Selasa, 5 Julai 2011

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: <b>di negeri johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 03:06 PM PDT

RABAAH EL-ADAWIYAH, 5 MEI 2011 – Baru-baru ini, "Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)" telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah.

Rombongan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Tuan Haji Ahmad Faisal Bin Mohammad bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat mahasiswa mengenai bantuan melalui wang kutipan zakat serta memantau segala keperluan mahasiswa di sini.

Turut terlibat 'turun padang' ialah Ustaz Haji Yahya Bin Ahmad sebagai Ketua Penolong Pengarah bahagian Undang-Undang Syara', Ustaz Haji Noh Bin Kadri selaku Ketua Penolong Pengarah bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor dan Ustaz Haji Suhaimi Bin Rebu, Ketua Unit Fatwa Jabatan Mufti Negeri Johor.

Antara persoalan yang diajukan oleh ahli Johor adalah berkisar tentang skop pengurusan "aktiviti qariah" yang dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau di kampung setiap daerah negeri Johor. Hal-hal lain yang berbangkit ialah mengenai status kelayakan seseorang itu untuk memohon bantuan zakat ibn sabil di Majlis Agama Islam Johor dan penempatan pelajar yang semakin berkurangan di Asrama Rumah Johor Iskandariah.

"Antara aktiviti-aktiviti harian yang diatur oleh bahagian pengurusan masjid dan surau ialah mengadakan kuliah subuh, kelas mengaji al-Quran, kelas ta'mir selepas maghrib, program keluarga sakinah, bacaan yassin pada setiap malam jumaat di rumah-rumah ahli qariah yang ditetapkan mengikut giliran. Manakala program berkala pula adalah sempena hari asyura, sambutan maulidur rasul, gotong-royong perdana dan sebagainya," jelas Ustaz Haji Noh bin Kadri.

Menurut Tuan Haji Ahmad Faisal bin Mohammad, "Pemohon bantuan zakat mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta'rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor. Pemohon juga mestilah tidak mendapat bantuan/sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain. Walaubagaimanapun, hanya mereka yang berhak mengikut hukum Syara' dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ."

Sebelum majlis bersurai, beliau memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada mahasiswa/wi Johor agar meningkatkan prestasi kejayaan dalam pengajian masing-masing demi agama Islam dan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads