Jumaat, 28 September 2012

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 03:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kulaan Niring: Puaka Niring : Misteri Kipmai <b>Masai Johor</b>...

Posted: 02 Sep 2012 05:04 AM PDT

Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yang di katakan 'berpenghuni'
Tahukah korang bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak digunakan? Maka terjadilah tempat-tempat jin melepak.. Jangan disangka rumah kosong yang dibiarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..
Surau sepi ini berdekatan dengan pekan Masai.. Surau tu dibuat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma untuk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz untuk mengajar kuliah di surau berkenaan..
Yang anehnya setiap kali mengikuti kuliahnya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yang dihadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa-apa pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupannya dari segi harta. Semua kenderaan yang digunakan adalah sumbangan dari anak muridnya. Dia tinggal di rumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama. Masyallah hebatnya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kepadanya... Dia telah kembali ke rahmutullah pada tahun 1990an.
Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun dirobohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah didirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!

Sebelum dirobohkan dulu, ada juga penduduk setempat yang mengatakan bahawa ternampak kelibat orang bersembahyang dikala Maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila diperiksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dapat tahu bahawa yang menumpang sembahyang itu adalah jin-jin Islam..

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jul 2012 04:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Tembikai 27, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 04:46 AM PDT

Nota: Laman web ini diadakan untuk menolong pembeli rumah mencari rumah lelongan awam johor / rumah lelong johor / hartanah lelong oleh bank bank di Malaysia. Semua maklumat disediakan boleh diubahsuai tanpa sebarang notis selanjutnya, sila hubungi kami untuk maklumat terkini.  

By accessing, using or browsing on this Site you agree that you have read,understood and agree to be bound by these Privacy Policy and to comply with all applicable laws, rules and regulations. 

Rumah Lelong Bank Johor
Reviewed by Lelong Bank on July 17 2012
Rating: 4.5

Best viewed using FireFox 3.0+, Internet Explorer 8.0+, Chrome 7.0+, a resolution of 1024 x 768 or higher.

End Lot | Jalan Delima 19, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 01:15 AM PDT

Nota: Laman web ini diadakan untuk menolong pembeli rumah mencari rumah lelongan awam johor / rumah lelong johor / hartanah lelong oleh bank bank di Malaysia. Semua maklumat disediakan boleh diubahsuai tanpa sebarang notis selanjutnya, sila hubungi kami untuk maklumat terkini.  

By accessing, using or browsing on this Site you agree that you have read,understood and agree to be bound by these Privacy Policy and to comply with all applicable laws, rules and regulations. 

Rumah Lelong Bank Johor
Reviewed by Lelong Bank on July 17 2012
Rating: 4.5

Best viewed using FireFox 3.0+, Internet Explorer 8.0+, Chrome 7.0+, a resolution of 1024 x 768 or higher.

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Pulasan 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:58 AM PDT

  • Street: No 28, Jalan Pulasan 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 26 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Dua Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 882
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 9, 2012 11:58 pm
  • Expires: 176 days, 17 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 5804ffaff2f7c28a

Jalan Bacang 2, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

  • Street: No. 22, Jalan Bacang 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
  • Auction Date: 30/7/2012
  • Property Description: An intermediate single storey terrace house
  • Land/Floor Area ( in sqft ): --
  • Tenure: Freehold
  • City: Johor Bahru
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 6, 2012 9:49 am
  • Expires: 173 days, 3 hours

Description

For Booking Hotline : 014-2789061 Suhaimi

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 9394ff6439b472e1

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 01:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


~~bLOG Surirumah~~: Kenangan Permas <b>Kukup</b>

Posted: 30 Aug 2012 07:03 AM PDT

Dua hari ni kakpb tak sempat blog walking dapur kawan-kawan, rindu tau. Tapi kena dulukan perkara yang lebih penting, betul tak? Kakpb sibuk melayan saudara yang dari Johor, sepupu kakpb ni saja nak bercuti 3 hari di Sabah. Bagaimana pun kakpb takde la bawa dia ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sebab dia ada orang yang bawa.

Sebelum dia balik siang tadi, sempat juga bawa ke pasar philipine dan pasar besar KK. Beli ikan masin dan ikan bilis agenda wajib mereka yang datang sini. Malam sebelumnya agenda makan-makan seafood di tepi laut, kakpb pun first time makan kat situ. Kita orang ni memang jarang keluar malam, bila ada tetamu barulah nampak bandar KK waktu malam.


Sepupu anak beranak berbincang ambil foto tepi pasar philipine sementara menunggu gerai ikan masin di buka.

Sepupu kakpb complain, sejak cuti tak bawa orang pergi umrah ni, berat badan dia makin naik.....haha...

Teringat masa kakpb sekolah rendah dulu, kalau cuti je selalu pergi rumah dia di Kukup, Permas. Masa tu takde jalanraya, tanah merah......kalau hujan lecak....terpaksa berkaki ayam jalan kaki. Nak kerumah dia kena naik basikal entah berapa kilometer. Kakpb tak pandai naik basikal, duduk kat palang atau seat belakang.

Suka sangat pergi kampung dia, tanahnya tanah gambut. Air kolamnya warna kuning tapi jernih. Sekitar rumahnya di penuhi ladang nenas dan pelbagai pohon buah. Kakpb kerap main celah-celah ladang nenas dan pokok kelapa yang tumbang, meniti atas batang pokok kelapa sambil main kejar-kejar atau sorok-sorok. Bila malam takde letrik, mereka guna lampu pam.

Time makan dah macam kenduri sebab adik beradik dia ramai. Meja makan takde macam sekarang ni, makan bersila dan hidangan dibuat dua kumpulan. Orang dewasa asing dengan kanak-kanak. Emak sepupu (mak saudara kakpb) agak tegas orangnya. Sembahyang jemaah dan mengaji wajib setiap malam.
Bagaimanapun kakpb suka join famili mereka sebab kakpb jauh dari adik beradik. Bila bersama mereka terasa meriahnya, kena pula mereka ni kuat ketawa.

Bila di ingat kembali, terasa ingin mengulang keindahan masa lalu........

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Errah Najwa: FABulous 2012 <b>di</b> Pulai Spring Resort, <b>Skudai</b> Johor <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 05:03 AM PDT

Walau agak dah terlewat i cerita pasal ni (sangat-sangat lewat ok) tapi dari ianya terperap dalam folder laptop ni, i gigihkan jugak lah nak tempek-tempek gambar yang ada sepanjang FABulous 2012 ni.
Kalau dari kamera i sendiri memang tak sah lah kalau tak ada gambar makanan, confuse betul lah kenapa i minat sangat. Tak ambil gambar orang pun takper, janji gambar makanan tu ada. Haha.! 
Sebagai pembuka entry i post dulu lah the menu. Hihi. Gambar orang-orang nantilah yer. Sebab gambar menu ni memang dah lama edit time cuti lagi, tunggu nak click publish jer.
 Kan i dah cakap memang dah lewat entry ni keluar, hampir 4 bulan lamanya.
 Me and the gang punya table
 Maaf Connie Mol. Ambil picture u sebab tak ada gambar full set-up meja ni.:)
 Juga ini. Event dinner ni berlangsung di Dewan Kencanapuri dalam kawasan Pulai Spring Resort. Dekat sangat, just belakang UTM Skudai ni jer.
Senarai Menu. Tema menu ni adalah ala-ala Chinese Style.Mari kita tengok gambar close-up menu di atas.
 Four Varieties of Hot and Cold Dish Combination.
 Sangat-sangat sedap terutamanya yang macam sushi tu. Overall combination dish ni memang kena dengan selera i. Nak lagi nak lagi...!
Tak tahu apa isi dalam tu tapi macam ada rasa tauhu yang dipotong halus-halus, yang lain tak dapat dikenalpasti. Bagi i sedap tapi bila makan banyak-banyak rasa muka pulak. Makan panas-panas memang best. Tapi ada kawan i tak lalu makan soup ni sebab rasa dia macam masam-masam camtu. Lain orang lain citarasanya kan.
Yang ini kalau tak habis bukan manusia lah. Haha, tak cukup sepinggan jer.  Isi ayam sangat lembut. 10 bintang i bagi.
 Steamed Red Snapper Fish Pattaya Style
Asal nampak makanan jer berebut-rebut kena sambar. Meja orang lain tak habis lagi, meja kitorang selamat duk diam-diam dalam perut dah. I tak tahu nak describe cane, sedap memang sedap. Tapi tulah mana cukup seekor jer. Haha.!
Kalau tak bersama daun kari tu maybe lagi sedap. Rangup dan memang cukup-cukup jelah. Juga enak dan sedap.
 Three Kind of Mushrooms with Greens
I memang gemar makan mushroom but perut dah penuh so dish ni memang tak dapat dihabiskan. Kawan-kawan lain pun macam tak in dengan selera dorang, so tak berapa nak licin pinggan ni.
Nasi goreng sejuk dah. Very simple, bahan-bahan pun tak banyak. I boleh cakap rasa dia so-so jelah.
Segar, nyaman dan sedap. Cuma manis sikit lah.
Satu je yang tak puas hati. Servis semua ok. But cara hidangkan menu tulah. Kita kan jenis kalau makan mesti nak makan sekali dengan lauk pauk. Tapi di sini dorang serve 1 persatu menu bermula dari menu pertama di atas dan akhirnya nasi goreng lah. Lepas habis satu menu, dorang hidangkan menu seterusnya pulak. Kiranya we all dah kenyang ratah semua lauk-pauk tup tup last sekali baru jumpa nasi. Time tu makan nasi kosong jelah. Kenapalah tak hidangkan sekaligus kan, baru aman damai sikit perut kitorang. Hihi. 
Okes, gambar i wajib lah ada. Muka excited nak makan guna Chopstick. Berterabur.!

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Isu Talam : PR Cabar MCA Debat <b>Di Labis</b>

Posted: 06 Sep 2012 02:13 AM PDT

SHAH ALAM, 6 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencabar Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong untuk berdebat di depan pengundinya sendiri di Labis pada 9 September ini berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation.

Cabaran itu dikemukakan tiga ahli parlimen PR yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor sebagai jurucakap berhubung isu Talam iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PAS), William Leong (Selayang-PKR) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP, pagi tadi.

Dr Dzulkefly ketika dihubungi TV Selangor berkata debat itu bertujuan memberi peluang kepada Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengemukakan hujah dan bukti di hadapan pengundinya berhubung perkara itu.

"Dia (Tee Yong) dia boleh pilih antara kami bertiga, sama ada saya, Tony Pua atau William Leong atau Cik Faekah sendiri. Dia tidak layak langsung untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tersebut.

"Saya berulang kali menulis secara akademik dan teknikal berhubung isu Talam, tetapi mereka masih tidak faham. Ini bukannya kes baru," katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan komersial yang baik dalam penyelesaian hutang Talam yang dibuktikan menerusi badan audit bebas antarabangsa yang dilantik, KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd.

Abdul Khalid turut menjelaskan perkara itu membuktikan usaha Kerajaan Negeri mengutip sejumlah RM392 juta hutang daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib dan mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negeri dan rakyat Selangor.

Namun, Tee Yong masih belum berpuas hati dengan laporan juru audit tersebut serta mempersoalkan kredibiliti KPMG dengan memberi contoh skandal mega Enron yang berlaku di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Dr Dzulfekly dengan menyifatkan ia sebagai "jahat", tidak berasas dan tidak profesional.

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


<b>Gelang Patah</b>, Johor « Adnin Naim&#39;s Blog

Posted: 04 Sep 2012 10:59 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan kami bersembilan selama 5 hari dari Kelantan melalui Pahang – Kuala Lumpur – Negeri Sembilan – Melaka dan Johor mengeratkan ukhuwwah kami. Maklumlah apabila sudah memasuki fasa bekerja, kami jarang berbual-bual mengenai hal selain KERJA! KERJA dan KERJA JAJAJAJAJAJA !!!!!

Alhamdulillah dikesempatan ini, kami manfaatkan bersama-sama. Makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama-sama membuatkan kita lebih mengenali teman yang selalu disamping kita. Pelbagai ragam, karenah dan banyak cerita lucu yang kami kongsi. Bahkan sehingga ke hari ini (hari kedua selepas pulang), kami hanya berkesempatan berkongsi satu cerita, satu hari kerna terlalu banyak plot yang berlaku terutama kisah "Yasmin masuk bilik bedah". MasyaAllah, tak pernah kami semua bergelak ketawa sebegitu, maklumlah di hari-hari biasa, kerut di kening mengalahkan Ziana Zain!

***

Saya sudah lama tidak ke Johor. Kali terakhir saya ke Johor kerana mengikuti Misi Banjir di Johor pada tahun 2007. Sebelum tu, saya ke sana bersama projek Anjung Selatan di Skudai, UTM bersama teman-teman MSK termasuklah Izzah Hayati dan Hurhull Aein pada tahun 2004. Lapan tahun sebelum itu, saya ke Johor menemani Allahyarham Che Su bekerja sebagai kerani sekolah menengah di Gelang Patah (saya lupa nama sekolah tu) pada musim cuti sekolah. Maklumlah sekolah cuti, kerani sekolah lah yang paling setia menjaga sekolah selain pak guard.

Banyak kenangan saya bersama arwah berkumpul selama sepanjang cuti sekolah akhir tahun 1996. Banyak pengalaman  pertama saya lalui di sana:

Teman-teman selalu bertanya, siapakah dalam keluarga saya yang mempunyai persamaan seperti saya? Mereka takkan dapat melihatnya lagi sehingga dikumpulkan semula di Syurga Allah nanti. Arwah meninggal dunia pada hari Wukuf di Arafah 9 Zulhijjah 1420H bersamaan 15 Mac 2000, beberapa minggu sebelum keputusan SPM saya diumumkan. Terima kasih Che Su kerna mengenalkan banyak pengalaman yang berharga walaupun tak sempat melihat saya masuk Universiti. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Ameen. Al Fatihah.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Blog Dewan Pemuda PAS Pt. Sulong: Prof Aziz Baru <b>di Parit Sulong</b>

Posted: 11 Jul 2012 12:21 PM PDT

CERAMAH UMUM bersama Prof Aziz Baru (Pakar Perlembagaan M'sia) dann Ust Ahmad Rosdi Bahari (Pendakwah Bebas) serta Ir. Hj Khairudin A. Rahim (Pengerusi Aduan Rakyat Pt Sulong). 

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Isu Talam : PR Cabar MCA Debat <b>Di Labis</b>

Posted: 06 Sep 2012 02:13 AM PDT

SHAH ALAM, 6 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencabar Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong untuk berdebat di depan pengundinya sendiri di Labis pada 9 September ini berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation.

Cabaran itu dikemukakan tiga ahli parlimen PR yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor sebagai jurucakap berhubung isu Talam iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PAS), William Leong (Selayang-PKR) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP, pagi tadi.

Dr Dzulkefly ketika dihubungi TV Selangor berkata debat itu bertujuan memberi peluang kepada Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengemukakan hujah dan bukti di hadapan pengundinya berhubung perkara itu.

"Dia (Tee Yong) dia boleh pilih antara kami bertiga, sama ada saya, Tony Pua atau William Leong atau Cik Faekah sendiri. Dia tidak layak langsung untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tersebut.

"Saya berulang kali menulis secara akademik dan teknikal berhubung isu Talam, tetapi mereka masih tidak faham. Ini bukannya kes baru," katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan komersial yang baik dalam penyelesaian hutang Talam yang dibuktikan menerusi badan audit bebas antarabangsa yang dilantik, KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd.

Abdul Khalid turut menjelaskan perkara itu membuktikan usaha Kerajaan Negeri mengutip sejumlah RM392 juta hutang daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib dan mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negeri dan rakyat Selangor.

Namun, Tee Yong masih belum berpuas hati dengan laporan juru audit tersebut serta mempersoalkan kredibiliti KPMG dengan memberi contoh skandal mega Enron yang berlaku di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Dr Dzulfekly dengan menyifatkan ia sebagai "jahat", tidak berasas dan tidak profesional.

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Wujudnya kampung &#39;hantu&#39; <b>di Kluang</b> - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 26 Sep 2012 06:28 PM PDT

Ada papan tanda, tetapi kampungnya tidak wujud, malah penduduk juga tidak kelihatan.Begitulah kepelikan yang menerpa setiap orang yang melalui Jalan Kluang-Kota Tinggi  di Johor di sini yang tertanya-tanya dengan kewujudan sebuah papan tanda bertulis Kampung Muafakat, berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat.Ini kerana jika mereka masuk ke kawasan itu, lebih kurang empat kilometer daripada papan tanda berkenaan, tidak ada sebuah rumah pun dijumpai.
Sebaliknya kawasan yang dikatakan perkampungan ini hanya dipenuhi tanaman kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran.

Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Abdul Malik Ismail, hasil tinjauan dan pemeriksaan pihaknya di kawasan tersebut mendapati kampung yang dimaksudkan memang tidak wujud.

"Kawasan ini diterokai secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Papan tanda Kampung Muafakat ini hanya diwujudkan bagi melindungi kegiatan pencerobohan haram di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Malik berkata, kampung itu dipercayai diwujudkan oleh seorang ketua peneroka haram di dalam kawasan tanah Hutan Simpan Kluang.

254.9 hektar kawasan 'kampung' diteroka secara haram

Menurutnya, Kampung Muafakat tidak pernah diketahui kewujudannya, malah ia tidak pernah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kluang.

"Jika tiada aduan diterima daripada penduduk di kawasan Felda Bukit Tongkat, memang kami tidak menyedari akan perkara ini.

"Hasil lawatan dan pemeriksaan di kawasan yang telah dicerobohi itu kami mendapati, peneroka haram ini telah mula menanam kelapa sawit, sayur-sayuran serta turut mendirikan bangunan sarang burung walit,"  katanya.

Abdul Malik berkata, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati seluas 254.9 hektar kawasan tersebut telah diteroka secara haram.

"Memang tiada sebarang penempatan di sini. Penduduk tempatan juga tidak ada melainkan pendatang asing yang dipercayai bekerja sebagai kuli di kawasan kebun sayur tersebut.

"Selepas pihak kami membuat tinjauan, semakan terus dilakukan oleh Pejabat Tanah Kluang dan hasilnya kami mendapati status tanah kampung tersebut tidak pernah mendapat kelulusan malah tiada permohonan dilakukan sehingga sekarang.

"Jabatan Perhutanan daerah Kluang pula mengesahkan tanah yang diceroboh itu telah dibebaskan pada 1976 namun ia masih belum diwartakan sehingga sekarang dan ia masih berada di dalam penjagaan dan bidang kuasa mereka.

"Ia sekali gus membuktikan Kampung Muafakat tidak pernah wujud," katanya.

Usaha jejaki 'ketua kampung', pemaju

Dalam pada itu, menurut Abdul Malik, pihaknya kini sedang berusaha menjejak 'ketua' dan 'pemaju' kampung tersebut yang nama mereka tertera di atas papan tanda berkenaan.

Selain itu, tegasnya, Kampung Muafakat kini berstatus tanah yang diceroboh kerana semua kerja tanaman yang dilakukan di kawasan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana jabatan sama ada Pejabat Tanah ataupun Pejabat Perhutanan Daerah Kluang.

"Berikutan daripada apa yang berlaku, pihak kami akan mengadakan tindakan bersepadu dengan pihak polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Imigresen dalam masa yang terdekat ini.

"Ia harus dijalankan bagi menyekat aktiviti pencerobohan haram ini yang dianggarkan aktif lebih sepuluh tahun," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut juga akan diadakan untuk mengetahui dalang sebenar yang memberi kebenaran kepada individu terbabit untuk menceroboh tanah hutan simpan itu sehingga menjadi ladang sayur dan kelapa sawit.

Pagar gajah juga rosak

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yasa Awi Ba berkata, 'kampung' yang dikenali sebagai Kampung Muafakat itu sudah lama wujud, malah hampir sepuluh tahun.

"Pada waktu itu, mereka yang menceroboh kawasan tersebut tidak melakukan sebarang kerosakan di kawasan ladang Bukit Tongkat. Jadi tiada aduan dibuat.

"Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, mereka yang tidak bertanggungjawab telah melakukan kerosakan ke atas pagar gajah serta parit gajah yang menjadi sempadan antara kawasan ladang dan tanah hutan simpan Kluang yang diceroboh itu. Disebabkan itu ramai pemilik ladang mula bengang dan buat aduan kepada pihak berwajib," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Md Yasa berkata, apabila pagar gajah sudah dirosakkan, maka pemilik ladang mengalami kerugian kerana gajah liar memasuki kawasan ladang dan memusnahkan tanaman.

Pengurus Felda Bukit Tongkat, Zainal Abidin Jilani berkata, laporan mengenai wujudnya Kampung Muafakat sudah lama diketahui malah terdapat juga individu dilihat keluar masuk ke dalam ladang berkenaan.

Beliau berkata, pada masa ini kawasan tersebut sudah menjadi ladang sayur-sayuran dan kelihatan seolah-olah sudah menjadi hak milik mereka.

"Pihak Felda setakat ini tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atas mereka namun, disebabkan mereka telah merosakkan pagar gajah, pihak kami perlu lakukan sesuatu.

"Bagaimanapun, saya harap masalah tersebut dapat diatasi segera. Jika tidak peneroka Felda akan mengalami kerugian dengan menanggung kos membaiki pagar serta parit gajah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel… KLIK SINI
Ubat Kuat Lelaki, Merawat Masalah Lemah Syahwat & Mati Pucuk, 100% Herba!! .. KLIK SINI
Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua… KLIK SINI

Pengalaman Bantu Ahmad Fuad Juara <b>di</b> Litar <b>Kluang</b> | Dunia Sukan

Posted: 23 Sep 2012 07:30 AM PDT

Ahmad Fuad ternyata jaguh di Kluang

Ahmad Fuad Baharudin tidak mensia-siakan pengalaman selama 15 tahun beraksi sebagai pelumba profesional apabila muncul juara kategori CP130 pada perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Kluang, Johor, hari ini.

Dikenali sebagai litar yang begitu teknikal di dalam kalendar kejuaraan Cub Prix, pelumba Faito Motobert Racing itu terpaksa mengerah segala kudrat dan pengalaman untuk menangkis asakan demi asakan daripada Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) sebelum berjaya menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan masa keseluruhan 12:01.586s. Azlan akur di kedudukan kedua, 0.527s di belakang Fuad manakala Mohd Taufiq Roslan (Yamaha Maju Motor) ketiga, 12:02.319s.

"Litar ini tidak begitu mementingkan kepantasan jentera, sebaliknya lebih kepada penggunaan kotak gear dan juga sistem saspensi jentera yang sesuai dengan permukaan litar dan juga gaya tunggangan saya sendiri. Selekoh di sini agak sempit dan ada diantaranya tidak begitu rata serta beralun. Malah terdapat juga laluan mendaki dan menuruni bukit di litar ini, sedikit berbeza dengan litar-litar lain.

Azlan Shah dan Zaqhwan Zaidi mengekori rapat Ahmad Fuad

"Dengan pengalaman yang ada, saya tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pelarasan jentera yang terbaik. Walaupun gagal mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa semalam, pada ketika itu kotak gear dan sistem saspensi jentera saya sudah cukup sempurna. Dari situ timbul keyakinan dalam diri yang mana saya rasa mampu untuk mengulangi kejayaan yang saya lakukan pada tahun 2010 di litar ini," jelas Fuad yang kini naik ke tangga kedua dalam senarai keseluruhan pelumba CP130 dengan 97 mata, memintas rakan sepasukan, Ahmad Fazrul Sham yang turun ke tangga ketiga dengan 91 mata.

Sementara itu, walaupun kekal mendahului kedudukan setelah mengumpul 120 mata, Azlan jelas agak kecewa kerana gagal muncul juara walaupun berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa, semalam.

"Saya gembira kerana berjaya mencapai hasrat untuk terus kekal di tangga teratas, namun pada masa sama saya agak kecewa kerana gagal untuk mencari gelaran juara kedua pada musim ini. Walaupun beberapa kali saya mencuba untuk memintas Fuad, namun dia berjaya menutup ruang dengan baik. Jelas pengalaman yang ada pada Fuad membezakan keupayaan kami di litar yang cukup teknikal ini. Kini saya meletakkan sasaran untuk mencari kemenangan pada pusingan kelapan di Melaka nanti," jelas Azlan.

CKJ Yamaha Racing Dapat Kemenangan 1-2

Sementara itu, pasukan CKJ Yamaha Racing mencatat kemenangan bergaya setelah Shariffudin Shamsudin dan Ahmad  Afif Amran mencatat kemenangan 1-2 dalam saingan kategori CP 115.

Sharifuddin melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 9:48.636s dan Afif sekadar 0.337s di belakang manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 9:49.421s.

"Memang saya dan Afif ada mengatur strategi untuk saling membantu jika salah seorang diantara kami berdua berada di hadapan dan kami cukup gembira kerana apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selepas berjaya melepasi Adib yang pada satu ketika berada di hadapan, saya hanya memberi tumpuan untuk kekal di hadapan sehingga ke garisan penamat. Apa yang lebih menggembirakan, kerja keras saya sepanjang tempoh rehat dua bulan ini berjaya menghadiahkan kemenangan yang sudah lama saya nanti-nantikan. Terima kasih kepada pasukan dan kaum keluarga yang terus memberikan sokongan kepada saya selama ini."

Keputusan ini bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) sebagai pendahulu keseluruhan setelah mengumpul 101 mata, diikuti Mohd Amirul Ariff Musa (Pachie Yuzy Honda Racing) kedua, 93 mata dan Ahmad Abdul Kadir (Apido Yamaha Boon Kui Racing) ketiga, 88 mata.

Dalam kategori Wira, pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport, Fakhrusy Syakirin Rostam meraih kemenangan keempat pada musim ini dengan mengetepikan cabaran pendahulu keseluruhan, Mohd Hafiz Nor Azman dari pasukan Team Mos Track Pro Yamaha Racing.

Fakhrusy melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 8:08.685s, 4.048s di hadapan Hafiz manakala Tengku Amirul Haffiruddin di tempat ketiga, 8:19.374s.

"Perlumbaan tadi agak mudah bagi saya kerana setelah berjaya mendahului kedudukan sebaik melepasi selekoh pertama pada pusingan pertama, saya hanya bersendirian di hadapan manakala beberapa pelumba lain bersaing agak rapat untuk berada di kedudukan kedua. Dengan kemenangan ini saya dapat merapatkan jurang mata dengan Hafiz dan meletakkan sasaran untuk mencatat kemenangan pada perlumbaan akan datang," jelas Fakhrusy.

Hafiz kekal di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 139 mata, hanya enam mata mendahului Fakhrusy manakala Tengku Amirul ketiga, 78 mata.

Related posts:

  1. Fuad Yakin di Litar Autopolis   Ahmad Fuad Baharudin  menaruh harapan agar dapat mengubah nasib...
  2. Fuad Baharudin Enggan Tewas Kepada Pelumba Muda Pengalaman hampir 15 tahun sebagai pelumba profesional menjadi taruhan utama...
  3. Ahmad Ungguli Cub Prix Sarawak 2011 Ahmad Abdul Kadir dari Apido Boon Kui Racing menepati ramalan...
  4. Zamri Baba Mahu Tawan Litar Autopolis   Pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba memburu podium pada Pusingan...
  5. Prestasi Apido Yamaha Boon Kui Makin Meningkat   Pengurus pasukan Apido Yamaha Boon Kui Racing, Hairul Azuan...

Short URL: http://www.duniasukan.com/?p=2905

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Cerita Sebelum Raya <b>di Muar</b> Part1 - Ini Blog <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 09:26 PM PDT

Masa hari khamis tu ayah masih keje lagi. Saya ambil cuti sbb jaga baby Eya kurang sihat skit.Kakak pun ada kat umah sbb tengok mama tak gi keje.. Kenonon nak tolong mama jaga adik Eya. Dan petangnya kami masih berjual lagi di bazar.. Esok Jumaat kami bercuti sbb nurseri anak2 dah tutup.. So alang2 tu kami ambik cuti la sekali.. Plan nak balik muar dulu mlm tu sbb suami lom bersahur dan berbuka di kampung sepanjang puasa ni.. So lepas ayah dan adik ipar balik dari bazar, ayah pun berkemas la apa2 yg patut dan mencuci apa2 yang patut.. Sebab nak tinggal umah seminggu kan.. So saya dah siap2kan barangan mcm beg baju kami, beg baju anak2, pampers, beg aksesori, dan segala2 untuk seminggu stok dari hari rabu.. Sebab saya tak nak nnt bila nak pakai ada yang terlupa bawak la..So nnt mama jadi hangin.. So mcm keperluan tuk balik kampung setiap kali balik adalah part mama.. Ayah mmg tak campur.. Apa yang mama bawakkan tu la yang dia pakai.. So inisiatif mama la nak suh laki tu pakai encem2 ker just sempoi..hehehe.. So lepas siap2 semua ayah rehat jap sbb nak elak jem kat jalan.. So gerak dalam kul 3 pagi.. Anak2 angkut dalam kete so tidur lah diorang kat seat belakang.. Memang dah siap bentangkan toto bagai kat belakang tu sbb turunkan seat.. Bagi anak2 selesa nak tido.... Mama duk tengah ngan adik ipar sbb 2 org adik ipar ikut balik muar. Yang lelaki duk depan dan yang pompuan dok tengah ngan mama.. So letak tilam baby kat tengah2 Pqa leh baring.. Cam baby Eya mama pegang jer.. Kalo ada yang menumpang balik ke kampung, tempat terhad skit. So yang menumpang tu kene la pegang sape2. Kalo tak ada yang menumpang ayah susun biar budak2 leh bersenang2...So bergerak la  balik muar. Sampai muar dalam kul 5 pagi.. Memang cantiklah sbb terus sahur.. Kalo tak sempat sahur memang nak kene dush! dush! ayah ni.. Serius, saya mmg jenis tak tahan kalo tak sahur..Cam bebudak kan..Hehehe..Sampai2 jer diorg tengah menghidang.. Angkat anak2 dulu letak atas tilam.. So kami pun bersahur la.. Alhamdulillah, sampai hajat ayah nak bersahur ngan family dia..

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


UniMAP bina kampus <b>di Pagoh</b> ~ MUAR KINI

Posted: 06 Sep 2012 11:35 PM PDT


KULIM 4 Sept. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mendapat persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membina sebuah kampus baru di Pagoh, Johor mulai tahun depan.

Selain itu, kampus cawangannya di Kulim Hitech Park di sini juga bakal dinaik taraf bagi melatih para pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran industri pada masa akan datang.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Hussin berkata, bagaimanapun kos bagi pembinaan kampus baru itu dan menaik taraf cawangan itu masih dalam penelitian pihaknya.

"Pembinaan kampus di Pagoh adalah melalui pemaju utamanya Sime Darby Bhd.

"Pihak UniMAP telah pun berunding dengan Presiden Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Mohammad Sobri Othman mengenai pembinaan bangunan universiti itu di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya UniMAP-Industri di Anjung UniMAP Kulim, baru-baru ini.

Berdasarkan pasaran tenaga kerja industri, beliau berkata, sebanyak 50 peratus daripada 1,500 graduan UniMAP yang menamatkan pengajian dan bakal menghadiri majlis konvokesyen penghujung September ini telah berjaya mendapat pekerjaan masing-masing.

"Ini menandakan UniMAP berjaya mengeluar pelajarnya berkualiti bagi memenuhi keperluan industri di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, bagi graduan perniagaan antarabangsa, mereka diwajibkan menguasai bahasa asing seperti Mandarin, Jepun, Jerman, Arab dan Thailand.

"Saya juga gembira kerana syarikat Philips Lumiled Penang, merupakan antara industri terawal menemuduga dan mengambil pelajar perniagaan sebagai tenaga kerja mereka, baru-baru ini," kata Kamarudin lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak industri yang berminat bekerjasama dengan UniMAP khususnya mendapatkan maklumat mengenai graduan yang memenuhi keperluan industri, boleh menghubungi email: yufridin@unimap.edu.my.

Utusan 5 Sep 2012

Lagi samseng Umno ganggu ceramah Izzah <b>di Pagoh</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 02:09 AM PDT

PAGOH 17 Julai: Kemaraan Pakatan Rakyat (Pakatan) ke Johor tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya pada ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam tadi turut diganggu sekumpulan samseng Umno.

Mereka yang memakai baju Umno dan Jati termasuk kanak-kanak diupah membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.

Kumpulan itu turut melaungkan sorakan 'tibai' dan 'liwat', malah kain rentang yang tertulis "PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami" juga dikibar.

Provokasi menjadi lebih panas sebaik Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil tempat untuk berucap. Bagaimanapun, gangguan berjaya dihalang oleh petugas Unit Amal.

Dalam ucapannya, Izzah meminta hadirin tidak takut dengan provokasi murahan Umno itu.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian," tegas Izzah.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti.

"Di Selangor, pelbagai kejayaan dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun ke atas menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM2,500, sumbangan tersebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

"Bantuan Pendidikan sebanyak RM1,000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan pelbagai lagi inisiatif yang diberikan untuk kesenangan semua rakyat Selangor," jelas Izzah.

Beliau berkata, Pembangkang akan menunaikan segala janji apabila berjaya memenangi pilihan raya nanti.

"Sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, pendidikan percuma akan diberikan kepada semua mahasiswa, tol akan dihapuskan, gaji minima RM1,100 dan harga petrol diturunkan.

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman Umno yang memerintah lebih dari 50 tahun, amalan rasuah dengan pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni dan rakyat yang terus tertindas harus dihentikan," kata beliau.

Sebelum ini, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32936

Provokasi UMNO Ganggu Ceramah Nurul Izzah <b>di Pagoh</b>

Posted: 16 Jul 2012 10:31 PM PDT

Sekumpulan pemuda UMNO memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat provokasi dengan menaiki motor, mengebar bendera Umno, menyanyi lagu Umno dalam ceramah PKR malam kelmarin di Pagoh Felda.

Nurul Izzah dalam ucapan nya beri amaran kepada penyokong UMNO yang buat provokasi, Negara ini bukan milik UMNO.

Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia.

Tinjauan wartawan ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan masuk ke Felda.

Provokasi lisan dengan bersorak 'tibai' dan 'liwat'. Pemasangan kain rentang, "PKR tiada di hati kami, hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami."

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika memberi ucapan ceramahnya malam tadi meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok.

"UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang

"UMNO sewajarnya mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian", ujar beliau.

Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat.

Beliau beranggapan penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR).

Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, "di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor.

Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?", soalnya kepada semua rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi .

Nurul Izzah berucap dalam ceramah selama setengah jam menambah lagi, "PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan".

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni sedangkan rakyat terus tertindas," katanya.

Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang oleh Nurul Izzah. -fb Azwar khaulah




ads