Ahad, 2 Oktober 2011

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Pesakit diabetis terima bantuan

Posted: 16 Aug 2010 04:02 AM PDT

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Mohd Yani kehilangan kaki kiri yang dipotong pada Mei 2010 akibat komplikasi penyakit kencing manis (diabetis).

" Sebelum ini, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar telah datang menziarahi beliau dan memberi bantuan kerusi roda yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa .

"Dengan bantuan kerusi roda tersebut Mohd Yani dapat menguruskan diri dengan lebih mudah untuk ke tandas dan bilik air" katanya

Rahimah berkata, kunjungan susulan ini bertujuan menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Mohd Yani sekeluarga.

" Kami bersimpati dengan keadaan Mohd Yani yang tidak mampu bekerja apabila kakinya dipotong. Sebelum ini beliau berniaga roti canai untuk menyara tiga anak yang masih bersekolah.

" Jabatan Kebajikan dan Baitulmal diharap dapat memberikan bantuan kepada Mohd Yani sekeluarga. Setakat hari ini, kami dimaklumkan Mohd Yani belum menerima mendapat bantuan dari mana-mana jabatan kerajaan berkaitan" katanya

Sementara itu, Pujah Hasmani, 41 isteri Mohd Yani mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang mengambil berat masalah yang dihadapi suami beliau.

" Terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana sudi menyampaikan sumbangan wang tunai dan kerusi roda untuk membantu kami sekeluarga.

" Sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga akibat musibah yang menimpa suami " katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads