Ahad, 14 Ogos 2011

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Make It Simple: Akhwat Selekeh??? | Kelab Nisa&#39; <b>Gelang Patah</b>

Posted: 11 Aug 2011 08:01 PM PDT

http://nisagp.blogspot.com/2011/08/akhwat-selekeh.html
Dari jauh, nampak seorang bertudung labuh memegang mushaf al-Qurannya bersama beg disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat untuk ke kuliah. Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yang langsung tidak sepadan dengan baju yang dipakai. Entah berapa minggu tudung itu tidak berbasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking hitamnya yang sudah lama tidak ditukar terselak.
Seusai habis kuliah lewat jam 4 petang, segera dia meluru ke biliknya di aras 3. Dilemparkan beg sandangnya dan segera dia merebahkan diri ke katil yang dipenuhi baju-baju yang tidak berlipat. Penat. Di hujung katil, kelihatan bakul yang dipenuhi baju-baju yang tidak berbasuh selama 2 minggu menambahkan lagi haruman busuk di biliknya. Buku-buku pula berselerakan di atas meja. Biliknya betul-betul bersepah.
Sibuk adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik. Pagi hingga petang ke kuliah. Selepas itu pula ziarah dan silaturrahim bersama mad'u dan akhwat. Malamnya pula kalau bukan study group atau assignment, ada halaqah atau taklim. Hampir setiap hari rutinnya sebegitu. Masa yang diperuntukkan untuk menseterika baju/tudung, membasuh baju dan menyusun buku serta menjaga kekemasan diri seolah-olah tiada.
Inikah nilai diri bagi seseorang telah ditarbiyah sedangkan tarbiyah mengajar kita untuk menunjukkan qudwah yang baik kepada orang sekeliling?
Adakah tugas dakwah menjadi alasan utama bagi seorang akhwat untuk tidak menjaga kekemasan diri dan sekitarnya?
Seorang akhwat perlu menjaga setiap apa yang dipakainya dan menjaga kekemasan luaran dan dalaman. Jangan kita hanya menjaga kekemasan dalaman sahaja tanpa memikirkan soal luaran. Pandangan pertama objek dakwah pada seorang da'ie adalah luarannya dan itulah perkara pertama yang membuat mereka tertarik minat pada kita.
Kekemasan luaran adalah menjaga kekemasan serta kebersihan pakaian dan bagaimana cara kita mengelolakan harta benda kita. Ia melibatkan banyak perkara namun distresskan pada sesetengah perkara khususnya seterika/ kebersihan/ kesepadanan tudung, baju dan stoking disamping kekemasan bilik.
Berapa ramaikah akhwat yang tidak basuh tudung, stoking dan handsocknya selama berminggu-minggu?
Berapa ramaikah akhwat yang malas seterika tudung dan baju kurungnya untuk keluar?
Berapa ramaikah akhwat yang memakai tudung tidak sepadan dengan warna baju?
Berapa ramai akhwat yang biliknya sentiasa bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?
Kalau tiada, ini satu keputusan yang bagus. Namun kalau masih ada berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri. Kita ini akhwat. Kita mesti lagi faham dan arif soal kebersihan dan kekemasan. Jangan sampai kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang memandang puak yang bertudung labuh ini sebagai satu puak. Jika, salah seorang kita merosakkan imej mereka yang bertudung labuh, maka seluruhnya akan terkena.
Salah faham 'kekemasan vs tabarruj'
Mungkin ada juga yang akan beralasan, kami ini tidak mahu bertabrruj. Kami akan berkemas-kemas hanya di depan suami sahaja. Jadi, tidak ada gunanya kami berkemas-kemas apabila keluar!
Tabarruj itu terang-terangan salah. Namun menjaga kekemasan diri, pakaian dan barang peribadi itu tidak salah.
Saya faham, akhwat tidak mahu berkemas-kemas apabila keluar rumah kerana ditakuti dipandang oleh bukan mahram. Namun, perlukah sampai tidak mengambil kira soal kekemasan untuk tidak dipandang?
Adakah perlu sampai nampak selekeh di hadapan khalayak ramai? Adakah sampai tidak perlu menseterika tudung, membasuh tudung dan menukarnya mengikut kesesuaian warna, tidak mandi, tidak memakai deodorant/bedak dan sebagainya?
Janganlah begitu duhai akhwat fillah. Kita sememangnya menjaga diri kita daripada gangguan dan pandangan lelaki, namun tidaklah perlu sebegitu ekstremis. Kita mesti mengambil kira soal pandangan objek dakwah/mad'u pada kita juga. Kita perlu menunjukkan qudwah yang baik kepada mereka. Mereka itu sentiasa melihat setiap gerak geri kita dan cara kita berpakaian.
Penutup: Selekeh itu bukan akhwat
Akhwat bukan selekeh. Selekeh itu bukan sikap akhwat. Semoga kita sama-sama perbaiki diri kita. Bukan dalaman sahaja. Tapi luaran juga.
Ambillah masa untuk menseterika baju dan tudung ketika punya masa lapang seperti waktu petang atau tengah malam sebelum tidur. Halaqah atau taklim bukanlah dilakukan setiap malam. Ziarah dan silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang. Buatlah jadual yang sesuai dengan loading kerja dakwah dan studi kita. Jika tidak sempat untuk membasuh baju, carilah hari dalam seminggu untuk membasuh baju menggunakan mesin basuh yang disediakan. Kemaslah katil, meja dan rak buku sebelum melangkahkan kaki keluar ke kuliah. Jadikanlah bilik kita sentiasa kemas semasa ketiadaan kita.
Semoga dengan qudwah sedikit yang kita tonjolkan ini, ramai objek dakwah di luar sana tidak ragu-ragu untuk menerima dakwah kita.
Islam itu cantik dan indah.
Janganlah merosakkan kecantikan islam hanya kerana kita tidak menjaga kekemasan diri.
Seorang dai'e jika dalamannya cantik, luaran juga cantik.
p/s: Cantik bukan erti kata rupa.
Gambar: Google Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads