Selasa, 7 Jun 2011

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


AKU DAN KEHIDUPANKU: Aku Jalan-Jalan <b>di Kota Tinggi</b>

Posted: 29 May 2011 08:20 AM PDT

Pukul 12.30, kami check out.
Lepas tu pusing2 sekitar Desaru dulu.
Balik rumah cepat2 nak buat apa?
Kereta agak banyak sebab musim cuti sekolah.
Banyak konvoi hantar pengantin aku jumpa.

Mula2 singgah kat Desaru Fruit Farm.
Banyak bas datang daripada Singapura.
Kalau nak join tour masuk kebun,
kena beli tiket RM20 untuk seorang.
Aku tangguhkan dulu sebab cuaca panas sangat.
Tak berbaloi masuk kebun tengahari buta.
Jadi, beli buah jambu beberapa kilo dan makan dalam kereta.
Lagi best!

Lepas tu masuk ke simpang menuju ke Teluk Sengat.
Ada Crocodile Farm terbesar di Semenanjung Malaysia katanya.
Aku jumpa lokasinya.
Tempat membiakkan buaya2 sahaja.
Dibela untuk kulit dan dagingnya.
Tak berbaloi rasanya bila kena bayar tiket RM8 seorang.
Sekadar tengok buaya2 nganga apa faedahnya?
Aku berpatah balik dan lepak2 depan balai polis Teluk Sengat sahaja.
Tengok laut, tengok jambatan dan orang memancing.

Korang ingat cerita Belangkas Masak Sambal dalam Majalah 3?
Aku jumpa warungnya kat simpang menuju ke Kota Johor Lama.
Warungnya simple aje tetapi ramai orang.
Aku sampai dah dekat pukul 3 petang.
Jadi dapat rasa kuahnya aje.
Lain kali kena datang lagi.
Kakak Okid dah beri nombor hp dia.
Call dulu sebelum datang katanya.
Takut kempunan lagi.
Hari ini ada rombongan daripada KL datang.
Mereka borong semuanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads