Selasa, 19 Mac 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Qatar labur AS$5 bilion <b>di Pengerang</b> ABN News | BM

Posted: 29 Jan 2013 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR – Qatar bakal meletakkan pelaburan sejumlah AS$5 bilion dolar dalam pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang di Johor.

Jumlah itu adalah separuh daripada nilai AS$10 bilion dolar yang diperuntukkan negara itu untuk pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Pelaburan signifikan di Pengerang itu kelak bertujuan mentransformasikan Malaysia sebagai hab global untuk perdagangan minyak dan gas.

Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dijangka menjadi pesaing terbaru kepada negara jiran, Singapura, dalam usaha kedua-dua negara menempatkan sektor petrokimia masing-masing sebagai hab serantau.

"Kami sedang berbincang mengenai pelaburan ini. Pelaburan AS$5 bilion dolar itu akan digunakan untuk tempoh 3 sehingga 4 tahun bagi projek di Pengerang", kata Naib Pengerusi Qatar Holding LLC, Hussain Ali al-Abdulla ketika ditemui di Kuala Lumpur pada Selasa.

"Jumlah pelaburan Qatar Holding di Malaysia akan mencecah US$10 bilion dalam pelbagai sektor," tambah Hussain.

Pengerang dijangka mengumpul sejumlah RM170 bilion (AS$55.84 bilion) nilai pelaburan apabila operasi kompleks berkenaan bermula pada 2016.

Kompleks itu bakal menempatkan projek loji Petrokimia dan Penapisan Petronas bernilai  RM60 bilion.

Dalam pada itu, Qatar Holding bakal melabur RM2 bilion untuk membina hotel Harrods di pusat bandar Kuala Lumpur.

Hotel itu bakal dibangunkan dengan kerjasama Jerantas Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. – Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads