Rabu, 24 Oktober 2012

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Errah Najwa: Banjir <b>di Senai</b>, Johor | blogr.my

Posted: 07 Sep 2012 05:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Errah Najwa: Banjir di Senai, Johor. 1 bulan lepas oleh errahnajwa di errahnajwa.blogspot.com. Baca Selanjutnya. anda mungkin juga meminati: ... alamcyber 2020: Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China · Saya benarkan isteri jadi ...

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


MEMORIES : SEPETANG <b>DI DESARU</b> - Beauty For You & Me

Posted: 20 Oct 2012 09:18 AM PDT

Assalamualaikum...

Last Sunday, Syikin and family went to Desaru...actually at first decided nak ke Air Terjun Kota Tinggi, but then hubby kata why not pergi pantai since Alya x pernah jejakkan kaki dia kat pasir pantai and main ombak...ya lah..betul jugak tue, so kami pun bertolak ke sana dalam pukul 3pm...kalau ikut highway Kota Tinggi, perjalanan ke sana cuma ambil masa dalam sejam sahaja...

Kenapa sepetang? sbb kami x plan pun nak mandi kat sana, just nak ambil angin sahaja..maklumlah, mcm dah lama sgt terperuk kat suasana bandar kat JB nie..so sesekali apa salahnya tukar angin sekejap..just nak refresh otak yang kadang kala boleh berkarat jugak..haha..

We reached there at 4pm...Alhamdulillah jalan tak lah sesak sangat..we assumed bila sampai sana maybe tak ramai orang..rupa2nya parking nearby kat pantai dah penuh, tinggal yg kat atas jer..itupun hampir penuh jugak...ramai yang ambil kesempatan bermandi manda, berpiknik, and mcm2 lagi lah...syukur sangat pada masa tue cuaca memang sesuai untuk kami berjalan2 di tepi pantai, bermain dgn ombak...

Antara kami bertiga, orang yang paling excited sekali off course lah Alya Zahra..first time tue dia main pasir..masa mula2 jejak kan kaki dia ke pasir tue, dia rasa geli..hahaha..sampaikan dia x nak jalan and mintak shoes dia..hehehe..but then when we pujuk dia and tunjuk kat dia yang kami boleh jalan seperti biasa, baru lah dia nak berjalan kat pasir..

Jom layan gambar2 yang Syikin and hubby ambil on that day...enjoy...

That is all for now...if uols rasa nak ke Desaru, there is a lot of hotel yang Syikin boleh recommended for u to stay..such as Lotus Desaru Resort or Pulai Desaru Beach Resort and etc...

See u all soon...cheers!

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 11:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Buffet Ramadhan 2012 | Blog Hati Putera

Posted: 29 Jul 2012 09:51 AM PDT

buffet ramadhan 2012
Buffet ramadhan 2012 ok? Sedikit perkongsian buffet ramadhan 2012 di sekitar Pontian Johor. Sekiranya anda tercari-cari tempat untuk berbuka puasa secara berkumpulan di Pontian, Maka di Kukup Golf Resort adalah tempat yang sesuai bagi melaksanakan tujuan itu.

Buffet ramadhan atau hidang dinner 2012

Juadah yang disediakan adalah ala-ala kampung dengan suasana berbuka puasa di resort yang begitu mengasyikkan.

*Minimum 30 orang.
Tarikh : 21 Julai hingga 17 Ogos 2012
Masa : 6.30pm hingga 9.00pm
Venue : Golfers Terrace, Kukup Golf Resort

DEWASA : RM 22.00 NETT
KANAK-KANAK(4-12 tahun) : RM 15.00 NETT

Maklumat Lanjut buffet ramadhan 2012

Kukup Resort Management Sdn Bhd(650237-H)
Pekan Penerok, 82300 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 607-696 0950, FAX: 607-696 0963
Emel: info@kukupgolfresolf.com.my

UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN
016-760 7976(EN iSHAK)
012-793 1669(EN AZMAN)

Incoming search terms:

~~bLOG Surirumah~~: Kenangan Permas <b>Kukup</b>

Posted: 30 Aug 2012 07:06 AM PDT

Dua hari ni kakpb tak sempat blog walking dapur kawan-kawan, rindu tau. Tapi kena dulukan perkara yang lebih penting, betul tak? Kakpb sibuk melayan saudara yang dari Johor, sepupu kakpb ni saja nak bercuti 3 hari di Sabah. Bagaimana pun kakpb takde la bawa dia ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sebab dia ada orang yang bawa.

Sebelum dia balik siang tadi, sempat juga bawa ke pasar philipine dan pasar besar KK. Beli ikan masin dan ikan bilis agenda wajib mereka yang datang sini. Malam sebelumnya agenda makan-makan seafood di tepi laut, kakpb pun first time makan kat situ. Kita orang ni memang jarang keluar malam, bila ada tetamu barulah nampak bandar KK waktu malam.


Sepupu anak beranak berbincang ambil foto tepi pasar philipine sementara menunggu gerai ikan masin di buka.

Sepupu kakpb complain, sejak cuti tak bawa orang pergi umrah ni, berat badan dia makin naik.....haha...

Teringat masa kakpb sekolah rendah dulu, kalau cuti je selalu pergi rumah dia di Kukup, Permas. Masa tu takde jalanraya, tanah merah......kalau hujan lecak....terpaksa berkaki ayam jalan kaki. Nak kerumah dia kena naik basikal entah berapa kilometer. Kakpb tak pandai naik basikal, duduk kat palang atau seat belakang.

Suka sangat pergi kampung dia, tanahnya tanah gambut. Air kolamnya warna kuning tapi jernih. Sekitar rumahnya di penuhi ladang nenas dan pelbagai pohon buah. Kakpb kerap main celah-celah ladang nenas dan pokok kelapa yang tumbang, meniti atas batang pokok kelapa sambil main kejar-kejar atau sorok-sorok. Bila malam takde letrik, mereka guna lampu pam.

Time makan dah macam kenduri sebab adik beradik dia ramai. Meja makan takde macam sekarang ni, makan bersila dan hidangan dibuat dua kumpulan. Orang dewasa asing dengan kanak-kanak. Emak sepupu (mak saudara kakpb) agak tegas orangnya. Sembahyang jemaah dan mengaji wajib setiap malam.
Bagaimanapun kakpb suka join famili mereka sebab kakpb jauh dari adik beradik. Bila bersama mereka terasa meriahnya, kena pula mereka ni kuat ketawa.

Bila di ingat kembali, terasa ingin mengulang keindahan masa lalu........

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2012 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pantai <b>Kukup</b> - The 8 Wonders | GUNUNGKIDUL

Posted: 02 Jul 2012 11:41 PM PDT


Pantai Kukup terletak di Desa Kemadang Kecamatan Tanjungsari Gunungkidul Yogyakarta.
Di pantai Kukup ada sebuah karang yang menjorok ke laut terpisah dari daratan dengan jembatan yang terbentang. Jalan mendaki yang sengaja di buat sebagai akses ke karang tersebut semakin memanjakan para pengunjung. Beberapa fasilitas yang terdapat di pantai Kukup antara lain : tempat parkir yang luas, sehingga para pengunjung tidak kebingungan untuk memarkir kendaraannya. Parkir ini terletak di pintu masuk agak jauh dari pantai sehingga pengunjung harus berjalan kaki untuk sampai di pinggir laut. Di kiri kanan jalan memasuki pantai kukup berjajar para pedagang yang menawarkan berbagai souvenir khas pantai, makanan-makanan laut dan ada juga biota laut termasuk ikan hias yang dapat dibeli dengan harga yang wajar.
Untuk menjamin keselamatan para pengunjung, pihak pengelola menyiapkan armada SAR untuk memberikan pertolongan kepada yang membutuhkan sekaligus menginformasikan kondisi pantai, ombak dan datangnya biota laut berbahaya. Perlu diketahui dan diwaspadai oleh para pengunjung, bahwa di pantai ini kadang datang ubur-ubur di kawasan pantai yang jika menggigit akan menyebabkan keracunan. Tapi jangan khawatir, tim SAR akan menginformasikan datangnya ubur-ubur dan siap membantu jika ada pengunjung yang terlanjur terkena ubur-ubur. Sebenarnya ada cara pengobatan yang manjur, yaitu dengan mengoleskan bekas gigitan dengan getah kerang-kerangan yang banyak di jual di sana. Kemudian minum kopi pahit untuk mempercepat netralisasi racun. Jadi, jangan merasa takut bermain ombak di pantai kukup selama masih mematuhi peraturan yang di sampaikan oleh tim SAR melalui pengeras suara. Untuk para pengunjung yang ingin bermalam di Pantai Kukup tak usah binggung. Di kawasan obyek wisata Pantai Kukup, ada penginapan yang akan melayani para wisatawan yang ingin merasakan pemandangan malam di Kukup dengan harga terjangkau.
Setiap bulan Suro atau tahun baru dalam kelender penanggalan Jawa, seperti pantai lain di Yogyakarta, Pantai Kukup juga sering menjadi tempat laku spiritual sedekah laut. Sedekah laut ini berupa kegiatan melarung sesaji di pantai ini yang diperuntukkan bagi penguasa pantai selatan, Nyai Roro Kidul melalui perantara juru kunci setempat. Konon masyarakat percaya, dengan melakukan sedekah laut, maka pantai selatan akan memberikan berkah dan menjauhkan dari mara bahaya. Kendati pergeseran zaman terus terjadi, namun tradisi adat ini belum luntur di mata masyarakat sekitar.

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2012 09:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 09:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 09:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perang <b>di Parit Raja</b> (1991): PARIT RAJA DIFILEMKAN

Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT


Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.
Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.
Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.
Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama.
Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya.
Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah 'Parit Raja'.
Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.
Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.
Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.
Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian.
Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam.
Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.
Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu.
Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu.
Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.
Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan.
Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.
Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain.
Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.'
Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh."
Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988.
Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.
Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolio Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.
Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.
Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.
Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera.
Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh.
Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jul 2012 09:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hikmah Arif Enterprise: <b>Parit Raja</b> Batu Pahat Johor

Posted: 08 Jul 2012 09:37 PM PDT

                                                        Masjid yang baru siap di bina

Parit Raja terletak di antara laluan Ayer Hitam  ke Bandar Penggaram, Batu Pahat , Johor . Dulunya dikenali
sebagai  Pekan Koboi . Sekarang ianya pesat membangun . Macam-macam ada di sini .

                                                              Kedai ala koboi
                                                               Klasik ....

Datang ke sini jangan lupa singgah di Kompleks Parit Raja ...makanan seperti lontong , nasi berlauk memang sedap ...

                                                               Kompleks Niaga Parit Raja

Singgah juga di Bangunan Koperasi .. Beraneka jenis kerepek ada di sini ..pasti teruja dengan keenakannya .

Insya Allah nanti kita citer lagi pasal keunikan Parit Raja. Pasal musim raya puasa  ...Parit Raja menjadi lubuk emas. Masyarakatnya yang ramah  terdiri dari Jawa , Banjar , Kampar , Bugis dan lain-lain . ....

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2012 09:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Ustaz Azhar disabotaj dengan Konsert Dangdut - MiLo <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 03:01 AM PDT

SEMALAM berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor berhampiran dengan McDonald Parit Raja menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

ReJaM© sendiri yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi sempat hadir sebentar ke majlis tersebut sebelum meneruskan perjalanan.


Dianggarkan sejauh kira-kira 3 km di kiri dan kanan bahu jalan tempat ceramah dipenuhi kereta dan motorsikal yang diletakkan sementara pemilik-pemiliknya sedang khusyuk mendengar ceramah.

Tanpa disangka-sangka, di kawasan berhampiran iaitu berdekatan KFC Parit Raja pula, gerombolan songkok tinggi dilihat cuba menarik perhatian anak muda untuk ke program "Lepak Positif" anjuran mereka.

Program itu tidak lebih daripada sekadar persembahan Dangdut live band yang menyaksikan penyanyi wanita bergelek sakan di atas pentas sambil menyampaikan lagu berirama dangdut.

Siang semalam, ReJaM© dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa gerombolan songkok tinggi cuba mensabotaj program ilmu Ustaz Azhar Idrus, dengan program mereka dengan harapan ceramah ilmu itu mendapat kurang sambutan.

Namun sungguh tak disangka rupanya "konsert dangdut" yang disajikan untuk menarik anak muda Parit Raja.

Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak muda Parit Raja lebih gemarkan majlis ilmu, mereka tak layan konsert dangdut untuk golongan tua gerombolan songkok tinggi.

Mereka tak layan program lagha gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, bawak keris ke hulu ke hilir perjuangkan Melayu di Konsert Dangdut kah kah kah...

Buktinya, di bawah ini rakaman Konsert Dangdut yang dimaksudkan, kelihatan tiada sambutan sekadar dua tiga kerat belia yang datang untuk makan free kah kah kah...

ReJaM© "Anak muda Parit Raja, Batu Pahat memang terbaik! "

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2012 07:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tukar Tiub: MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR <b>DI</b> BULAN <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2012 01:05 PM PDT

ADAKAH MUKA INI MUKA MELAYU?


NOTA:
hari baik bukan baik ini
mari kita berlaku jujur
jangn tipu diri sendiri

perhatikan gambar ini tepat tepat
perhatikan gambar ini elok elok

apakah ini muka melayu?
apakah ini ada iras melayu?

macam ini ini jadi melayu?
apakah ini yang dikatakan ketuanan melayu?

USAH POLITIKAN KETUANAN MELAYU - meloya

Istilah ketuanan Melayu tidak harus diputarbelitkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, istilah tersebut sering menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat negara ini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu.

"Istilah ini bukanlah perkara baru, ia bagi menggambarkan orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebenarnya isu ketuanan Melayu digunakan pihak tertentu untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu kaum yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, apa yang diperjuangkan oleh kelompok tersebut ialah mahu memastikan setiap rakyat mendapatkan hak yang sama.

"Apabila wujud keadaan ini, seperti sedia maklum, orang Melayu dan bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan. Akhirnya, siapakah yang mendapat keuntungan besar?.

"Justeru, sudah sampai masa kita tidak terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara," jelasnya.

Istilah ketuanan Melayu kata beliau, masih relevan jika ia bermatlamat untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat itu secara keseluruhan dan bukan segelintir sahaja.

MELAYU KENA TIPU BULAT BULAT

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... JANGAN SILAP FAHAM....JANGAN KENA KELENTONG... kah kah kah..

kah kah kah..KETUANAN MELAYU DI KATAKAN SUDAH 54 TAHUN... kah kah kah

woit... INI SEMUA TIPU... MANA ADA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... 54 TAHUN BUKAN KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

woit... KALAU 54 TAHUN ADA KETUANAN MELAYU... TAK KAN MELAYU MEREMPAT...kah ah kah...

kah kah akh... KALAU KETUANAN MELAYU KENAPA MELAYU DI KG BEREMBANG TANAH KENA REMBAT?..... kah kah kah..

kah kah akh....KALAU KETUANAN MELAYU KENAPA TANAH DI PLENTONG KENA JUAL... kah kah kah...

kah kah akh..KALAU KETUANAN MELAYU...KENAPA TANAH KERETAPI TANAH MELAYU JUAL MURAH PADA SINGAPURA...kah kah kah..

woit...AJENDA KETUANAN MELAYU INI HANYA NAK TIPU MELAYU...kah kah kah...

kah kah akh...TAK ADA KETUANAN MELAYU... TAK WUJUD KETUANAN MELAYU... kah kah kah..

woit...YANG ADA KETUAN GEROMBOLAN MELAYU JUAL TANAH MELAYU....kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH AKH

woit...TAK PERCAYA?.... jkah kah kah...

NOTA:
beri kad pengenalan segera
pada mat bangla
pada mat indon
pada mat burma
pada mat pilipina
ertinya juakl tanah melayu

hanya radio bangsar yang tidak mengenal bangsa:

Selasa, 23 Oktober 2012

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2012 09:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 09:46 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 09:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jul 2012 09:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

huhuhahaYANTIE: Picture:Induksi part 1 <b>di bekok</b>!

Posted: 16 Jul 2012 06:49 AM PDT

Semalam aku dah update pasal cerite di bekok kan?hari ni seperti di janjikan, marilah kita layan gambar..baru amik kat zira..nasib baik lah sebelum handphone aku rosak, sempat bluetooth gambar kat handphone zira..sekarang?layanzzz
kat admin mase nak tunggu bas
yay, naim pendek dari kitorang!=p

bersama timbalan presiden...
akibat kehujanan barang-barang terpakse dipindahkan ke gazebo

adik-adik part 1 yang bertungkus lumus menyiapkan menara..
   Saya di hiasi latar semak samun..haha
 al nur hidayat yang sudah bertukar menjadi zombieee~~
 Kami puteri kambing..ahaks(kambing kan tak boleh kene hujan..=p)
 mr presiden dan gel rambutnya yang terbaru!!...
Mr L..yang bersemangat bagi talk..

OK stop..nampak ye muka kepenatan di situ....
maka berakhirlah update ku pasal induksi part 1...until then see ya next post!

Maaf, jika ayat aku agak kasar.

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 09:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PEZOL STYLEZ: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 3 <b>...</b>

Posted: 28 May 2012 08:03 AM PDT

Part yang paling aku suka...mandi time !! yeahhh!!
Excited sangat nak mandi air terjun kan...giler kau..sejokkkkkk!!
Tergetar-getar gak bila masuk air tuh..tau-tau la kan air bukit.
Memang puas gile..aku berenang ke sana ke mari
Segala jenis terjunan bagai sume kitorng buat...walaupun lompatan tak dpt markah penuh juri
Sekurang-kurangnya dpt gak lepaskan tekanan buat final projek sarjana muda
overall memang syiokkkkkk abes lah !!
Entry lepas yang mungkin korang tak tengok lagi. Jom terjah jap !!

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2012 09:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PEZOL STYLEZ: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 2 <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 08:47 PM PDT

Ok dah masuk part ke-2...hehehe;p
Sampai saja kat sne masa on the way nak pergi naek atas air terjun, kitorang terjumpa batu berdiri
Alamak hebatnye...terpegun seketika tengok batu boleh berdiri nih.
Yelah benda baru tengok kan..entah sapa la yang rajin p dirikan batu atas batu ni.
Maybe pengunjung kat situ tak tahu nak wat apa dah, tu yang pi cari batu duk susun2 atas batu.
Tapi ok gak..ada daya penarik kat situ..

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Aug 2012 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2012 09:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PEZOL STYLEZ: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 2 <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 08:47 PM PDT

Ok dah masuk part ke-2...hehehe;p
Sampai saja kat sne masa on the way nak pergi naek atas air terjun, kitorang terjumpa batu berdiri
Alamak hebatnye...terpegun seketika tengok batu boleh berdiri nih.
Yelah benda baru tengok kan..entah sapa la yang rajin p dirikan batu atas batu ni.
Maybe pengunjung kat situ tak tahu nak wat apa dah, tu yang pi cari batu duk susun2 atas batu.
Tapi ok gak..ada daya penarik kat situ..

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Remaja Maut jatuh tingkat empat <b>di Johor Bahru</b> | boyzonne <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 01:20 AM PDT

JOHOR BAHRU – Seorang remaja maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan institusi pengajian tinggi (IPT), di sini dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, mangsa yang berumur 16 tahun bersama dua rakannya sedang membuat
pemasangan alat penghawa dingin di bangunan berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang merupakan pekerja teknikal pada mulanya mengadu sakit kepala sebelum disedari rakan terjatuh dari tingkat empat bangunan tersebut.

"Rakan mangsa menyuruhnya berehat selepas mengadu sakit kepala sementara rakannya meneruskan kerja pemasangan alat penghawa dingin di bangunan itu.

"Bagaimanapun sebaik rakannya menoleh, dia mendapati mangsa telah tiada dan ditemui terbaring di tingkat bawah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Eng Lai berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.45 petang, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat yang dijalankan mengesahkan kematian mangsa yang beralamat di Tampoi itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan tidak melibatkan unsur jenayah.

"Mayat mangsa telah dituntut keluarga petang tadi (semalam) untuk urusan pengebumian," katanya.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Pulasan 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:58 AM PDT

  • Street: No 28, Jalan Pulasan 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 26 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Dua Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 882
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 9, 2012 11:58 pm
  • Expires: 176 days, 17 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 5804ffaff2f7c28a

Jalan Bacang 2, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

  • Street: No. 22, Jalan Bacang 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
  • Auction Date: 30/7/2012
  • Property Description: An intermediate single storey terrace house
  • Land/Floor Area ( in sqft ): --
  • Tenure: Freehold
  • City: Johor Bahru
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 6, 2012 9:49 am
  • Expires: 173 days, 3 hours

Description

For Booking Hotline : 014-2789061 Suhaimi

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 9394ff6439b472e1

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


masam manis: NASI BERIANI GAM <b>BATU PAHAT</b>

Posted: 21 Oct 2012 07:45 PM PDT

Assalamualaikum Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.
Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi 'baria' bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa di India oleh kerajaan Mogul.

Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor

Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan, majlis keraian atau majlis kenduri-kendara.
Kalau sebut Nasi Beriani, pasti negeri Johor adalah destinasi utama untuk melepaskan selera. Orang Johor ni sebenarnya dah lali dengan nasi beriani ni, sebab setiap hujung minggu pasti akan dapat menikmati beriani di rumah kenduri khawin. ^_^

Destinasi utama untuk menikmati nasi beriani yang di katakan 'power' adalah di Batu Pahat. Kalau sebut Batu Pahat pasti dah terbau-bau aroma beriani memanggil-manggil.
Sebenarnya ita bukanlah peminat tegar nasi beriani. Tak boleh makan selalu sebab kandungan kolestrolnya sangat tinggi terutamanya berlaukkan kambing.. pengsann..!!
Penggunaan minyak sapi atau minyak Gee dalam penyediaan nasi beriani ni lah yang membuatkan ita tak berapa suka sangat makan nasi beriani. Kalau kerap makan keraplah sakit kepala ita menyerang..


Tapi, dah banyak juga restoran nasi beriani yang ita kunjungi untuk merasakan keenakannya. Sebab nasi beriani ni bukan calan-calang orang yang boleh menyediakannya sesedap rasa. 
Nasi beriani yang enak pada ita bergantung pada berasnya yang panjang dan dimasak dengan lembut. Aroma nasinya pula mestilah lemak manis sebab nasi ni di masak bersekali dengan lauknya, yang paling utama lauknya mestilah penuh dengan rasa rempah beriani yang memukau dan daging yang lembut dan enak di makan.
Nasi beriani ni tak sama cara penyediaannya seperti nasi minyak. Walapun rupanya seakan-akan tapi bagi warga Johor pasti dapat membezakan antara nasi beriani dan nasi minyak.

Apa yang ita tau, nasi beriani ni untuk memasaknya biasanya lauknya di masak terlebih dahulu. Kemudian lauk itu akan di masukkan kedalam periuk kukus yang di sebelah bawah. Nasik pula di tanak di atas periuk lauk tadi dan di antara nasi dan lauk itu pula di alaskan dengan kain yang di salutkan dengan kanji atau gam, kerana itulah di panggil nasi beriani gam.

Cara menghidangnya juga sedikit berbeza, kerana lauk di letakkan didalam nasi dan di kambus atau di tutup dengan nasi briani semula.
Seperti nasi minyak, nasik beriani juga di makan bersama lauk beriani, kuah dal dan acar.


Kunjungan ita ke Batu Pahat baru-baru ini, tidak ita sia-siakan untuk merasa atau menikmati sepinggan nasi beriani yang dikatakan 'power'. Oleh itu ita sekeluarga mengunjungi restoran Beriani Mohd Shah yang telah terkenal dikalangan peminat nasi beriani,  yang terletak di Gerai Niaga Peserai, Jalan Muar, Batu Pahat, Johor.
Ita sampai sekitar pukul 2 petang tapi.. banyak lauk yang dah habis, yang tinggal hanya lauk ayam sahaja. Kuah dal pun dah habis.. waaa... bayangkan baru pukul 2 dah habis dah lauk briani ni.. pasti pelanggan yang tak putus-putus buatkan lauknya sekejap aje dah selesai..
Restoran yang di usahakan anak beranak Mohd Shah ni dah dikenali bukan saja oleh peminat-peminat nasi beriani gam penduduk tempatan malah  dari daerah lain berhampiran seperti Muar, Kluang dan Pontian, juga Johor Bahru dan Singapura. Di buka setiap hari kecuali hari Jumaat.
Di sebabkan ita dah kerap makan Nasi Beriani gum, ita rasa resepi nasi beriani Pak Cik Mohd Shah ni biasa sahaja, tapi ok la... kalau sesekali nak bertukar selera. Yang paling ita suka air asam boi ni.. aduhh.. sedapnyaaa.. sampai 2 gelas ita minum.. hehe

Tapi pada ita yang paling menarik nasi briani gum Mohd Shah ni adalah pada harganya yang sangat murah berbanding dengan tempat lain. Bayangkan sepinggan nasi briani baru berharga RM 5.50 untuk lauk ayam dan RM 6.00 untuk kambing.. murah kan..???  kalau kat JB dah RM 9 ~ RM 10 sepinggan.


Selain itu acar buah dan acar jeruk limaunya juga merupakan satu lagi keistimewaan gerai Mohd Shah ni.

Kepada mereka yang belum berkesempatan untuk menikmati keenakan Nasi Briani gum, kalau turun ke Batu Pahat jangan lupa untuk singgah di Restoran Mohd Shah.

Restoran Nasi Briyani Gam Mohd Shah
Waktu Perniagaan: 8.00am - 10.00pm ~ ditutup pada hari Jumaat
Alamat : No. 13-14, Medan Selera Benteng Peserai, Batu Pahat Johor, Malaysia

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 11:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Simpang Kiri: TAMAN NEGARA JOHOR-PULAU <b>KUKUP</b>

Posted: 29 Sep 2012 12:09 PM PDT

Minggu lepas ana menerima SMSlah daripada sahabat ana, Sheikh Imam Mursalin, imam Mesjid bandar Pontian, menjemput ana ke majlis kenduri keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah. Ana pun fikir-fikirlah, nak pergi, tidak, nak pergi,tidak. Ana pun buat keputusan....pergilah.Tuan imam sudah tiga kali datang ke rumah ana,tak patutlah tak pergi, lagi pun ana tak pernah pergi ke rumahnya. Sebagai sahabat yang baik, jangan menghampakan jemputannya....    
Aku tunjukkan peta di atas ni, supaya kalian tahu, bahawa Pulau Kukup itu berbeza dengan pekan Kukup. Jarak antara Pontian ke Kukup ialah 21.4 km. 
 TShirt Kukup...antara yang dijual dipekan Kukup...ole-ole untuk saudara-mara dan sahabat anda.
Dari jeti Kukup ke Pulau Kukup kita naik bot besar. Tambang untuk dewasa RM 5, Kanak-kanak RM2.50.Baby freelah. Tu anak aku 2 tahun tak kena tambanglah.
 Tiba di jeti Pulau Kukup...tauke bot bagi no hpdia....nanti kalau mau balik,call wa cepat ma...Lu jalan-jalan sini 2 jam,3 jam ok...OK Bossss....
 Untuk masuk ke Pulau Kukup ini pula ada kauter Taman  Negara Johor. Bayaran masuk dewasa RM 5.00 kanak-kanak 3.00...oklah tu, tak mahal...duit ni untuk kerajaan...
 Matsomherbs, memang suka yang hijau-hijau. Apabila jumpa suasana hijau, hati pun gumbira sangatlah.
ILI-96 Salah seorang anak yang akan mewarisi dunia kebloggeran aku
JAMBATAN GANTUNG PULAU KUKUP 
Yang besar-besar pucat lesi lalu jambatan gantung ni, tapi Aliff Iskandar tak rasa apa-apa pun
 Tengok tu dua beranak menggeletar lutut......gekgekgek 
 Nampak Arina dah mula berani, Puan Hamidahnya macam gayat aje!
 Ili macam stedy, berlakon berani kut?

 Sesiapa yang suka menggedik, tempat ni sesuai untuk berfotografi dengan pakaian baru
 MENARA PEMERHATI PULAU KUKUP
Aku sangat teruja dengan kehijauan di Pulau Kukup ini....dan terasa masa beredar bagitu cepat...

 Arina dah mula berani di tempat tinggi...
 Sesi naik bot, tambang bot untuk menelusuri sungai di Pulau Kukup ni RM 3.00 seorang...
 Yang bawa bot ini bernama abang Zainal.
 Yaaaa hi he hoooooooooo....lupakan syilibus sekolah kejap
 Penerangan tentang jenis-jenis ikan di Kelong.....

Antara hidangan di rumah Tuan Imam Mursalin 

 Pukul 4.00 petang barulah ke Pontian, jumpa Imam Mursalin, walaupun ramai tetamu, imam Mursalin tetap melayan kami dengan begitu mesra....Pak Imam kita ni seorang yang sangat peramah. Aku cuma mintak satu, sampai Mekah nanti doakan aku supaya aku akan segera menyusulnya ke sana.   

ads