Rabu, 14 September 2011

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Suhaizan minta MB Johor tegur pemimpin UMNO | Nusajaya Kini

Posted: 05 Sep 2011 10:40 PM PDT

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS
Negeri Johor


Selasa 6 hb September 2011


Minta MB Johor Tegur Pemimpin UMNO Skudai Kanan, Johor Baharu

Pada ahad 4hb September 2011 saya telah memohon Naib PAS Kawasan Pulai, Johor Saudara Zaba Bin Ibrahim berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan. Dalam pertemuan tersebut Saudara Zaba bin Ibrahim telah memperolehi satu persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5hb September 2011 dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohammad Bin Sabu selepas sidang akhbar di Johor Baharu. Saudara Zaba Bin Ibrahim telah juga dapat pengesahan daripada Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Tujuan utama pertemuan pada hari semalam adalah pertamanya adalah untuk mengeratkan tali silaturahim sempena bulan syawal yang mulia, keduanya PAS juga mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah bagi menuntut ganti rugi atas kematian ibu dan adiknya kepada Kerjaan British dan ketiganya adalah untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong.

Saudara Zaba Bin Ibrahim telah membuat panggilan terakhir untuk mengesahkan kehadiran di rumah Puan Jamilah sekitar jam 2 petang. Selepas itu saya telah membawa Tuan Haji Mohammad Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan menggunakan kenderaan saya. Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah saya lihat lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorangnya telah memberi isyarat menghalau kami daripada lorong tersebut. Saudara Zaba Bin Ibrahim telah menyatakan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin UMNO setempat yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Tuan Haji Mohammad Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi mangsa peritiwa Bukit Kepong.

Bagi mengelak suasana yang tidak selesa di pihak Tuan Haji Mohammad Sabu dan Puan Jamilah maka saya telah berbincang dengan Tuan Haji Mohammad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Masa pun agak lewat kerana Tuan Haji Mohammad Bin Sabu mempunyai jadual yang ketat disebelah petang hari tersebut.

Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli UMNO di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku "Pengukir Nama Johor" tulisan Ismail Adnan bertajuk "Mat Indera" muka surat 109. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis oleh Dato Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

Niat PAS yang baik ini telah disambut oleh halangan yang hanya sesuai dizaman penjajah. Saya tidak sangka dizaman yang serba maju dan anak-anak muda sudah banyak terdedah dengan media baru rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang bertindak seperti zaman sebelum merdeka. Saya desak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku "Pengukir Nama Johor" menasihatkan pemimpin UMNO Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads