ads

Sabtu, 8 Oktober 2011

01 di chaah johor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di chaah johor - Google Blog Search


Remaja Bawah Umur Diupah Ganggu Ceramah Mat Sabu <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 05:02 PM PDT

 Oleh: MTD PAS Benut

LABIS,8 Oktober 2011: Beberapa siri provokasi pihak tertentu pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini telah menerima tempiasnya apabila ia turut berlaku malam tadi sempena kehadiran Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS ke Johor.

Difahamkan beberapa hari yang lalu kejadian sama turut berlaku di Negeri Sembilan namun seperti yang dijangka, tindakan tidak bertamadun terjadi juga di Pekan Labis.

Tinjauan mendapati kira-kira 50 penunggang motosikal yang terdiri daripada kalangan remaja bawah umur didakwa diupah untuk melakukan provokasi sehingga menimbulkan ketegangan pada tempat ceramah.

Tindakan melampau itu menyebabkan seorang petugas Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Johor cedera di bahagian muka akibat dilontar objek keras di kepala.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, daripada Amal Pagoh berkata kejadian tersebut terlalu pantas berlaku sewaktu beliau bertugas mengawal lalu lintas bersama lebih 50 petugas yang lain.

''Saya seperti biasa bertugas bersama sahabat yang lain. Suasana jadi kelam kabut bila sekumpulan mat rempit menganggu buat kali yang kedua. Tiba-tiba saya dibaling objek keras dikepala'' katanya ketika dihubungi Mtd Pas Benut malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (Bangkit) oleh Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat, di Dataran Cikgu Normala, Pekan Labis, dekat sini, semalam.

Katanya lagi beliau terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka setelah dikejarkan ke Hospital Segamat walaubagaimanapun hanya dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.

Beliau yang ditemani Mohd Zaki Abd. Kader, Pengarah Jabatan Amal Johor dilihat turut berada di Hospital Segamat kesal dengan pihak berkuasa yang dakwanya lambat bertindak.

''Masa mereka lalu, saya dah pesan kepada Polis. Encik tak kan tengok saja. Pergilah buat apa-apa. Polis kata, tak mengapa nanti kita buat'' ujarnya.

Difahamkan kehadiran pihak berkuasa begitu ramai turut berada di lokasi ceramah yang terdiri daripada anggota Polis, satu trak kecil FRU dan beberapa anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Labis.

Satu laporan Polis dibuat di Balai Polis Labis oleh mangsa sendiri pada jam 1. 40 pagi diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersama 20 orang petugas Jabatan Amal yang lain.

Mazlan dilaporkan berkata, beliau kesal dengan tindakan Polis berhubung cara menangani kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal sedangkan katanya kebanyakan mereka yang melalui jalan ke lokasi ceramah akan melalui sekatan itu namun soalnya bagaimana anak muda yang rata-ratanya remaja bawah umur dakwanya berjaya melepasi sekatan jalan raya.

''Kita dukacita sebab yang buat provokasi adalah remaja bawah umur. Ada road block tapi tak ditahan. Kalau betullah ini berlaku (tidak ditahan) ini amat memalukan.

''Macam mana boleh lepasi road block? Kami juga ditahan. Apatah lagi budak-budak. Tak ditahan, bawa motor dengan jumlah yang besar, budak bawah umur.

''Kita bersimpati dengan pihak berkuasa. Tapi bagaimana persepsi orang ramai, boleh persoalkan tindakan Polis.

''Polis pun sudah maklum. Berdasarkan permit yang dibuat dan keadaan Mat Sabu sendiri dengan isu yang hangat sekarang. Tapi macam mana boleh lepas?. Malah kejadian ini berlaku didepan Polis.'' terangnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan( ANAK).

Beliau bagaimanapun memuji tindakan petugas Jabatan Amal Johor kerana berjaya mengawal keadaan dan bertindak mengikut arahan pimpinan.

''Mujurlah Unit Amal mengikut arahan dan tidak mengikut emosi? syabas Unit Amal'' ujarnya lagi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved