Ahad, 9 Oktober 2011

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


30000 anak ikan dilepas <b>di</b> Sungai <b>Muar</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

30,000 anak ikan dilepas di Sungai Muar

30,000 anak ikan dilepas di Sungai Muar


V. S. Mogan melepaskan sebahagian daripada 30,000 ekor anak ikan pelbagai spesies pada Program Pelepasan Benih di Perairan Umum Sungai Muar, Rompin dekat Jempol, semalam.


JEMPOL 28 Sept. - Bagi memelihara sumber ikan air tawar daripada pupus, Pejabat Perikanan daerah ini telah melepaskan 30,000 ekor anak ikan pelbagai spesies melalui Program Pelepasan Benih di Perairan Umum Sungai Muar dekat Rompin di sini, semalam.

Pegawai Perikanan Daerah, Muhamad Zamri Omar berkata, selain anak ikan lampam pihaknya juga melepaskan ikan kerai dan baung.

"Ikan tersebut dipilih kerana kajian mendapati sungai tersebut sesuai sebagai habitat dan pembiakan ikan jenis itu.

"Kita harap ia dapat mengekalkan habitat dan menambah sumber protein. Selepas enam bulan, ikan tersebut sudah besar dan orang awam bolehlah memancing.

"Selepas ini kami bercadang melepaskan benih ikan ini di kawasan Palong dan Jambu 8," katanya kepada para pemberita selepas program tersebut.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rompin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V. S. Mogan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mogan melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cara salah menangkap ikan seperti racun bagi mendapatkan jumlah ikan yang banyak.

"Saya harap orang awam terutama penduduk di kawasan berdekatan bertanggungjawab agar apa yang diperoleh dapat dijaga dan diguna dengan baik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads