah di waktu malam sambil menikmati angin laut & pemandangan di Dataran Bandaraya.Mereka mengambil gambar di air pancutan yang terletak di tepi tangga menara jam.Selepas penat bergambar mereka pun pulang ke rumah dan keesokkannya menghantar rool filem kamera mereka untuk di cuci.(Zaman dulu belum ada Kamera Digital yea) .Sebaik di cuci dan gambar di amik mereka terperanjat apabila salah satu gambar mereka terdapat imej hantu sedang memegang lilin.

Untuk pengetahuan korang semua,masa tu aku bekerja sebagai kerani biasa di Pejabat Barita Harian & Metro Bandar Baru Uda sementara menunggu keputusan SPM keluar.Dua hari sebelum cerita ini keluar di Harian Metro, keluarga ini ada menghubungi pejabat Berita Harian untuk di beritahu tentang kejadian tersebut dan akulah yang menyambungkan talian mereka kepada wartawan Harian Metro.

Mulanya wartawan tidak percaya dan meminta mereka hadir dengan membawa gambar tersebut.Tapi bila mereka datang dan membawa gambar & negetif filem gambar hantu tersebut barulah wartawan percaya dan berjanji akan mengeluarkan cerita itu di Harian Metro.Aku dan beberapa pekerja yang lain sempat melihat gambar yang mereka bawa memang original dan tiada kesan teknik imposed pun.

 Sehari hari selepas itu Harian Metro pun mengeluarkan cerita "HANTU LILIN " di muka surat depan berserta gambar yang mereka dapat.Kalau tak silap aku itulah kali pertama Harian Metro Johor mencapai jualan 1juta naskah.Telefon kat pejabat aku berdering-deriang dari pagi sampai ke malam sampai aku tak larat nak menjawap untuk disambungkan ke wartawan.Aku yang bukan wartawan ini pun dah jadi macam diaorang menjawap segala pertanyaan berkenaan gambar tersebut.Kecoh & heboh satu Johor sampaikan Mufti pun beri komen di rancangan TV dan surat khabar keesokkannya.

DATARAN BANDARAYA yang dulunya tempat melepak dan memadu kasih bagi pasangan yang bercinta menjadi sunyi sepi lebih-lebih lagi pada waktu malam.Tak ada seorang umat pun kelihatan merayau di waktu malam seperti selalu.Lebih kurang setahun jugak lah tempat tu jadi sunyi sepi.Tapi sekarang pembangunan di sekitarnya menjadikan Dataran Bandaraya Johor Bahru salah satu destinasi pasti lawat di Johor Bahru.

Dataran Bandaraya Johor Bahru sekarang di waktu malam..sumber : riodenaz.blogspot.com

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Kegiatan Samun <b>di Kluang</b> Tumpas | Jenayah - Rakyat News

Posted: 25 May 2014 11:00 PM PDT

alt

 

JOHOR BHARU 26 Mei - Polis Johor menumpaskan satu sindiket samun berkawan di daerah Kluang berikutan penahanan tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 29 tahun, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata bertindak atas maklumat, pihak polis menangkap kesemua suspek Rabu lepas dalam Ops Cantas dan serbuan di Seremban.

"Dengan penangkapan ini, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes samun di Kluang dan satu kes curi kenderaan di Masai, Seri Alam," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Mokhtar pada 19 Mei lepas, pihak polis menerima laporan berhubung satu kejadian samun di KM58, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Kulai ke Simpang Renggam berhenti di lebuh raya untuk menelefon majikannya, sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang, menyamun dan melarikan van milik mangsa.

Beliau berkata, dalam serbuan semasa ops cantas itu, polis turut merampas sebuah van jenis Toyota Hiace, sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah Toyota Hilux, dua bilah parang, sarung tangan, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, empat keping nombor pendaftaran kenderaan, tiga pasang 'ski mask' dan satu tukul besi.

Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 28 Mei bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata polis turut menumpaskan satu sindiket curi motosikal di daerah Kluang berikutan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di Taman Rumas, Kluang, Khamis lepas.

Beliau berkata, rentetan penangkapan itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan di dua lokasi berbeza di Felda Layang-Layang dan Taman Seri Bayu, Simpang Renggam.

"Polis turut merampas antaranya dua buah motosikal yang dilaporkan hilang, pelbagai komponen motosikal yang dileraikan, sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenis serta peralatan yang digunakan untuk meleraikan motosikal," katanya.

Mohd Mokthar berkata hasil siasatan ke atas suspek, enam pembeli turut ditahan dan tujuh motosikal curi ditemukan di beberapa lokasi sekitar Simpang Renggam dan Benut, pada 9 pagi hari ini.

"Kita percaya dapat menyelesaikan 11 kes curi motosikal di kawasan pentadbiran ibu pejabat daerah Kluang.

"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 26 Mei bagi membantu siasatan," katanya.

 

 

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 May 2014 07:55 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;Proton Sales Road Show&#39; <b>di</b> Proton Edar <b>Plentong</b>, Johor Bahru <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 09:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Berdasarkan maklumat yang tertera dalam imej di atas, lokasi pertama berlangsungnya siri jelajah tersebut ialah di Proton Edar Plentong, Johor Bahru bermula dari 26 sehingga 27 April 2014. Setakat ini masih belum dapat ...

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di pagoh</b> - Google Blog Search

Posted: 15 May 2014 03:48 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kereta Lotus hancur teruk tetapi pemandu terselamat <b>di Pagoh</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:11 AM PST

Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.
Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit sulong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2014 11:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Keibubapaadn Dan Akujanji <b>Di</b> SK <b>Lok Heng</b> - TeRaTaK <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2014 10:42 PM PDT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Lambat sedikit cikgu kemaskini berkaitan ceramah di SK Lok Heng ini. Hari ini baru berkesempatan.

Ini ceramah cikgu yang kedua di SK Lok Heng untuk tahun 2014 ini. Alhamdulillah sudah 2x mereka panggil cikgu untuk berkongsi ilmu. Setakat memberi info yang cikgu tahu tiada salahnya kan..

Cikgu diminta untuk memberikan panduan pada para ibu dan ayah bagaimanakah cara yang betul untuk mendidik anak menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik tapi juga dari segi sahsiahnya. Haaa ini yang cikgu suka bila bab sahsiah ni. Banyak yang cikgu sentuh lebih-lebih lagi gejala sosial selari dengan kemajuan teknologi sekarang ini.

cikgu berkongsi tips dan petua untuk mendidik anak dengan didikan dan cara yang betul. sebab ada ibu ibu dan ayah ayah yang mungkin "syok sendiri" hehehhee...

Banyak soalan yang cikgu dapat dari para ibu-ibu antaranya:
-sesuai tak hantar anak pi tuition malam
-macam mana nak atasi anak yang suka berbohong
-bila anak balik sekolah dah penat, bagaimana nak bantu anak atasi kepenatan bila disuruh buat latihan
-nak tahu cara agar anak boleh bercerita masalah dengan ibu bapa seperti kawan
-cara meluangkan masa sebab bekerja dan jarang jumpa anak

kemudian cikgu teruskan dengan akujanji. Rasanya pembaca blog cikgu pun dah tahu macam mana proses akujanji itu dijalankan.. kali ni cikgu buat seperti biasa cumanya ada ikrar dari murid kepada guru, ibubapa dan diri sendiri.. kemudian ikrar ibu pada murid dan sekolah pula..



01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 11 May 2014 12:00 AM PDT

Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat.

Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat



Sessi pemberian cenderahati kepada Pengurus Felda Lok Heng Barat, Tuan Mahmud

Kajian mereka dimulai dengan mewawancara warga ibu yang mengusahakan projek IKS di bangunan UMNO Felda Lok Heng Barat

 Pelajar USM bergambar bersama para wargawati IKS Felda Lok Heng Barat


Agenda seterusnya, mereka dibawa menemuramah salah satu warga peneroka Encik Saat yang kreatif dengan laman rumah berkonsepkan kolam air terjun yang cantik 


Gambar kenangan di laman berkonsepkan kolam air terjun



Saudari Syarifah dan Saudari As bergambar bersama adik-adik yang sedang membuat 'study group'

 Turut tidak ketinggalan, Saudari Ain bergambar bersama kumpulan adik-adik Felda

Rumah seterusnya adalah milik Encik Supan Bin Kembang, dengan laman konsep botanical garden yang cantik dan ceria. Malahan, seisi keluarga ini turut ceria menerima kunjungan kami


Kunjungan seterusnya adalah menemuramah para belia Felda Lok Heng Barat, kajian tertumpu disekitar kawasan belia yang menjadi tumpuan belia bersukan & beriadah di waktu petang.

 Pada malam harinya, para pelajar mewawancara Saudara Muzaidee selaku Presiden Belia Felda Wilayah Selatan yang juga merupakan Pengerusi Belia Felda Lok Heng Barat. Aktiviti malam berakhir sekitar jam 11:30 malam.


Kajian hari kedua diteruskan di rumah cantik yang dimiliki Haji Karno (panggilan masyarakat felda)



 Konsep laman rumah yang cantik dan bersih, berkonsepkan ala 'British Design' dengan penuh hiasan bonsai dan kolam teratai menghiasi laman rumah.


Sessi wawancara dan perkongsian ilmu oleh Haji Karno tentang pengalaman berniaga beliau, serta banyak ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama pelajar USM.

 Aktiviti kajian yang dijangka selama 3 hari telah selesai dalam masa 2 hari sahaja, komitmen dan kerjasama seluruh warga Felda Lok Heng Barat sangat diluar jangkaan mereka. Syukur alhamduillah ~


Bergambar bersama admin sebelum berangkat pulang, semoga kunjungan mahasiswi USM ini membuahkan kejayaan dan turut menumpang bangga kerana saya juga adalah merupakan bekas pelajar Sarjana Muda USM & Sarjana UTM. Terima Kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia..!

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 May 2014 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ketua `tuhan harun&#39; di tangkap <b>di tangkak</b>. . kenapa tangkak?

Posted: 21 Nov 2013 09:11 PM PST


Ketua Kumpulan `Tuhan Harun' atau Harun Mat Saat, 47 tahun, ditangkap di Tangkak, Johor semalam rasanya, hasil kerjasama rakyat setempat dan PDRM. Seperti filem `The Enemy of the State' yang dibintangi oleh Will Smith, kecanggihan teknologi boleh mengesan seseorang melalui talian telefon, penggunaan kad kredit dan selainnya digunakan untuk menangkap `Tuhan Harun'.
Sebelum ini penulis mencadangkan Bank bank menerajui teknologi `anti theft technology' untuk mengesan kereta kereta yang tidak berbayar ansurannya melalui `automatic engine off'. Bank bank boleh mengesan kereta walaupun di sorok. Teknologi ini diharap mengantikan profession penarik kereta yang kelazimanan berkait rapat dengan gangsterism.
Berbalik kepada `Tuhan Harun', PDRM mungkin menggunakan rangkaian penarik kereta untuk mengesan kenderaan yang di gunapakai oleh `Tuhan Harun dan pengikutnya.
Beliau ditangkap selepas anaknya di berkas. Mungkin hasil soal siasat (mengikut filem Ingeris, jika enggan berkerjasama, tahanan diberikan sedikit tekanan fisikal), anaknya mendedahkan tempat pensembunyian `Tuhan Harun'.
`Tuhan Harun' sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana mengamalkan ajaran sesat. Beliau mengaku beliau adalah Tuhan. Beliau dan 21 pengikutnya (terlupa angka sebenarnya) telah di dakwa di Mahkamah Syariah tetapi diberitakan tidak hadir ke Mahkamah sebanyak 2 kali.
Di dalam pada itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Allahyarham Ahmad Raffli  ditembak mati di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan minggu lepas. Allahyarham didatangi 3 orang lelaki berkereta warna putih dimana seorang daripada mereka berserban dan memberi salam sebelum menembak Allahyarham. PDRM inginkan kerjasama `Tuhan Harun' dan pengikutnya untuk menyelesaikan siasatan kes bunuh tadi.
Mengapakah `Tuhan Harun' memilih Tangkak untuk tempat bersembunyi?
1.    Mungkin ada pengikut atau saudara mara ajaran `Tuhan Harun' di Tangkak.
2.    Mungkin Tangkak berhampiran dengan Gunung Ledang yang ada orang menjadikan tempat bertapa (kelazimannya bercanggah dengan ajaran Islam).
3.    Mungkin Tangkak berada dilokasi strategik iaitu berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran dengan Kuantan melalui Segamat dan berada di luar kesibukan Bandar seperti Kuala Lumpur dan Melaka.
4.    Mungkin `Tuhan Harun' menganggap penduduk Tangkak tidak perihatin dengan kes kes semasa dan bersikap `tidak menjaga tepi kain orang'.
5.    Mungkin `Tuhan Harun' ingat warga PDRM di Tangkak khasnya tidak cekap dan tidak peka di sekelilingnya.
Penulis harap pihak berwajib dapat mengawal selia penyebaran ajaran sesat kerana ia menjurus kepada pergerakan militan. Malaysia  tidak memerlukan suasana `militan'.

ads