Ahad, 14 Ogos 2011

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Perkhidmatan Katering <b>di Johor Bahru</b> | Rasa Mewah Catering

Posted: 24 Mar 2011 12:00 AM PDT

Rasa Mewah Catering memberikan perkhidmatan katering di sekitar Johor Bahru | Nusajaya | Pontian | Senai | Kempas | Seri Alam | Kulai | Skudai | Tiram | Kota Tinggi | Masai | Pasir Gudang | Gelang Patah | Kluang | Desaru | Kuantan | JB |
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ahmad Dhani Bakal Beraksi Dengan MahaDewa <b>Di</b> JB

Posted: 29 Jul 2011 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

SUBANG, 29 JULAI 2011: Syarikat penerbangang FireFly bakal membawakan anda dalam sebuah konsert rock November ini.

MahaDewa Live in Johor Bahru akan berlangsung pada 19 November 2011 di Stadium Larkin Johor Bahru (yang dahulunya dikenali sebagai Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos) bermula jam 8 malam.

MahaDewa, merupakan spin-off dari kumpulan Dewa 19 yang merupakan salah satu kumpulan rock paling sukses di Indonesia. Diterajui Ahmad Dhani yang merupakan bekas ketua kumpulan Dewa 19, MahaDewa merupakan projek terbaru Dhani selepas meninggalkan kumpulan itu.

Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi FireFly, Angelina Corrina Fernandez memberitahu, "Kami tahu bahawa kumpulan MahaDewa dan penyanyi utamanya, Ahmad Dhani mempunyai ramai peminat di sini, justeru ia menjadi satu inisiatif kepada kami untuk menganjurkan konsert ini di Malaysia. Malah kami menjangkakan konsert ini akan dihadiri 10000 penonton.

"Johor Bahru adalah sebuah bandaraya yang berhampiran Singapura dan senang diakses untuk ke Indonesia, jadi ia merupakan sebuah lokasi yang ideal untuk menarik perhatian peminat-peminat dari kedua-dua negara ini selain peminat tempatan di Johor dan seluruh Malaysia.

"Kami memilih untuk mengadakan konsert ini di Stadium Larkin kerana kemudahan penonton dari seluruh Malaysia termasuk mereka di Sabah dan Sarawak untuk ke sini. FireFly menyediakan dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu serta dua penerbangan sehari juga dari Johor Bahru ke Kuching. Kami juga berhasrat mengajak pengunjung dari Singapura dan Indonesia untuk menetap lebih lama di Malaysia dan melawat beberapa tempat menarik di sini. Seperti bandaraya Johor Bahru yang menyediakan pelbagai khidmat padang golf, spa, pantai dan kepulauan yang menarik.

Atas inisiatif ini, FireFly turut melancarkan pakej FireFly Holiday yang mana termasuk tiket pergi balik, pakej menyaksikan konsert, dan menyediakan tempat tinggal untuk keselesaan pengunjung ke Johor Bahru.

Konsert ini senada dengan pelancaran laluan baru FireFly yang kini akan memperoleh akses dari Johor Bahru ke dua bandar utama di Indonesia iaitu Surabaya dan. Bandung.

FireFly akan terbang empat kali seminggu dari Johor Bahru ke Surabaya mulai 14 Ogos dan tiga kali seminggu dari Johor Bahru ke Bandung mulai 16 Ogos.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads