01 di kempas - Google Blog Search |
- Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search
- Sekolah Kebangsaan <b>Kahang</b>, Jalan Mersing, Mukim <b>Kahang</b>, Kluang <b>...</b>
- Empangan RM85.5 Juta Atasi Masalah Bekalan Air <b>di</b> Kluang <b>...</b>
Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT SEMAKMUR Disini tempat kita berkawan Disini tempat kita belajar Disini tempat kita membesar Disini tempat kita mengenal erti kehidupan SAYANGILAH SEKOLAH KITA SMK LKTP KAHANG TIMUR(SEMAKMUR) KLUANG SMK LKTP Kahang Timur telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1988, Mengandungi tiga blok bangunan dua tingkat dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang yang mencukupi.. Namun penambahan penduduk setempat pada masa itu telah mengakibatkan sekolah ini terpaksa mengalami beberapa perubahan. Pada tahun 1995, satu bangunan tiga tingkat telah siap dibina untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun 2002, dua buah bangunan empat tingkat yang baru telah dibina untuk kegunaan oleh para guru dan pelajar demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah ini terletak lebih kurang 27 km dari Bandar Kluang. Sekolah ini telah dibina di dalam sebuah kawasan perumahan Tanah Rancangan Felda Kahang Timur. Perjalanan dari Bandar Kluang ke sekolah ini memerlukan masa lebih kurang 45 minit dengan kemudahan jalan raya yang selesa. Pada masa itu, pelajar-pelajar yang bersekolah datangnya dari anak-anak penduduk setempat. iaitu dari Felda Kahang Timur sendiri , Felda Kahang Barat dan Felda Ulu Dengar. Anak-anak kakitangan dari Penjara Kampung Gajah juga ditempatkan di sekolah ini. Masa telah merubah segalanya, semakin hari semakin berkurangan bilangan pelajar di sekolah ini. Kemungkinan kesan dari kekurangan pelajar ini akan mengubah iklim sekolah ini tidak lama lagi. Walau bagaimanan pun perjuangan sekolah ini akan tetap diteruskan, demi bangsa, agama dan tahan air. SMK LKTP KAHANG TIMUR (SEMAKMUR) KLUANG MOTO Ilmu Sinar Hidup SLOGAN ²SMK Kahang Timur Hebat" Ke Arah Sekolah Felda Terbaik Negeri Johor" PENDEKATAN Sekolah Berkualiti Sekolah Bermaklumat Sekolah Penyayang BUDAYA SEKOLAH · Budaya Salam · Budaya Terima kasih · Budaya berfikir · Budaya Cemerlang · Budaya Kreatif dan inovatif · Budaya Penyayang · Budaya Kerja sepasukan · Budaya Seronok bekerja VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti MATLAMAT 1. Mempunyai barisan peminpin pengurusan pendidikan yang berintegriti 2. Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah 3. Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhio keperluan global 4. Mencapai prestasi cemerlang dalam pentafsiran dan penilaian 5. Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti 6. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan OBJEKTIF SEKOLAH 1.Bidang Kurikulum Tahun 2011 · Memperolehi kelulusan 100% dalam SPM dengan GPS 5.1 dan kelulusan 70% dalam PMR dengan GPS 2.58 · Mencapai kelulusan 100% SPM di dalam 8 matapelajaran Bahasa Melayu, Seni Visual, Rekacipta, MPV, Sains Pertanian, Fizik, Kimia dan Biologi. · Mencapai kelulusan 100% PMR dalam 3 mata pelajaran Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Geografi. · 3 orang pelajar mendapat A di dalam semua mata pelajaran SPM dan 10 orang pelajar dalam PMR. 2.Bidang Kokurikulum Tahun 2011 · Menjuarai 10 pertandingan di peringkat Daerah Kluang iaitu softbol L18, softbol P18, Bola Baling L18, Bola Baling P18, Bola Jaring P15,Kawad kaki kadet Koreksional lelaki dan Perempuan,Kawad Basah kadet Bomba serta Balapan dan Padang. · Sekurang-kurangnya mencapai tempat ke tiga di dalam 2 acara di pertandingan peringkat Negeri Johor iaitu softbol L18 dan Bola Baling L18. 3.Sahsiah dan disiplin pelajar · Peratus kes salahlaku pelajar tidak melebihi 1%. · Peratus kedatangan pelajar tidak kurang daripada 95%. · Tiada kes jenayah di kalangan pelajar. 4.Pengurusan · Meningkatkan kualiti pengurusan melalui Program Perkembangan Staf sebanyak 7 hari setahun. · Program bersama komuniti sebanyak 3 kali setahun. · Penggunaan ICT dalam semua aspek secara maksimum. · Pengurusan kewangan tanpa berteguran. 5.Iklim Sekolah · Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif. · PPS digunakan secara maksimum. · Bilik Khas yang berinformasi dan ceria. · Persekitaran sekolah yang selamat. · Keceriaan bilik darjah. 6.Budaya Sekolah · Solat Hajat,Tazkirah dan Bacaan Yasin berselang pada setiap hari Jumaat · Bacaan doa sebelum dan selepas P&P. · Budaya membaca awal pagi · Azan waktu Zohor 7.Memenangi Anugerah Kualiti · Anugerah Kualiti (3 kategori) di peringkat daerah atau negeri. 1. Pengurusan Kepimpinan 2. Pengurusan Kewangan 3. Peperiksaan PMR & SPM PIAGAM PELANGGAN Bahawa kami pendidik dan kakitangan SMK LKTP Kahang Timur dengan penuh tekad dan keazaman, berikrar dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik dalam bidang tugas kami bagi menepati matlamat dan tujuan pelanggan kami dengan: 1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan mulai hari pertama persekolahan. 2. Sentiasa berusaha melaksanakan tugas mendidik dan memenuhi keperluan pelajar dengan penitisan ilmu, kasih sayang, keseronokan, kebebasan dan survival. 3. Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah, keselamatan dan keceriaan. 4. Memperkembangkan potensi dalam semua bidang. 5. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif 6. Sentiasa bersedia dan menerima pendapat, cadangan dan teguran membina daripada semua pihak untuk menambahbaik prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dalam semua bidang. 7. Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatupadu dan mempraktiskan budaya ilmu,celik sains dan teknologi serta kreatif dan inovatif. 8. Memastikan layanan kaunter yang mesra dan cekap dengan waktu menunggu tidak melebihi tempoh masa 10 minit. 9. Sentiasa bekerjasama dan memberikan layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan komuniti setempa serta sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka. 10. Hubungi sekolah melalui : No . Telefon - 07-7866661 No. Fax - 07-7867349 Alamat laman web- http//www.smkkt.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Sekolah Kebangsaan <b>Kahang</b>, Jalan Mersing, Mukim <b>Kahang</b>, Kluang <b>...</b> Posted: 11 Apr 2011 10:35 AM PDT Tahun 1982 ketika itu maza berumur 7 tahun dan itulah kali pertama maza menjejakkan kaki ke sekolah rendah seperti kanak-kanak yang lain. Seingat maza, maza begitu ghairah untuk bersekolah dan bertemu kawan-kawan yang sudah beberapa bulan dipisahkan oleh cuti sekolah TADIKA. Di tambah pula rasa girang tersebut dengan berbaju baru, berseluar baru, beg baru dan berkasut baru. Kiranya serba serbi baru kecuali tupperware bekal... Sesekali ada juga senior yang memberitahu maza bahawa cikgu sekolah rendah ini garang-garang belaka. Di hati maza mulai terasa kecutnya. Terutama senior yang juga merupakan kawan-kawan teman sepermainan di rumah memberitahu bahawa Cikgu Fatimah (guru kelas merangkap cikgu bahasa Inggeris) seorang cikgu yang garang dan kuat pukul orang. Di zaman itu sekolah rendah ini merupakan sekolah beratapkan nipah. Hanya ada lebih kurang enam atau lima kelas sahaja. Tingkapnya merupakan tingkap kayu. Untuk membuka tingkap itu kita kena tolak ke atas daun tingkap yang besar tersebut dan disendal dengan kayu panjang. Jadinya tingkap itu akan ternganga dengan bukaan atas-bawah bukannya terbuka kiri dan kanan.
Namun tidak lama kemudian bekas Perdana Menteri Malaysia Kelas kami dipisahkan oleh dinding papan. Meja pula dicantum-cantumkan lalu membentuk barisan meja panjang yang dibahagikan kepada dua bahagian ruang iaitu di sebelah kanan dan kiri sahaja. Makna kata terdapat dua jalur barisan meja di kiri dan kanan dan pemisah itu dijadikan ruang untuk berjalan ke hadapan atau ke belakang. Kami duduk di atas bangku panjang dan berkongsi meja yang sama. Satu bangku berkongsi 5 - 6 orang murid. Satu meja panjang itu boleh memuatkan seramai sepuluh orang murid. Dalam satu-satu kelas memuatkan kira-kira 30-40 orang murid. Kelas sudah menjadi seperti tin sardin. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar dan gembira dalam masa yang sama. Biasanya kelas akan tergendala jika hujan. Bunyi timpaan hujan begitu kuat hinggakan tidak kedengaran suara cikgu kecuali cikgu menjerit-jerit sampai anak tekak jelas kelihatan mahu terkeluar. Lebih sadis lagi atap selalunya bocor. Kalau tidak kerana atap, tempias hujan juga menebusi dari celahan dinding dan tingkap. Pernah kami kebasahan di dalam kelas. Mujur juga buku-buku tidak lukus kebasahan. Itu kisah 29 tahun yang lalu. Sekarang ini Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28 sudah banyak berubah. Sekolah ini sudah mempunyai bangunan sekolah yang sempurna. Ada yang dua tingkat, ada yang tiga tingkat, punyai kemudahan perpustakaan dan beberapa buah kuaters guru. Satu keunikan sekolah ini yang paling ketara ialah padang sekolahnya lebih tinggi daripada bangunan sekolah. Rasanya satu-satunya sekolah yang mempunyai padang sekolah yang lebih tinggi daripada bangunan sekolah tersebut, setidak-tidaknya di Johor! Keunikan kedua ialah padang sekolah inilah tempat anak-anak kampung bermain bola tiap-tiap petang. Kemudahan padang bola di kampung Sri Lukut ini tidak ada, jadinya selalunya kami meminta ehsan dan jasa baik guru besar sekolah yang juga kami rata-rata ini bekas anak murid sekolah di situ agar mengizinkan kami menggunakan padang tersebut untuk bermain bola. Kepulangan maza ke kampung baru-baru ini telah membawa berita bahawa Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang sudah mempunyai lagu rasmi. Ini sesuatu yang bagus dan harus dibanggakan. Masa maza sekolah sewaktu dahulu Dari itu kengkawan, mari kita saksikan dan dengarkan lagu rasmi sekolah ini. Di dalamnya terselit cita-cita, hasrat dan tekad anak-anak murid kecil ini dalam berbakti kepada agama, nusa dan bangsa! Lagu Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang *** Dengar khabar juga lagu ini sudah tercipta semenjak tahun 1992. Ini bermakna sudah 19 tahun kewujudannya. Hanya kini ia disebarluaskan sehingga ke alam cyber sebagai isyarat kepada bekas anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang agar ingat pada ikrar dan cita-cita mereka sedari kecil lagi itu. Beriktu ialah laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang (sekolah rendah): Kita teguhkan kaki ini untuk berdiri. Kita bermula dari rumah sekolah yang usang dan mahu roboh. Di sini kita mula bertatih mengenal A, B, C dan Alif, Ba, Ta.... Wahai sahabat-sahabat seangkatan ku, marilah kita pulang. Pulang berbakti kepada nusa dan tanah tumpah darah kita, Kampung Kahang! Wahai anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang, jika kau tersasar, jika tersimpang selagi mana kau belum terbujur-kaku ... maka kini sudah sampai masanya. Pulihkan semangat yang pernah berdarah kental di dadamu itu. Pulihkan semangat lawanmu. AYUH.. Aturkan langkah, aturkan kekuda, aturkan nafas, aturkan tatihmu... Jangan biarkan 'hanyut' itu terus-terusan menikam tembuluh saraf mu, jantung mu, nafasmu, rohmu, jiwamu! Ayuh! Kita kenang-kenangkan tentang asal wal usul kita. Mari kita cari jati diri ini. Kita kembali mengangkat tangan setelah sekian lama kita lupakan. Mari kita menyebut dan menyahut kembali ikrar yang sudah lama kita pendamkan dalam lubuk hati yang dalam. Mari kembali bersemangat waja. Mari kita teruskan perjuangan hidup untuk menjadi INSAN CEMERLANG, insan yang berbakti, insan yang harum namanya. Biar patah sayap, tetapi tidak pada sengatannya! Biar mana nanti kita tercampak, kita tetap menjadi manusia yang harum namanya. Suci bersih jiwa dan hatinya. Berguna pada agama nusa dan bangsa! - Itulah ikrar yang pernah kita ungkapkan sebelum kita melangkah pergi meninggalkan SRK Kahang! Moga-moga nostalgia ini mampu membangkitkan semangat yang hilang. Aturkan langkah gagah, kita cari jalan pulanggg..... usah diragukan keupayaan diri sendiri lagi. BANGKITLAH anak bangsaku. Bangkitlah saudaraku. Teruskan perjuangan hidup dan berbaktilah. Budi disemai bakti dituai demi tanah tumpah darah kita di Kahang yang permai ini. Terima kasih cikgu, dek kerana usaha cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami walaupun kampung kami jauh daripada pembangunan akhirnya ramai antara kami sudah berjaya menjadi manusia! Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu... Special tribute to:- |
Empangan RM85.5 Juta Atasi Masalah Bekalan Air <b>di</b> Kluang <b>...</b> Posted: 10 Feb 2011 09:00 PM PST KLUANG:Masalah bekalan air ketika musim kemarau di beberapa daerah di negeri ini termasuk Kluang akan dapat diatasi dengan pembinaan empangan di Kahang bernilai RM85.5 juta. Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata lokasi empangan itu telah dikenal pasti dan reka bentuk pembinaannya juga telah disiapkan."Kerajaan maklum bahawa ada antara daerah seperti Kluang terdedah dengan masalah bekalan air ketika musim kemarau. Oleh itu, untuk penyelesaian jangka panjang, kita akan membina empangan baru di Kahang,"katanya. Abdul Ghani berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Notis 5A kepada 317 penduduk Kampung MCA Gunung Lambak di Dewan Yap Tau Sah, di sini semalam. Selain itu, katanya, tiga sumber air dari empangan Sembrong Barat dan Machap di Kluang dan Bekok di Batu Pahat turut menghadapi masalah memproses air disebabkan paras air yang tidak mencukupi. Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM13 juta untuk menaik taraf ketiga-tiga empangan berkenaan. "Projek menaik taraf empangan ini adalah untuk menaikkan semula paras air di Bekok dan Machap. Jika berjaya, lebih banyak air dapat disimpan dan sekaligus mampu meningkatkan kapasiti untuk bekalan air ke daerah Kluang,"katanya. Dalam ucapannya, Abdul Ghani menyarankan supaya setiap penerima hak milik membayar wang premium serentak bagi memudahkan kerja meletak batu sempadan. "Penanaman batu sempadan secara serentak amat penting bagi pembangunan semula kampung ini, termasuk dari segi penyediaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam,"katanya. |
You are subscribed to email updates from di kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan