Selasa, 13 September 2011

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Perbarisan Hari Kemerdekaan <b>di</b> Stadium Mini <b>Pontian</b> meriah

Posted: 12 Sep 2011 04:06 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Perbarisan Hari Kemerdekaan di Stadium Mini Pontian meriah

PONTIAN 12 Sept. – Kira-kira 4,000 orang menyertai Perbarisan dan Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat Daerah Pontian di Mini Stadium Pontian, di sini semalam.

Antara agensi yang mengambil bahagian, pasukan polis, Bomba dan Penyelamat, Askar Wataniah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta pasukan pakaian beruniform sekolah.

Turut tidak ketinggalan syarikat swasta, kilang, institusi kewangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta 39 kanak-kanak yang lahir pada 31 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri Johor, Datuk Maulizan Bujang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman turut memeriahkan sambutan berkenaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad; ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong; ADUN Pekan Nanas, Tang Nai Soon dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Majlis diserikan dengan persembahan koir lagu-lagu patriotik oleh kakitangan Majlis Daerah Pontian, deklamasi sajak kemerdekaan serta bacaan ikrar oleh pelajar yang mewakili tiga kaum utama di negara ini.

Sempena sambutan tersebut, turut diadakan pertandingan seperti keceriaan bangunan kerajaan dan swasta, balai raya, sepanduk serta pakaian tercantik oleh setiap kontinjen yang mengambil bahagian.

Kategori bangunan kerajaan dimenangi Jabatan Kerja Raya, bangunan swasta oleh Syarikat Air Johor Holding Sdn. Bhd.,(SAJH), balai raya diraih oleh Balai Raya Kampung Ulu Pulai dan kilang oleh Shimano Sdn. Bhd, manakala kategori sepanduk dan pakaian tercantik masing-masing oleh Pejabat Pelajaran Agama dan Majlis Daerah Pontian (MDP).

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads