Selasa, 7 Jun 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


It's all written down..: Afham lapar la...

Posted: 25 Apr 2011 02:03 PM PDT

     Sedang kami duduk erehat di dalam bilik (selepas kepenatan berkelah di pantai Exmouth) dan menunggu waktu maghrib, Afham tiba-tiba bersuara ;"Papa, Afham humgry la..." sambil memegang perutnya. pada waktu itu, saya telah memutarkan VHS tape kartun kegemarannya di televisyen. Saya yang masih merasa penat dek dilambung  ombak yang tidak seberapa menyuruh dia menonton televisyennya dahulu.
     Selang 10 minit Afham bersuara lagi; " Papa, Afham nak nasik kicap".Saya dengan agak malas menjawab;"Nasik kicap tak ada, nasik goreng ada, nak tak?". teringatkan kepada nasi goreng ayam , bekalan kami semasa berkelah tadi masih ada bakinya.Lagipun memang Afham tidak menjamah langsung nasi tersebu dek kerana leka bermain air dan pasir.
     Kalau diikutkan hati dan perasaan yang penat, memang malas saya melayan karenahnya, tetapi bila teringatkan kisah jiran Mak Long saya di Felda Lok Heng Timur, saya melawan perasaan malas itu lantas mengajaknya ke dapur.Sampai di dapur saya memanaskan nasi goreng menggunakan ketuhar gelombang mikro. Tetapi Afham cuma meminta coco crunch bersama susu segar sahaja. Saya ikutkan sahaja dan nasi goreng tersebut menjadi habuan saya sambil menemaniAfham makan.
     Sambil menjamu selera, saya teringatkan kisah yang diceritakan oleh Mak long saya bahawa anak jirannya meminta air minuman daripada  ibunya. Oleh kerana telah lewat malam, ibunya agak keberatan untuk memenuhi permintaan tersebut lantas menyuruh anaknya tidur semula. Keesokan harinya, apabila bangkit dari tidur, si ibu mendapati anaknya telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan si ibu pada waktu itu. Walaupun sewaktu Mak Long saya menceritakan peritiwa itu,  saya baru berumur belasan tahun, tetapi telah saya sematkan di dalam hati dan menjadi pedoman sehingga sekarang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads