Ahad, 2 Oktober 2011

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Kahang</b>, Jalan Mersing, Mukim <b>Kahang</b>, Kluang <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2011 10:35 AM PDT

Tahun 1982 ketika itu maza berumur 7 tahun dan itulah kali pertama maza menjejakkan kaki ke sekolah rendah seperti kanak-kanak yang lain.
Seingat maza, maza begitu ghairah untuk bersekolah dan bertemu kawan-kawan yang sudah beberapa bulan dipisahkan oleh cuti sekolah TADIKA. Di tambah pula rasa girang tersebut dengan berbaju baru, berseluar baru, beg baru dan berkasut baru. Kiranya serba serbi baru kecuali tupperware bekal...
Sesekali ada juga senior yang memberitahu maza bahawa cikgu sekolah rendah ini garang-garang belaka. Di hati maza mulai terasa kecutnya. Terutama senior yang juga merupakan kawan-kawan teman sepermainan di rumah memberitahu bahawa Cikgu Fatimah (guru kelas merangkap cikgu bahasa Inggeris) seorang cikgu yang garang dan kuat pukul orang.
Di zaman itu sekolah rendah ini merupakan sekolah beratapkan nipah. Hanya ada lebih kurang enam atau lima kelas sahaja. Tingkapnya merupakan tingkap kayu. Untuk membuka tingkap itu kita kena tolak ke atas daun tingkap yang besar tersebut dan disendal dengan kayu panjang. Jadinya tingkap itu akan ternganga dengan bukaan atas-bawah bukannya terbuka kiri dan kanan.


Sistem yang diamalkan ketika itu ialah siapa tak lulus akan terus tinggal di dalam kelas yang sama. Kiranya tak boleh naik darjah. hahahaha...

Namun tidak lama kemudian bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn (ralat: sebenarnya zaman Tun Dr. Mahathir yang memerintah dari 16 Julai 1981-31 Oktober 2003. Terima kasih kepada En. Dinomt di atas fakta yang diberikan)  telah merubah sistem pendidikan dan sedari itu kami menjadi bahan ujikaji. Kami adalah bahan perantaraan antara sistem KLSR dan KBSR.

*** Dengar khabar juga lagu ini sudah tercipta semenjak tahun 1992. Ini bermakna sudah 19 tahun kewujudannya. Hanya kini ia disebarluaskan sehingga ke alam cyber sebagai isyarat kepada bekas anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang agar ingat pada ikrar dan cita-cita mereka sedari kecil lagi itu.
Beriktu ialah laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang (sekolah rendah): 

Kita teguhkan kaki ini untuk berdiri.

Kita bermula dari rumah sekolah yang usang dan mahu roboh. Di sini kita mula bertatih mengenal A, B, C dan Alif, Ba, Ta....

Wahai sahabat-sahabat seangkatan ku, marilah kita pulang. Pulang berbakti kepada nusa dan tanah tumpah darah kita, Kampung Kahang!

Wahai anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang, jika kau tersasar, jika tersimpang selagi mana kau belum terbujur-kaku ... maka kini sudah sampai masanya. Pulihkan semangat yang pernah berdarah kental di dadamu itu. Pulihkan semangat lawanmu. AYUH.. Aturkan langkah, aturkan kekuda, aturkan nafas, aturkan tatihmu... Jangan biarkan 'hanyut' itu terus-terusan menikam tembuluh saraf mu, jantung mu, nafasmu, rohmu, jiwamu!

Ayuh! Kita kenang-kenangkan tentang asal wal usul kita. Mari kita cari jati diri ini.

Kita kembali mengangkat tangan setelah sekian lama kita lupakan. Mari kita menyebut dan menyahut kembali ikrar yang sudah lama kita pendamkan dalam lubuk hati yang dalam.

Mari kembali bersemangat waja. Mari kita teruskan perjuangan hidup untuk menjadi INSAN CEMERLANG, insan yang berbakti, insan yang harum namanya.

Biar patah sayap, tetapi tidak pada sengatannya!

Biar mana nanti kita tercampak, kita tetap menjadi manusia yang harum namanya. Suci bersih jiwa dan hatinya. Berguna pada agama nusa dan bangsa! - Itulah ikrar yang pernah kita ungkapkan sebelum kita melangkah pergi meninggalkan SRK Kahang! 

Moga-moga nostalgia ini mampu membangkitkan semangat yang hilang. Aturkan langkah gagah, kita cari jalan pulanggg..... usah diragukan keupayaan diri sendiri lagi. 

BANGKITLAH anak bangsaku. Bangkitlah saudaraku. Teruskan perjuangan hidup dan berbaktilah. Budi disemai bakti dituai demi tanah tumpah darah kita di Kahang yang permai ini.

Terima kasih cikgu, dek kerana usaha cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami walaupun kampung kami jauh daripada pembangunan akhirnya ramai antara kami sudah berjaya menjadi manusia!

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu...

Special tribute to:-
Cikgu Fatimah, Cikgu Rosnah (guru tadika), Cikgu Ayub, Cikgu Azizah, Cikgu Jaafar, Cikgu Syarif, Ustaz Johar, Cikgu Shamsiah, Cikgu Hishamudin, Cikgu Saharuddin,
Cikgu RAHMAT!!!, Cikgu Tong (cikgu pengakap), Cikgu Zakaria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads