Sabtu, 6 April 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Kit Siang Cabar Mahathir Tunjuk Telur <b>di Gelang Patah</b> | kedah69ers

Posted: 01 Apr 2013 10:00 PM PDT

Duduk tak duduk, pijar dan panas punggung apabila tindakannya meninggalkan Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah dikecam hebat, Kit Siang terpaksa menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai perisainya. Apatah lagi sindiran tajam daripada Tun Dr. Mahathir membuatkan dia panas telinga dan malu besar apabila tembelangnya didedahkan.

Lim Kit Siang merupakan antara ahli politik paling lama di Malaysia dan 'kebal' daripada sebarang tindakan undang-undang. Kalau di Amerika Syarikat, atau di Singapura, Lim Kit Siang barangkali sudah lama tinggal nama kerana dihukum mati apabila terbabit sebagai dalang dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 selain daripada tentangannya terhadap semua aspek Perlembagaan negara. Bahkan kalaulah dia masih berada di negara asal leluhurnya, sudah tentu lama dahulu Lim Guan Eng terpaksa mengeluarkan duit kocek sendiri membeli peluru untuk pasukan pelaksana hukuman mati membunuh Kit Siang.

Bagaimanapun, Kit Siang beruntung dan bernasib baik kerana dia berada di Malaysia. Undang-undang Malaysia berjaya dimanipulasi sehingga akhirnya Kit Siang masih kekal sebagai ahli politik dan Ahli Parlimen tanpa sebarang sekatan meskipun dari tahun 1966 sehinggalah sekarang, sebagai Ahli Parlimen tidak ada satu perkara pun dilakukannya untuk rakyat sebaliknya melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat dengan sasaran awalnya adalah untuk menjadi Ketua Menteri Melaka tetapi apabila gagal, cuba pula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dalam tiga PROJEK TANJUNG yang gagal.

Isu lompat kawasan memang bukan perkara baru kepada Kit Siang. Selama ini, ahli politik yang pernah disifatkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai UBAT DEMAM LUPUT TARIKH, tidak pernah disentuh dan dikecam kerana gelagatnya itu, kini semakin ramai yang membuka mata tentang keserakahan kuasa yang menjadi salah satu daripada rukun hidupnya.

Barangkali dia mahu mencipta nama sebagai ahli politik yang menjadi Ahli Parlimen di semua negeri di seluruh Malaysia?

Menariknya, apabila dikecam kerana niat terbarunya untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah dan salah satu DUN di Johor, Kit Siang bagaikan hilang arah. Dia kemudiannya mencabar agar Tun Dr. Mahathir meninggalkan dunia persaraannya dan kembali menjadi petanding pilihanraya. Dia mencabar bekas Perdana Menteri itu agar melawannya di Gelang Patah.

Tun Dr. Mahathir yang diajaknya berlawan. Mengapa dia tidak melawan Najib di Pekan? Mengapa tidak melawan Muhyiddin Yassin di Tangkak? Mengapa orang tua yang sudah bersara itu yang diajaknya bertanding?

Pencetus Tragedi 13 Mei 1969 itu sedar atau tidak? Atau dia masih lagi berada dalam alam khayalan yang Tun Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia dan masih Ahli Parlimen Kubang Pasu?

Ketika berucap di Projek Perumahan Rakyat Kempas, Permas Johor, Tun Mahathir menyelar sikap Kit siang yang katanya, sibuk mahu rakyat Malaysia 'change'. Walhal Barisan Nasional khususnya UMNO sudah 'change' berkali-kali. Sedangkan Kit Siang masih tetap di situ juga. Masih juga mahu menjadi Ahli Parlimen sampai mati.

Kenyataan itulah yang membuatkan Kit Siang sakit hati dan kemudiannya mencabar agar Tun Mahathir jadi SEHINANYA!

Selama ini, Kit Siang lebih banyak bertanding di kawasan Cina. Apa kata, kalau dia benar-benar bertelur, dia datang ke Kedah dan bertanding di kawasan majoriti Melayu pula. Teringin betul kita nak tengok adakah BAPA RASIS yang mencetuskan pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969 itu benar-benar bertelur dan cukup berani untuk berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu?

 

Anwar Sengaja “Kubur”kan Kit Siang <b>Di Gelang Patah</b>? | kedah69ers

Posted: 01 Apr 2013 05:00 PM PDT

Nampaknya berkemungkinan besar jangka hayat karier politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin sampai ke penghujungnya apabila dia dijangka bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor setelah berjaya "mencantas" pemimpin PKR di negeri itu, Datuk Dr. Chua Jui Meng.

Sebagaimana yang kita tahu, PKR dan DAP sebelum ini bergaduh sakan berebutkan mahu jadi calon di parlimen berkenaan sehingga menyebabkan Karpal marah dan mengarahkan Anwar campur tangan dalam pergaduhan itu.

Akhirnya, mungkin kerana takut pada Karpal, Anwar dikatakan sengaja mencadangkan supaya Lim Kit Siang diletakkan sebagai calon bagi kerusi parlimen tersebut. Kononnya kerusi parlimen itu "putih" bagi Pakatan Haram dan Kit Siang berpeluang untuk menang!

Pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, pencalonan Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan pemimpin veteran DAP itu bersara terus dari karier politiknya. Dalam ertikata lain, kerjaya politik Kit Siang akan dikuburkan di Gelang Patah pada PRU ke-13 ini.

Kit Siang merupakan ahli politik DAP yang paling veteran di mana dia mula terjun ke dunia politik negara pada tahun 1964. Dan sehingga tahun ini, sudah enam Perdana Menteri berkhidmat, Kit Siang masih lagi belum bersara.

Justeru itu, Tun M meminta agar rakyat Johor memastikan supaya Kit Siang tidak terlepas dari "dibersarakan" di negeri kelahiran UMNO itu!

Saya tertanya-tanya, apakah Kit Siang tidak terhidu sesuatu dalam percaturan kerusi oleh Anwar itu? Tidakkah dia dapat menghidu Anwar cuba menamatkan riwayat politik purbanya di Gelang Patah pada PRU ini?

Sepatutnya, Kit Siang bebas untuk memilih kerusi Parlimen paling mudah untuk dimenanginya. Dan Gelang Patah bukanlah parlimen yang mudah untuk dijajah DAP. Apakah ini satu perangkap Anwar untuk menjahanamkan "Dinasti Lim" di dalam Pakatan Haram?

Apa pun kita tunggu PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Hari pencalonan belum tiba dan Kit Siang belum rasmi menjadi calon Parlimen Gelang Patah. Tapi, dia boleh cuba bertanding di situ dan kalau kalah nanti, bolehlah dia "tembak" Anwar habis-habisan, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads