01 di parit raja - Google Blog Search     |   
- Perang <b>di Parit Raja</b> (1991): PARIT RAJA DIFILEMKAN
 - BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search
 - BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search
 
|    Perang <b>di Parit Raja</b> (1991): PARIT RAJA DIFILEMKAN Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT   Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya  singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan  saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama  saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi.  Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain  buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis  makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.       Pak Lan selain dari menjadi  seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang  berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain  dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.       Kenapa saya menceritakan kisah  Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah  kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.       Sewaktu saya menceritakan padanya  saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk  sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita  meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini  pun mempunyai cita-cita yang sama.       Anak Jawa yang tinggi budi  bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan  perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah  kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali  memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling  pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual  ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan  menjual makanannya.         Begitulah kisah Pak Lan. Biar  bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya  memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang  sejarah 'Parit Raja'.       Sebagaimana Batu Pahat mempunyai  sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan  politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu  jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat.  Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan  ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.       Di satu waktu dulu, kawasan yang  menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan  hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah  lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal  di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari  keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di  pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah  berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.       Antara penduduk awal Parit Raja  ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang  bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.       Menurut cerita Datuk Haji Yusa,  anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit  Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham.  Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan  makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian.       Mimpi-mimpi dan penemuan dengan  orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka  perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan  Air Hitam.       Menurut ceritannya, suatu hari  semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia  tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya,  Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang  serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.       Di tengah-tengah lautan manusia  itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia  tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat  kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula  dengan makhluk-makhluk halus itu.       Apakah yang diperkatakan di  antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang  tahu.       Apabila Allahyarham tersedar dari  lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu  tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali  bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang  melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah  tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.       Di samping kejadian tersebut,  Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke  pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah  orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji  Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan  perkampungan.       Oleh kerana Allahyarham tidak  mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan  untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan  pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana  tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.       Setelah kampung tersebut dibuka,  maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari  sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut  berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri  Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan  pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang  lain.       Kampung Parit Raja hidup aman  makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi  pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di  pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian  mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.       Untuk bertahun-tahun lamanya,  pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila  pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya  umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi  sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik  kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan  tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf  UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka.  Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul  kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen  Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.'       Namun biar bagaimanapun, suasana  damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat  Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya  umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara  berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang  jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh."       Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh  ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah  membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang  bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober  tahun 1988.       Sebagaimana biasa UMNO (Barisan  Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi  pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah  ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang  selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.       Bilik gerakan Barisan Nasional  yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang  ketika itu masih memegang portfolio  Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap  sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.       Bendera-bendera dan lambang-lambang  UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar  bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah  dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.       Oleh kerana ketika itu, parti  Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka  calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.       Sungguhpun mereka dijangka akan  memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang  terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum  memasang apa-apa lambang ataupun bendera.       Parti Bebas juga masih belum  menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah  mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya  kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka  menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun  Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam  parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam  dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing  juga, dacing kepunyaan taukeh.       Dan dengan kemenangan YB Yassin  Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya  Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan  tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada  lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami  oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.       |   |
|    BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search Posted: 08 Jul 2012 09:37 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info      
  |   |
|    BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search Posted: 14 Jun 2012 09:34 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info      
  |   
| You are subscribed to email updates from di parit raja - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  

Tiada ulasan:
Catat Ulasan