Sabtu, 3 September 2011

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Gubuk Kecil Kembara Jalanan: <b>Kahang</b> - Bibiq keteguran <b>di</b> kebun

Posted: 10 Apr 2011 08:45 AM PDT

Hujung minggu ini (April 9-10, 2011) - maza sudah pulang ke kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor. Adik maza (Bibiq) sudah diserang gangguan dari alam ghaib. Kakinya membelon dari ibu jari membawa ke pangkal peha di sebelah kaki kanannya. 
Sekarang ini Bibiq sedang mendapatkan rawatan di rumah mertuanya di Batu Pahat. 
Alkisah tatkala meracun di kebun getah di atas bukit sana berpinggiran hutan simpan kekal Lenggong itu. Tatkala dalam perjalanan pulang dia menegur sebuah tapak kaki yang agak pelik. 
"Kalau tak silap, ini tapak kaki tenuk ni," kata Bibiq kepada Ana isterinya.
"Mana bang?" Ana terpinga-pinga mencari sama.

Hanya beberapa saat selepas itu kakinya mulai terasa lain macam. Dirasakan berat berpikul-pikul memeluk kaki kanannya. Sampai di rumah kakinya itu sudah membengkak besar. Maka tahulah Bibiq serta emak bahawa Bibiq sudah terkena 'teguran'.
Sebelum ini pun sudah pernah berlaku dan ramai juga orang kampung terserempak dengan 'sesuatu' di kebun itu. 
"Sudah namanya kebun kami di situ. Lagi pun memang tempat kami cari makan. Mahu atau tidak terpaksalah kami redah juga bang. Mahu atau tak kena juga buat, kalau tidak macam mana dapur kami nak berasap," terang Bibiq kepada maza setelah diusulkan agar dia lebih berhati-hati ketika menoreh mahupun membersihkan kebun.
Setelah seminggu berubat di Batu Pahat dengan seorang Kakek (atuk), alhamdulilah, sakit yang dialaminya semakin pulih. Dari tidak boleh berjalan dengan hanya mampu merangkak serta 'diusik' pada malam hari, hari ini Bibiq sudah boleh berjalan dan bengkaknya semakin menyusut.
Benda-benda halus seperti ini sukar juga hendak dipastikan. Mulanya ingatkan sakit yang boleh dirawat di hospital. Tetapi doktor kata mengikut pandangan perubatan moden, Bibiq sihat dan tidak sakit apa-apa. Kemudiannya doktor Melayu tersebut menyarankan agar Bibiq dibawa pulang dan berubat alternatif cara 'kampung'.
Esok malam, dengar khabar sekali lagi Bibiq akan dirawat dan dimandikan bunga. Mudah-mudahan semuanya selamat dan sejahtera hendaknya.
Pada kengkawan, mahulah maza memohon jasa baik agar mendoakan keluarga kecil kami dalam keselamatan, kebahagian, dan perlindungan daripada Tuhan Rabul alamin jua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads