Jumaat, 26 Ogos 2011

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


Kedah Ke KL Online: PANAS!! BEBERAPA BUAH SURAU DAN MASJID <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 11 May 2011 05:57 AM PDT


Mc baru dapat maklumat dari beberapa sumber yang boleh dipercayai mengenai beberapa Surau dan Masjid disekitar kawasan Tampoi, Johor sudah dirasuk doktrin Pas. Sesungguhnya AJK Masjid atau surau dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri, tetapi mungkin disebabkan 'kecuaian' dan salah lantik menyebabkan terlantik orang yang sememangnya aktif dalam politik geng bulan ni.

Sesungguhnya penduduk disekitar Tampoi agak rimas dengan Tazkirah atau ceramah yang lebih menjurus kepada politik dan menghentam individu tertentu. Akibat dari perbuatan itu, ramai jemaah masjid dan surau yang tidak lagi turun berjemaah disebabkan 'rimas' untuk mendengar tazkirah dan ceramah yang memaki hamun.


Kita ke masjid untuk beribadat. Masjid tempat menyatukan semua muslim dan musliman. Tempat kita berpadu mengadap yang Maha Esa. Bukannya tempat untuk kita maki hamun individu yang kita tak suka. Kalau nak maki hamun, jangan dalam masjid, pergi cari tempat lain. Salah tempat kot nanti kena maki lagi teruk.

Mc harap Jabatan Agama Islam Negeri Johor membuat pantauan di setiap surau dan masjid di Tampoi, lebih-lebih lagi di Masjid Flat Tampoi, Johor yang dikatakan sarang besar puak pembangkang membiak.

Mc juga mendapat maklumat Surau di Taman Abad, berdekatan dengan bandar Johor Bahru, sudah ditinggal sepi. Bagaikan tiada tuan. Dikatakan sudah menjadi tempat remaja sekitar membuat maksiat. Sila ambil tindakan! Jangan biarkan penyakit menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi.

P/s: cegah sebelum parah..

McTheory:
Melaporkan dari Johor Bahru.. roger n out!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads