Jumaat, 4 Mei 2012

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Irissa Laundry Kini <b>Di Parit Raja</b> - Cebisan Kenangan Dalam <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2012 12:31 AM PDT


Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah... Irissa Laundry kini berkembang lagi dengan penubuhan cawangan baru di kawasan jajahan Parit Raja...
Di Parit Raja ini, kami fokus kepada cucian karpet dan tilam petak-petak sahaja.. Basuhan biasa, kami bukan taknak ambil, tapi dah banyak sangat kedai dobi di Parit Raja nie.. Kalau ikut kiraanlah, ada dlm 6-7 kedai kalau tak silap...
Strategi memfokuskan kepada cucian karpet nampaknya membuahkan hasil. Sejak seminggu lalu, bibik dah tak menang tangan mencuci karpet saban hari.. Buat masa ini, bibik seorang sahaja pekerja yang bertugas menguruskan karpet.. Saya nak tolong, memang dah tak mampu dah... Badan makcik dan "sizen" dah, dah tak sekuat dulu...
Pulaknya, ramai kawan-kawan yang mintak tolong, collect karpet di rumah... Sepanjang hari ini, saya meround hingga ke Peserai dan Taman Pantai, Batu Pahat untuk collect karpet, sampaikan bisa bisa perut makcik dibuatnya... Sampai semula di rumah malam tu, terus collapse, tak mampu dah nak buat apa-apa... Cakap kat Mus, "itulah abang.. Nak bawak bibik tak bagi, kan dah sakit perut nie.." Biarkan dia tau, yg isteri dia ni belum betul betul sembuh lagi... Lepas daripada hari tu, barulah dia nak tolong aku pegi collect karpet...hehe...

Insya Allah, nantikan satu lagi projek Irissa Laundry dalam bulan Mei nie... Projek masih dalam peringkat perancangan, tapi permintaan dah banyak diterima... Sasaran saya, masa birthday saya 29 Mei ni, kalau dapat jalan, tentu lebih manis kan... Tapi, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Allah kan sebaik-baik perancang, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita... Semoga Allah senantiasa memudahkan laluan buat saya. Syukran Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads