Isnin, 11 Februari 2013

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2013 11:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Fenomena air pasang <b>di kukup</b> « strawkaler

Posted: 16 Dec 2012 05:49 AM PST

Posted: 12/16/2012 in Berita
Label:

Image

PONTIAN – Fenomena air pasang besar yang melanda pekan Kukup, di sini semalam, menjejaskan pergerakan orang ramai terutamanya pelancong selama dua jam.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati kebanyakan pengunjung luar terkejut melihat kejadian air pasang besar yang membawa air laut, memenuhi laluan pejalan kaki sehingga ke paras buku lali.

Kejadian air pasang besar yang hanya berlaku sekali setahun dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin, dapat disaksikan dalam tempoh dua jam sahaja dari 11 pagi hingga 1 petang.

Fenomena itu turut menarik minat kanak-kanak untuk bermandi manda walaupun keadaan air didapati tidak bersih.

Bagi Ahmad Daud, kejadian air pasang besar yang berlaku di pekan Kukup itu adalah perkara biasa setiap kali hujung tahun. Menurutnya, penduduk dan peniaga tempatan sudah membuat persediaan awal dengan memindahkan barang ke tempat lebih tinggi sebaik sahaja dimaklumkan kejadian air pasang besar, kira-kira sebulan lalu.

"Pergerakan penduduk dan pelancong di pekan Kukup terganggu selama dua jam. Pelbagai gelagat mereka yang pertama kali merasai suasana air pasang besar dapat dilihat," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, kakitangan Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Abd Shukor Haron berkata, perjalanan feri tetap diteruskan seperti biasa dan tidak mengalami gangguan.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai terpaksa meredah air pasang sepanjang kira-kira satu kilometer untuk terminal feri.-sumber sinar harian

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2013 11:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 11:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Simpang Kiri: TAMAN NEGARA JOHOR-PULAU <b>KUKUP</b>

Posted: 29 Sep 2012 12:09 PM PDT

Minggu lepas ana menerima SMSlah daripada sahabat ana, Sheikh Imam Mursalin, imam Mesjid bandar Pontian, menjemput ana ke majlis kenduri keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah. Ana pun fikir-fikirlah, nak pergi, tidak, nak pergi,tidak. Ana pun buat keputusan....pergilah.Tuan imam sudah tiga kali datang ke rumah ana,tak patutlah tak pergi, lagi pun ana tak pernah pergi ke rumahnya. Sebagai sahabat yang baik, jangan menghampakan jemputannya....    
Aku tunjukkan peta di atas ni, supaya kalian tahu, bahawa Pulau Kukup itu berbeza dengan pekan Kukup. Jarak antara Pontian ke Kukup ialah 21.4 km. 
 TShirt Kukup...antara yang dijual dipekan Kukup...ole-ole untuk saudara-mara dan sahabat anda.
Dari jeti Kukup ke Pulau Kukup kita naik bot besar. Tambang untuk dewasa RM 5, Kanak-kanak RM2.50.Baby freelah. Tu anak aku 2 tahun tak kena tambanglah.
 Tiba di jeti Pulau Kukup...tauke bot bagi no hpdia....nanti kalau mau balik,call wa cepat ma...Lu jalan-jalan sini 2 jam,3 jam ok...OK Bossss....
 Untuk masuk ke Pulau Kukup ini pula ada kauter Taman  Negara Johor. Bayaran masuk dewasa RM 5.00 kanak-kanak 3.00...oklah tu, tak mahal...duit ni untuk kerajaan...
 Matsomherbs, memang suka yang hijau-hijau. Apabila jumpa suasana hijau, hati pun gumbira sangatlah.
ILI-96 Salah seorang anak yang akan mewarisi dunia kebloggeran aku
JAMBATAN GANTUNG PULAU KUKUP 
Yang besar-besar pucat lesi lalu jambatan gantung ni, tapi Aliff Iskandar tak rasa apa-apa pun
 Tengok tu dua beranak menggeletar lutut......gekgekgek 
 Nampak Arina dah mula berani, Puan Hamidahnya macam gayat aje!
 Ili macam stedy, berlakon berani kut?

 Sesiapa yang suka menggedik, tempat ni sesuai untuk berfotografi dengan pakaian baru
 MENARA PEMERHATI PULAU KUKUP
Aku sangat teruja dengan kehijauan di Pulau Kukup ini....dan terasa masa beredar bagitu cepat...

 Arina dah mula berani di tempat tinggi...
 Sesi naik bot, tambang bot untuk menelusuri sungai di Pulau Kukup ni RM 3.00 seorang...
 Yang bawa bot ini bernama abang Zainal.
 Yaaaa hi he hoooooooooo....lupakan syilibus sekolah kejap
 Penerangan tentang jenis-jenis ikan di Kelong.....

Antara hidangan di rumah Tuan Imam Mursalin 

 Pukul 4.00 petang barulah ke Pontian, jumpa Imam Mursalin, walaupun ramai tetamu, imam Mursalin tetap melayan kami dengan begitu mesra....Pak Imam kita ni seorang yang sangat peramah. Aku cuma mintak satu, sampai Mekah nanti doakan aku supaya aku akan segera menyusulnya ke sana.   

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di pontian</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 11:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Promosi Ended : <b>Pontian</b> BEKAM akan <b>di</b> ubah suai bagi Febuari 2013

Posted: 24 Jan 2013 12:04 AM PST

Alhamdulillah, semenjak di war-war kan promosi bagi cup bekam, sambutan cukup menggalakkan sehinggakan cup sammora kami kehabisan ready stok. Dan saya menyusun 10 jari meminta maaf bagi mereka yang terpaksa menunggu bagi mendapatkan stok cup bekam terutamanya Sammora Premium 19 cup.

Mulai bulan Febuari ini, kami akan mengubah suai sedikit blog Pontian Bekam ini terutama dari harga, jenis dan promosi barangan bekam kami. Tidaklah major transformation, cuma minor mungkin. Apa yang akan berubah antaranya produk cup Sammora Premium yang tidak akan lagi kami jual dan akan diganti dengan jenama Hansol Bu-Hang.

Walaupun nama berlainan tapi ia dikeluarkan oleh kilang yang sama cumanya jenama Sammora digunakan bagi pasaran serantau sini. Bagi pasaran antarabangsa ia dikenali sebagai Hansol Bu-Hang. Produk yang sama, kualiti yang sama, kilang yang sama, ketahanan yang sama, cuma nama berbeza.
Antara lain beberapa promosi seperti percuma pen Medilance akan dikeluarkan, alhamdulillah ini juga mendapat permintaan menggalakkan sehingga stok asal terpaksa di top-up lagi dan lagi.. Cuma rasanya cukuplah sampai di sini sahaja dan tengah fikir promosi bagaimana akan mendatang kelak.. Any idea?..
p/s : Esok 25/1/2013 saya akan membuat penghantaran bagi sahabat-sahabat yang sudah membuat pembayaran barangan bekam bagi cup Sammora Premium 19 cup dan selainnya, terima kasih dan maaf di atas keterlewatan di pihak saya. 
Bagi yang dah menempah melalui sms, call dan Whatapps, item promosi masih ada untuk anda. Bagi yang tidak memberi sebarang feedback, barang promosi itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pembayaran dahulu.

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2013 11:54 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2013 11:52 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tempat menarik <b>di</b> Johor Bahru – Pantai <b>Stulang</b> Laut | Makan <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:15 PM PST

tempat-menarik-johor bahru-pantai-stulangTempat menarik di JohorBahru ni bukannya susah nak dicari lokasinya, jika anda rajin bertanya penduduk tempatan pastinya anda akan tersua dengan Pantai Stulang ni walaupun keindahan pemandangan dan landskapnya kelihatan biasa-biasa sahaja, ia merupakan salah satu tempat bersiar-siar dan jalan-jalan yang mendapat perhatian dan kunjungan penduduk tempatan Johor Bahru. Mana lagi ada sebuah bandaraya yang mempunyai pantai berpasir seperti ni?

Pantai ini ramai dikunjungi terutamanya pada waktu sebelah petang dan di hujung-hujung minggu ataupun hari kelepasan am. Tempat yang menarik di Johor Bahru ini terletak berhampiran dengan kompleks imigresen dan kastam Johor Bahru yang lama setelah kompleks baru yang lebih canggih dan besar didirikan berhampiran Bukit Cagar.

Pantai Stulang ini juga terletak berhampiran dengan penginapan hotel-hotel seperti Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3star) dan juga Zone Regency Hotel(3 star). Yang menariknya tentang Zone ni ialah ia juga terletak di dalam satu kompleks bangunan Pusat Membeli-Belah Zone Bebas Cukai . Jadi bagi anda yang bercadang nak shopping kat sini dan berhajat membeli coklat-coklat bebas cukai ,jangan miss peluang ni, singgahlah ke Kompleks Bebas Cukai Zone ni! Ia juga mengandungi Kompleks Imigresen Kastam Dan Jeti Laut (CIQ) ke Singapura, Batam-Tanjung Pinang-Indonesia dan lain-lain destinasi luar negara mengikut jalan laut.

Selain itu Pantai Stulang ini juga menjadi tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi kerana kedekatannya dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Pada waktu malam anda boleh bersiar-siar di sepanjang Pantai Stulang yang terletak juga selari dengan Jalan Stulang Laut . Kalau nak menikmati pemandangan malam di Stulang datanglah ke sini, lagi best jika anda ambil peluang untuk makan-makan dulu di Medan Selera Stulang ni sebelum jalan-jalan di waktu malam, ruang pejalan kakinya juga disinari lampu-lampu . Dari sini anda juga boleh memerhatikan cahaya-cahaya lampu bandaraya kota Singapura di seberang selat sana.

Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini. kat sini pernah diadakan pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu lanjut lagi fasal event atau temasya air kat Stulang laut ni bolehlah ke website Majlis Bandaraya Johor Bahru atau ke Johor Tourism

Walaupun air di sini taklah berapa bersih untuk bermandi-manda, kita masih boleh lihat anak-anak kecil bermandi-manda di sini pada waktu petang dan dihujung-hujung minggu. Skala kerbersihan air yang Krew Jalan2cuti2 bagi ialah 2 daripada 5!! Jadi bagi anda yang ada anak berkulit agak sensitif , nasihat kami ialah jauhkanlah diri daripada bermandi-manda kat sini. Kalau setakat nak meranduk-randuk air tepian pantai tu mungkin boleh dan pasti tak akan menyebabkan apa-apa mudarat.

Tak lupa juga bagi anda yang mencari makan tengahari dengan harga yang berpatutan (harga biasa-biasa) jangan lupa singgah ke Warung Batu yang menyediakan masakan Nasi Padang (lauk kari memang best!),Asam Pedas dan sayur-sayur ulam-ulaman kampung segar yang diletakkan dalam penyejuk air batu agar kekal segar . Lokasinya berhampiran persimpangan 4 lampu isyarat bersebelahan Imigresen Kastam lama dan juga berhampiran Suria City Hotel.

Satu lagi yang menjadikan Stulang Laut tempat menarik di Johor Bahru ialah terdapatnya jeti persendirian milik keluarga DiRaja Sultan Johor. Di sini anda akan dapat melihat bot-bot layar milik kerabat DiRaja Johor dilabuhkan di sini… Lokasinya di tepi pantai berhadapan dengan Foon Yew High School.

Itulah dia serba sedikti tentang Stulang Laut yang dapat Krew Jalan2cuti2 bawakan setakat ni. Jika anda berkunjung ke Johor Bahru dan nak cari tempat untuk meluangkan masa atau menghilangkan kebosanan datanglah ke Pantai Stulang yang bersejarah ni..

Tips J2C2: kalau ke sini jangan miss Pusat Membeli -belah Zone Bebas Cukai

Rakaman video bukti Umno halang Nik Nazmi ceramah <b>di</b> Sri <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 11:31 AM PST

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/01/Nik-Nazmi-i-300x225.jpg 

(Keadilan Daily) - Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut. 

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a http://www.youtube.com/watch?v=xMDJWzB5uKg (Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b http://www.youtube.com/watch?v=1pUZ4d-l5tk (Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c http://www.youtube.com/watch?v=lOIKzG7eNV8 (Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)


01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 09:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hari Keluarga Ramli dan Zabidah <b>di Endau</b> Beach Resort

Posted: 20 Nov 2012 06:42 AM PST

pada 16-18 November yang lepas telah diadakan hari keluarga bagi keluarga Ramli dan Zabidah..(Keluarga Mertuaku)...Hari keluarga yang pertama kali diadakan ini diadakan di Endau Beach Resort dan dikendalikan oleh adik bongsu kami iaitu Izwan dan Ain...
kami check in di resort pada petang Jumaat jam 4 petang, disambut dengan Hi-Tea dan seterusnya acara pertama ialah mandi di kolam renang...
pada malamnya pula diadakan makan secara barbeku sperti udang,sotong, ayam dan sebagainya. disulami dengan nyanyian karaoke oleh ipar dan biras2 ku...
Hari kedua selepas sarapan pagi diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa, acaranya tiup belon, lambung belon, spin and run, tiup tepung dan sebagainya. jam 10 pagi tamat. apalagi, sambung mandi la..petang bebas, kami pi pekan Mersing jap, anak-anakku sibuk minta dibelikan pelampung dan googles...
malamnya makan malam dan rehat. pagi hari ketiga pula acara bebas dengan mandi di kolam renang jam 12 makan tengahari dan check out. kami sampai di rumah jam 7 petang. semua keletihan. lepak awal, aku  plak standby, esok ada mesyuarat.... 

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2013 09:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 09:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jan 2013 09:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2013 09:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jan 2013 09:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Orang Asli <b>di Endau</b>-Rompin dibenar cabar notis pengusiran <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 05:27 AM PDT


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini memberi kebenaran kepada 118 penduduk suku kaum Jakun dari Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau-Rompin membuat semakan kehakiman untuk mencabar perintah Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang meminta mengosongkan Tanah Adat mereka.


Panel tiga hakim — Datuk Seri Abu Samah Nordin, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali membuat keputusan tersebut tanpa sebarang kos.


Keputusan itu dibuat atas alasan bahawa notis pengusiran bertarikh 17 Jan lalu (oleh Pentadbir Tanah Daerah Mersing) boleh dicabar walaupun pihak responden menyatakan bahawa notis pengusiran sebenar adalah pada 6 Sept tahun lalu oleh Perbadanan Taman Negara Johor.


Mahkamah berpendapat notis pada 6 Sept itu bukanlah satu keputusan (untuk pengusiran) kerana ia hanya 'meminta jasa baik tok batin' supaya bercakap kepada anak buahnya untuk keluar daripada tanah tersebut.


Berikutan keputusan ini, kes tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi Johor Baharu dan pada 14 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan juga telah membenarkan mereka terus tinggal di tanah tersebut sementara menunggu perintah mahkamah.


Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Johor Baharu menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman serta permohonan mereka untuk menggantung perintah itu.


Pemohon dalam kes ini adalah Ketua Kampung Peta iaitu Sangka Chuka, 59, dan seorang penduduk, Nasir Kantan, 34.


Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan notis pengusiran itu sebagai tidak sah dan batal serta responden tidak berhak untuk mengurang, mengehad atau menghapuskan hak mereka terhadap Tanah Adat tersebut tanpa membayar pampasan sewajarnya.       


Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Johor, Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Perbadanan Taman Negara Johor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, kerajaan negeri Johor dan kerajaan Malaysia pula dinamakan sebagai responden.


Kampung mereka terletak dalam kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Orang Asli dikenali sebagai Ulu Endau, Endau di Johor, melibatkan keluasan kira-kira 221 hektar di daerah Mersing, dan didiami 28 keluarga.


Kesemua orang asli terbabit diwakili peguam S. Yogeswaran manakala Peguam Kanan Persekutuan Nurul Farhana Khalid dan Aida Adha Abu Bakar mewakili responden. – Bernama

2 Beranak Lemas Mandi <b>Di</b> Taman <b>Endau</b> Rompin - Merdeka Online

Posted: 17 Nov 2012 12:02 AM PST

MO,KUANTAN,17/11/2012 – Dua beranak yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan Taman Negeri Endau Rompin semalam ditemui kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian pagi Sabtu.

Mayat Mohd Hanafi Zainuddin, 15, ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat pada 8.53 pagi sementara mayat ibunya, Rosnani Nordin, 31, ditemui pasukan selam skuba pada 10.31 pagi Sabtu.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah, kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan.Dalam satu lagi kejadian di Nenasi, Pekan, mayat seorang daripada dua bersaudara yang hilang ketika mencari siput di Sungai Badong, Nenasi petang semalam turut ditemui.

Mayat Mohamad Syafiruddin Hussin, 14, dari Bandar Seri Bandi, Kemaman ditemui tenggelam kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. Mangsa bersama saudaranya, Mazura Ali, 14, dari Kampung Badong, Merchong dilaporkan hilang ketika mencari siput di Sungai Pahang berdekatan Nenasi.

Anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Pekan masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat Mazura. -BERNAMA

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2013 09:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2013 09:44 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 09:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hari Keluarga Ramli dan Zabidah <b>di Endau</b> Beach Resort

Posted: 20 Nov 2012 06:42 AM PST

pada 16-18 November yang lepas telah diadakan hari keluarga bagi keluarga Ramli dan Zabidah..(Keluarga Mertuaku)...Hari keluarga yang pertama kali diadakan ini diadakan di Endau Beach Resort dan dikendalikan oleh adik bongsu kami iaitu Izwan dan Ain...
kami check in di resort pada petang Jumaat jam 4 petang, disambut dengan Hi-Tea dan seterusnya acara pertama ialah mandi di kolam renang...
pada malamnya pula diadakan makan secara barbeku sperti udang,sotong, ayam dan sebagainya. disulami dengan nyanyian karaoke oleh ipar dan biras2 ku...
Hari kedua selepas sarapan pagi diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa, acaranya tiup belon, lambung belon, spin and run, tiup tepung dan sebagainya. jam 10 pagi tamat. apalagi, sambung mandi la..petang bebas, kami pi pekan Mersing jap, anak-anakku sibuk minta dibelikan pelampung dan googles...
malamnya makan malam dan rehat. pagi hari ketiga pula acara bebas dengan mandi di kolam renang jam 12 makan tengahari dan check out. kami sampai di rumah jam 7 petang. semua keletihan. lepak awal, aku  plak standby, esok ada mesyuarat.... 

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di skudai</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2013 10:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di skudai</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2013 09:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penyair iDANRADZi@BlogSpot: Aziq Kini <b>di</b> UTM <b>Skudai</b> Siri 6

Posted: 30 Nov 2012 05:33 AM PST

Apakah yang sering kita lakukan jika sendirian; tak dapat tidur. Jika anak bujang tentulah bermain SMS. Jika ada Galaxy Note pasti boleh berinternet. Yang paling penting berjalan jauh begini perlukan ada teman berbual.

2. Tadi Azim ada datang ke bilikku. Katanya ibunya mahu dia temankan. Selalunya begitulah Azim asyik jadi mangsa. Di rumah pun begitu jika ke mana-mana dia yang jadi penemanku yang setia. Afiz tidak lagi; sukat mahu pergi minum bersama ayahnya lagi; malahan nak menonton wayang pun amat payah bersama. Husna isterinya asyik menghalang. Biarpun kami duduk sebumbung; di rumah bukan tinggal sendirian. Aziq &; Anif memang amat sukar rapat dengan ayahnya; kecuali ada tujuan tertentu. Aku tahu dia tak selesa jika atidur sekamar dengan ayahnya; katil pun jenis katil kelamin; dengkur ayahnya pasti akan ganggu tidurnya. Lalu aku sarankan dia tudur bersama ibu &; adik-adiknya. Apatah lagi kamar di atas sana memang cukup tilam segala.

3. Akhirnya aku terlelap jua; sedar-sedar sudah Subuh. Bila aku congak aku cuma tidur-tidur ayam. Sedar pagi aku masih kabur bagaimana mahu menuju ke UTM Skudai. Tak sangka bandar Skudai memang amat asing. Cadangnya mahu membuat rondaan mencari arah ke UTM sebelum pendaftaran terpaksa aku batalkan. Sesat di awal aku sampai di Skudai sudah memenatkan. Bila aku tenguk kesesakan di Taman Nusa Bestari aku memang tak tergamak mempertaruhkan masa senggang yang pasti akan bercelaru.

4. Sementara menunggu Mila & anak-anak bersiap; aku sempat berbual dengan penyewa hotel bajet yang aku bermalam. Dari bualannya dia terpaksa menyewa tiga bilik. Jadi kosnya memang lebih mahal dariku. Anaknya ada lelaki & perempuan takkan nak tidur sekali. Kebetulan anak perempuannya sama mahu mendaftar di UTM tapi bukan kos yang sama. Aku sempat pekena Milo panas di restoran Mamak sebelah hotel. Nampak keluarga ini makan amat menyelerakan. Ayahnya seperti aku jua orang Perak; isterinya pun macam Mila orang Klang. Tapi dari bualanku mereka lama di Sabah; mungkin VVIP sebab dari gaya & kenderaan yang dipakai status keluarga ini kira orang berada.

5. Keluarga ini bergerak awal. Mila &; anak-anak nak sarapan di restoran Mamak yang sama. Setelah sarapan dan daftar keluar hotel aku menuju ke UTM Skudai. Tak sesat tapi jalan masuk ke UTM memang sesak amat. Telah tersedia kain rentang untuk pelajar baru jadi tak sukar mencari pusat pendaftaran. Jumpa kandang kuda tak jauh dari situ Fakulti Kejuruteraan tempat Aziq belajar nanti. Aziq jenis berdikari jadi aku sekadar duduk di khemah menunggu. Memerhati gelagat ibu bapa yang datang; semua muka sukar senyum denganku. Zaman kini manusia semakin kendiri. Bersikap aku adalah aku. Akukunya semakin pengap &; buat jiwa raga ego tak sudah. Jadi aku layan menungan sendiri di bawah pohon tua yang bisu &; kaku. Mila, Azim &; Anif entah apa sembangnya nun jauh duduk di celah manusia asing membiarkan ayahnya mengantuk.

6. Setelah daftar tiada agenda untuk keluarga; bagus juga sebab aku pun terpaksa awal ke STTJ Seremban untuk hantar Anif ke asramanya. Perjalanan dah tentu ambil masa sekitar lebih 5 jam; aku bukan jenis pemandu laju. paling tidak terpaksa berhenti sekali dua kut mengantuk. Jam 12:00 tengah hari paling sesuai untuk bergerak.

7. Aku lihat kemudahan kolej di UTM biasa; agak lama bangunannya. Aziq dapat tingkat bawah rakannya orang Perak. Nampak ayah &; ibu rakan Aziq seorang yang alim. Mereka cuma ada dua orang cahaya mata. Adik rakan Aziq perempuan masih menuntut di KL. Senyap tak banyak bercakap. Ada beberapa barangan seperti kunci kabinet yang Aziq lupa sediakan, koperasi UTM tutup maka kami terpaksa ke bandar Skudai untuk makan tengah hari & membeli beberapa barangan keperluan Aziq. Aku ingat nak makan di hentian rehat sahaja maka kami belikan Aziq McD secara pandu lalu. Tetapi bilamana aku ke Aconsave di Skudai ada gerai yang nampak santai. Kami buat keputusan makan bersama Aziq sebagai jamuan perpisahan yang tentunya agak panjang. Tak pasti bila Aziq boleh balik ke Jenaris.

8. Perjalanan ke Seremban lancar; aku pun rasa segar sahaja mungkin doa dari Aziq keluarga &; rakan-rakan. Aku hanya berhenti sekali untuk solat. Cuma semasa mahu masuk ke Seremban jalan sesak sebab dah sekitar jam 5:00 petang lebih. Biasalah jika hari minggu memang sekitar Senawang sentiasa sesak. Ngam-ngam kami sampai di STTJ dalam masa yang ditetapkan. Tak boleh lebih dari jam 6:00 petang. Terima kasih Allah Azza Wa Jalla yang memudahkan perjalanan kami.

Nampaknya rumahku bertambah sepi. Tiada Aziq tiada Anif tentunya suasana rumah semakin lengang. Bila Mila, Afiz &; Husna bekerja tinggallah aku & Azim berdua. Beginilah hidup berkeluarga. Andainya aku pulang ke kampung halaman menjaga harta pusaka ayahku Md Sesh; aku tak pasti begaimana Azim sendirian di rumah. nak naik bas kena awal menunggu jika menunggang basikal tentunya amat bahaya; Jenaris semakin sesak dengan kenderaan lagipun nak bawa beg sekolah dengan basikal bukannya perkara mudah.

Titik.

JALAN PULANG: TERKINI! Video Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2012 11:35 PM PDT

TERKINI!
Kepada yang terlepas ucapan sempena Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi, saksikan antara inti pati penegasan yang dibuat ahli parlimen Permatang Pauh ini.

Politik perkauman sengaja direka Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus merompak hasil kekayaan negara, tegas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecah belah keharmonian dan perpaduan rakyat.
"Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,"
"Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong Cina," katanya ketika berucap di hadapan lebih 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, Johor Bharu malam tadi.
Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.
"Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat Yahudi, alat Amerika.
"Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat untuk mengangkat martabat seluruh rakyat," sambil disambut tepukan hadirin.
"Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik," katanya.
Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga sudah bersiap sedia untuk menggulingkan Umno dan BN.
"Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tetapi dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi," sinisnya.
Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


HAIRIEcerulean: Banjir <b>di</b> awal November 2012: Sekitar kawasan <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 09:30 PM PST

FOTO: Keadaan parit saliran di Kampung Parit Othman
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari tu kan dalam penghujung Oktober 2012 kira-kira 2 minggu lepas la kan, kebanyakan kawasan di negeri Johor dilanda hujan lebat yang sangat lebat & berlarutan sehingga beberapa hari. Bila hujan lebat gini je, benda pertama yang bermain dalam fikiran penduduk kampung, 'banjir'. Dan ia berlaku di beberapa buah kampung di sekitar kawasan Parit Sulong. Antara kampung yang terlibat; Parit Othman, Parit Laman (kampung aku), Parit Lapis Laman, Parit Pulai, Parit Gantung & Parit Yusof.
Ni pulak gambar parit saliran kat kampung aku, kawasan rendah confirm dah banjir. ada la 3 buah rumah yang lamannya dah dinaiki air banjir ni. 
Ini Jalan Muar-Yong Peng di kawasan Kampung Kolam Air. Air dari bukit berdekatan turun membawa lumpur ke jalan raya. Nasib baik ada pihak yang perihatin letak papan tanda amaran tu. Sangat bahaya terutamanya penunggang motosikal macam aku ni. Inilah jalan paling dekat kalau nak balik JB.
Gambar ni diambil sewaktu aku dah sampai JB, ni pun sepupu aku yang tangkap sewaktu die nak pergi kerja. Pagi tu aku lalu jalan ni still okay lagi, tak hujan. Nasib baiklah aku dah sampai JB dengan selamat walaupun hujan lebat di lebuhraya.
Ada orang tu baru je tukar cover set RXZ nih, kesian dah kena banjir. Nasib baik sempat diselamatkan HAHA :P 
Dulu kan kalau Parit Sulong ni banjir, biasanya Segamat akan banjir dulu kemudian turun ke Seri Medan dan barulah Parit Sulong. Tapi kali ni Segamat & Seri Medan  pun tak banjir malah pekan Parit sulong pun tak banjir. Just beberapa kawasan kampung yang banjir. 
Alhamdulillah kebanyakan kawasan dah surut sekarang ni walaupun hampir setiap hari masih hujan lebat tapi masih terkawal dan tak nampak lagi tanda-tanda nak banjir semula. So dah boleh buat aktiviti harian macam biasa >_<

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Perbalahan DAP-PKR Johor tentang calon kerusi <b>Gelang Patah</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 03:08 AM PST

Oleh Izatun Hanim Shari (izatun@abnxcess.com)

KUALA LUMPUR – Perbalahan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat Johor kini hangat di Twitter tentang siapa calon yang lebih layak bertanding di Gelang Patah.

Sementara DAP negeri itu mahu Anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dipilih sebagai calon di Gelang Patah,  PKR tetap dengan pendiriannya mahu bekas pemimpin MCA, Datuk Chua Jui Meng untuk diletakkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau memuat naik kenyataan terang-terang mengkritik Chua berbunyi: "Even I as party senior leader can make way for @LiewChinTong , why can't @chuajuimeng do the same?" said @boochenghau on Gelang Patah." (Bahkan saya sebagai pemimpin kanan parti memberi laluan untuk @LiewChinTong, kenapa @chuajuimeng tidak melakukan perkara yang sama?)

Katanya lagi : "young enrgtic policy maker gvng up Bkt Bendera shud b givn a chnce to cntst in Gelang Patah in Johor." (Penggubal undang-undang muda dan bertenaga melepaskan Bukit Bendera patut diberi peluang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor.)

Chua pula dalam akaun Twitternya menyatakan sokongan ditunjukkan oleh masyarakat tempat yang dilihat sebagai kejayaan kempen meraih undi beliau di Gelang Patah.

Terdahulu, Boo, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri  Skudai, berkata calon DAP paling sesuai diletakkan di kerusi itu berdasarkan bilangan undi diraih pada pilihan raya 2008.

Katanya jumlah undi dimenangi DAP di kerusi DUN Skudai dan PAS di Nusajaya melepasi undi diterima PKR untuk Gelang Patah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan kebimbangan tentang kerusi kawasan parlimen yang disandang anggota Parlimen BN dari MCA, Tan Ah Eng dan mengarahkan Barisan Nasional untuk bertungkus lumus mempertahankannya.

Dalam Twitternya, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata selepas lawatannya yang kedua di Johor untuk memberi perhatian kepada Gelang Patah, Pasir Gudang, Nusajaya dan Skudai.

Gelang Patah mempunyai komposisi pengundi  majoriti kaum Cina sebanyak 54%, diikuti kaum Melayu 33% dan kaum India 12%.

Perbalahan tentang siapa lebih layak bertanding di Gelang Patah merupakan ujian litmus bagi perpaduan Pakatan Rakyat di Johor.

Sebelum pemimpinnya boleh mengimpikan menawan negeri ini dengan satu pertiga majoriti pada pilihan raya akan datang mereka sudah tentu perlu menangani isu perebutan calon yang patut bertanding di kawasan parlimen ini.

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 03:02 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 03:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Aug 2012 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2012 07:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Its always About Me, MySelf & I: Tersentuh nonton <b>Parit Jawa</b>.. -iki <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2012 07:02 PM PDT

semalam dalam jam 10.00mlm waktu yang gua nantikan..citer Parit Jawa.. iklan dia dah banyak kali gua tengok n rezeki semalam gua dapat nengok..citer ni terlalu halus.. jalan cerita, plot, cinematography (betul ke ayat tu ada ke dlm term perfeleman)?? gua tabik spring kt pengarah dia.. 
Sedikit pasal telemovie nie..
Drama/Filem : Parit Jawa
Arahan: Tunku Mona Riza
Pelakon: Zahiril Adzim, Eman Manan, Ruminah Sidek, Jalil Hamid, Safura, Nam Ron dan Ghazali Abu Noh
SINOPSIS TELEMOVIE PARIT JAWA
Parit Jawa yang dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Jawa ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga berketurunan Jawa yang telah menetap di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya. Penonton berpeluang untuk menyorot perasaan Tuminah dan Sapian yang mengimpikan kehidupan bahagia di usia tua mereka bersama anak-anak.
Setelah Sapian meninggal dunia, Tuminah menjadi semakin risau akan keluarga mereka yang semakin kucar-kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan hak tanah pusaka peninggalan keluarga mereka dengan setiap daripada mereka memasang strategi dan agenda sendiri tanpa mepedulikan ibunya yang masih hidup.
well tu dah biasa lah pasal rebutan harta pusaka nie.. memang apa yang berlaku dalam drama ni dah biasa nampak.. tapi gua punye la tacing, geram semua ada.. kenapa la macm gitu?? bangsa kita siapa lagi nak bela kalau bukan diri sendiri.. ada tanah semua nak jual pastu bukan dapat dekat orang melayu pon tapi kat bangsa lain.. penyudah nye kita juga yang rugi..
pasal amanat, pasal adik beradik.. whuaa gua memang takleh nengok or dengar citer mcm gini memang gua tacing sangat.. wa layan sorang2 citer nie.. memang meleleh gak air mata gua ar.. maklumla sejak jadi remaja purba ni ati gua memang halus beb.. 
walaupon darah dlm badan gua ni ada lah tempias2 jawa bugis tapi tak bpe nk sangat la sebab dah tak serumpun dlm keturunan tu..ini pon arwah atok gua yang cakap.. bila tanye mama gua haha dia ckp dia bukan jowo so gua pon tak bape nk pasti..klu org ngumpat dlm bahasa jawa memang gua pakat senyum jerlah.... semangat jawa ni lain skit.. so orang2 jawa mesti sedia maklum.. takde dakwa dakwi kan.. 
hehe gua tau bahasa melaka jer.. ulau melengaku atas pagau.. :)

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CT: PEKAN <b>PARIT JAWA</b>, MUAR

Posted: 17 May 2012 06:33 AM PDT

Wah! Kembali bersua kisah jalan2 bulan April...hahaha. Macam laukku sudah basi tapi nak share jugak...kuikuikui. Kisah jalan2 di Parit Jawa, Muar...yihaaaa. Ala yang pernah keluar kat Majalah 3 beberapa tahun yang lepas.

Memandangkan kat sini memang dijadikan kawasan pelancongan reakrasi dan tempat2 untuk kanak2 bermain pun banyak, kita ambil kesempatan meluangkan sekejap di sini atas tujuan utama nak lunch bersama keluarga. Biasalah pekena asam pedas Parit Jawa yang orang suka dok sebut2 tuh.Ntah ya bagi kita biasa2 je, kalau anak2 kita suka nyebut "ibu masak lagi sedap"...huhuhu
Namun bagi kaki makan lebih-lebih lagi peminat masakan itu, keistimewaan asam pedas sembilang, pari, mayong, jenahak dan merah, apatah lagi dijamu dengan nasi panas  mengatasi segalanya, mak mentua lalu pun tak nampak you! Alahai...hahaha
Yang sudah terkena penangan asam pedas Parit Jawa, jarak beratus batu bukan lagi penghalang untuk mengulangi kunjungan ke jeti nelayan ini.
Pekan Parit Jawa nih masih terpelihara seperti zaman dolu2, bangunan pun masih kekal lama tapi kita suka tengok sebab kalau di Johor Bahru nih semua bangunan lama dah tak wujud. Kalau nak tengok bangunan lama suka kesini. 
Kalau tak silap kita pekan Parit Jawa nih pernah di jadikan sebuah telefilem bertajuk Parit Jawa, yang mana mengisahkan sisi hidup masyarakat Jawa oleh pihak Astro. 
Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain. Eh! Dah cite filem lak...hahaha. Hentikan!
Suasana kuala sungai yang cukup jelas sebagai pangkalan nelayan dipenuhi bot dan sampan, disertai kehangatan angin laut menambah selera tidak kira di waktu matahari tegak di atas kepala tapi kita tetap nak datang sini...huhuhu
Memandangkan tempat ini tak jauh dari rumah bapa mentua kita, makanya kita kerap juga ke sini. Untunglah hidup haku...hahaha
Pengunjung pasti terpesona melihat keindahan kawasan bot nelayan berkenaan, di samping menghirup udara segar dan desiran ombak dari Selat Melaka, namun kini mereka hanya dapat menyaksikan lumpur yang memenuhi kawasan persekitaran.
Tapi sayang keadaan pantai yang tidak terurus itu menjadikan kawasan yang pernah popular sebagai tempat bersantai dan berkelah pada satu ketika dulu, kini menjadi semakin lengang dan hampir dilupakan. Harap ada pihak yang sudi memgurus tempat ini.

Roadshow SAMM-ABU #AmaranPRU Singgah <b>di</b> Muar |7Feb| 4 <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 07:26 PM PST

Home » All Post, Headlines, Johor

cikgu mala cikgu bard

7 FEBUARI – JOHOR

4 program di Muar yang termasuk dalam siri roadshow adalah seperti berikut;

[12.30pm] Edaran Risalah: Medan Asam Pedas, Parit Jawa

[3pm] Ceramah Mini: Sarang Sg Buaya Darat, Muar

[5pm] Edaran Risalah: Parit Jamil & Parit Penyengat, Muar

[9pm] Rapat Pidato: Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar (017-3563823)

Penceramah: Chegubard, Haris Ibrahim, Cikgu Mala, YB Err Teck Hwa

ads