Jumaat, 15 Julai 2011

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


afzalsukasuki: Se-tengahari <b>Di Muar</b>

Posted: 19 Jun 2011 06:25 PM PDT

Salam.me-monink kamu semua. Aku tak punya banyak masa hari nih (bunyik macam nak mati je :P).. sebab aku kena masuk lab lagi. Sebab aku tak banyak masa, so tak dapat la korang dengar aku membebel pepanjang. Hehe. Rasa macam cacat aka OKU plak kalau tak membebel sehari dalam blog, walaupun hakikat aku sebenarnya pendiam, pemalu, penyegan, penyompan-nyantun (jangan cari dalam kamus..memang haram takde).. pendek kata jejaka malaya terakhir lah. Hahahaharun salim bachik!!

So dalam masa sesingkat kentut di malam hari, tanpa bau..tanpa bunyi dan tanpa orang perasan, entry aku hari ni megajak korang ke Muar, Johor. On the way aku balik dari Kluang hari tu..sempat aku singgah Muar. Niat hati nak pekena mi bandung. Korang tau port terbaekk mi bandung Muar? Bukan kat sebelah jambatan atau depan stesen bas tau. Mengikut kata2 Ahmad Tukiman (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang warga Muar yang berhijrah ke KL..port terbaek adalah kat Fuad Bandung Corner, bersebelahan petronas (jalan menghala ke Melaka). Aku lupa pulak nama taman tu, nanti aku recheck balik ye.

Memula dari pekan Muar tu..korang kena naik jambatan sungai Muar ye.. Maknanya korang kena keluar dari pekan la menuju ke arah Melaka pulak.

jarak dari jambatan tu sampai lokasi yang dituju ada la dalam kira-kira10 minit perjalanan menggunakan.. menggunakan kete. Kalu jalan kaki mau 1/2 jam kot. Aku belum pernah cuba..ape kata korang try. Orang kata lagi lapar, lagi nikmat bila menjamah menu nanti. Haha :D

Ha ini la kedai dia. Kedainya bersebelahan ngan petronas, sebelah taman perumahan ( dibahagian kiri jalan). Nasib aku datang awal hari tu, tak ramai sangat orang. Kalau tak takde tempat duduk. Terpaksa alas suratkhabar kat bawah lantai :P

Muka adik aku dah ketat..lapa menunggu gamaknya. Aku macam biasa, kopi tarik. Sebab kitorang datang terlalu awal.. so kitorang tak dapat makan menu mi bandung sebab mi bandung cuma ada bermula tengahari, dalam pukul 12-1 macam tu. Hmm kempunan aku datang dari jauh semata2 nak makan mi bandung Muar.

Kat sini ada juga dijual perencah mi bandung.. memandangkan aku tak dapat makan, aku beli je perencah tu. Sepeket cuma RM6 untuk 6 orang makan. Tu 6 orang macam aku, kalau 6 orang kaki melantak.. order sorang satu la macam tu. Hoho


 Last2 aku makan mi rebus je. Tapi mi rebus dia pon leh tahan. Kuah pekat, banyak pulak tu :) Berbaloi gak.

Maaf la..korang leh tengok je adik aku ni makan..kalau nak, korang kena cuba sendiri. Sedaapp sampai menjilat kaki :P

Dalam perjalanan balik tu, kat Ayer Keroh jalan jem. Rupa2nya sebab jem tu..orang lalu lalang tengah tengok kete Proton Exora ngah parking kat dalam longkang. Ala macam tak biasa pulak dorang tengok kete parking macam tu :P

P/s : So kalau ada kesempatan, kalau lalu Muar..singgah la ke Fuad Bandung Corner ye :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads