Isnin, 8 Ogos 2011

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Santai keluarga <b>di</b> Lotus <b>Desaru</b>

Posted: 20 Jul 2011 04:06 PM PDT

KOTA TINGGI 20 Julai – Jika anda dahagakan keindahan pantai dalam erti kata yang sebenar, Lotus Desaru Beach Resort (LDBR) mungkin tempat paling sesuai yang dapat memenuhi kehendak anda.

Bersantai di LDBR yang usianya baru mencecah dua tahun, mampu memberikan pengalaman berbeza dibandingkan dengan kawasan peranginan pesisir pantai lain di negara ini.

Apa pun, dengan pakej lawatan pilihan yang ditawarkan, percutian ke LDBR adalah berbaloi.

Hakikatnya, kewujudan resort tersebut memang kena pada waktunya kerana Desaru kini dilengkapi dengan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), membolehkan perjalanan dari Senai ke Desaru hanya mengambil masa kira-kira 45 minit.

Pengarah Urusannya, Datuk P. Ramalingam berkata, kemudahan yang ada bukan saja akan memajukan LDBR malah turut meningkatkan pendapatan industri inap desa di sekitar kawasan itu, sekali gus menjadikan Desaru lokasi pelancongan unggul.

"Memang menjadi hasrat dan cita-cita saya, sebaik mengusahakan pusat peranginan ini, saya mahu produk-produk pelancongan yang ada di sekitar Desaru khasnya dan Kota Tinggi, turut sama membangun bersama kami," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya, LDBR merupakan sebuah resort baru yang memang direka cipta dengan pemandangan gaya tropika bagi memenuhi kehendak pencinta keindahan alam semula jadi.

Beliau memberitahu, kelebihan-kelebihan yang ada khususnya dari segi kemasukan pelancong asing Singapura adalah faktor yang membuatkannya yakin kepada perniagaannya itu.

Malah, dengan hampir kesemua suite apartmen yang menempatkan 1,700 bilik selesa dengan bilik tetamu dan dewan makan luas, maka ia akan sentiasa menjadi pilihan pelancong pada setiap kali musim cuti dan hujung minggu.

"Ini sekali gus meletakkan LDBR sebagai resort kedua terbesar selepas Genting Highlands dan kami menyasarkan kepada pelancongan berkeluarga," kata Ramalingam.

Katanya lagi, dari segi sajian makan tengah hari pula, Teratai Coffee House menyediakan menu-menu tempatan berkonsep 1Malaysia antaranya sambal belacan, ulam, kari, roti canai, sup dan pelbagai lagi.

LDBR juga memberikan pilihan aktiviti pantai seperti menaiki bot, berkayak, banana boat, jet ski serta memancing. Di sini, pengunjung boleh memilih aktiviti disediakan atau menghabiskan sahaja masa di kolam renang dan gimnasium.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads