Khamis, 14 Julai 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2011 12:00 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Kempas malam tadi apabila mengarahkannya memendekkan ucapan.

Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.

Anwar sepatutnya berceramah di program terakhir dalam siri lawatannya ke Johor di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, namun akibat halangan polis menyebabkan pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi ke Taman Dahlia.

Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan  orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.
Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.

"Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap.

"Jelas ini  adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat).

Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa.

"Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun.

"Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya.

Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

"Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah?

"Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda. – Keadilan Daily

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads