Isnin, 8 Ogos 2011

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Haslina + Ismail | Reception | <b>Chaah</b>, <b>Johor</b> » SNAPCOLOR Photography

Posted: 08 May 2011 10:14 AM PDT

















est Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tingkatkan prestasi permainan pemain cilik

Posted: 15 Jul 2011 12:06 AM PDT

BANDAR PUTRA- Sebanyak tujuh pasukan futsal bawah 12 tahun bertanding dalam merebut kejuaraan Piala Datuk Ayub yang berlangsung di gelanggang futsal Bandar Putra, kelmarin.

Pertandingan futsal itu anjuran Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Sekijang yang melibatkan tujuh pasukan terdiri daripada pasukan Chaah A; Kampung Jawa A; Harimau Tamil; Bandar Boyz; Soccer J; Chaah B; dan Kampung Jawa B.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, pertandingan tersebut mampu meningkatkan prestasi pemain ini walaupun masih di usia bawah 12 tahun.

"Semangat dan cita-cita untuk terus berjaya penting dalam mencapai kejayaan sekiranya mempunyai hala tuju yang jelas dalam emngejar impian tanpa mempertikaikan setiap kali usaha yang dilakukan."

"Kemahiran yang ada perlu terus dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana mampu menambah baik prestasi sedia ada dan secar tidak langsung tidak mensia-siakan kemahiran yang kita ada'" katanya ketika merasmikan pertandingan futsal itu kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pergerakan MIC Bahagian Segamat, Sathia Seelan menyatakan walaupun masih di peringkat sekolah rendah, namun semua peserta berjaya menunjukkan corak permainan yang mengagumkan.

"Ini merupakan kali pertama kita adakan pertandingan seperti ini dan menunjukkan satu reaksi yang baik di antara pelatih dan pemain sendiri."

"Johan pertandingan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100 dan piala. Kita merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti lain di masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai peserta," katanya kepada Sinar Harian.

Pertandingan tersebut bermula seawal jam 8 pagi dan persaingan sengit membuatkan kumpulan Chaah A dan Kampung Jawa A berjaya hingga ke peringkat akhr bagi penentuan juara kejohanan.

Pasukan Chaah A Berjaya merangkul juara dengan menewaskan Kampung Jawa A 3-1 manakala tempa ketiga dimenangi oleh Harimau Tamil.


12 Julai 2011 | Sinar Harian


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads