01 di kulai - Google Blog Search |
Kenduri kahwin <b>di</b> Kampung Tenang, <b>Labis</b> Johor Posted: 01 Oct 2011 10:24 PM PDT Semalam kenduri kahwin kawan orang rumah aku yang satu kampung dengan dia, kawan dia kiranya orang yang terakhir dalam geng-geng member dia yang lain yang semuanya dah kahwin. Memang dah sebulan lebih isteri aku nak ajak aku pergi kenduri kawan dia jadi aku pun balik kampung minggu ini. Rasanya ramai yang dah tahu kalau kenduri kahwin di Johor perkara yang paling terkenal ialah TOL semasa pengantin lelaki sampai ke rumah perempuan. Dulu aku pun melalui pengalaman yang sama bila majlis kahwin aku dulu kena tol sampai ke atas pelamin, kenangan betul masa tu. Apa kata layan gambar yang aku ambil masa kenduri ni. Inilah yang unik bila kenduri kahwin di Johor iaitu duit tol yang diletakkan dalam sampul untuk diberikan, kebiasaannya kanak-kanak dan orang dewasa dari belah pihak pengantin perempuan akan sekat/halang pengantin lelaki untuk naik ke rumah pengantin perempuan dan wakil dari pengantin lelaki kena bayar tol dahulu. Aku dahulu sediakan 50 keping sampul surat untuk bayar tol ni sebab selalunya paling-paling sedikit pun ada 3 tol untuk naik ke rumah pengantin perempuan, apa yang aku nampak ianya adalah sekadar penyeri lagi majlis kahwin ini. Mungkin sesetangah orang tidak berapa suka tapi bagi aku ianya unik dan membezakan dari yang lain.
Sebenarnya setiap negeri mempunyai keunikkan masing-masing bila ada kenduri kahwin dan sebagainya dan tidak perlu rasanya untuk kita mengutuk adat dan budaya masyarakat setempat yang diamalkan selagi ianya tidak terpesong dari agama. Apapun aku bukanlah jurugambar rasmi pada majlis kahwin ini, sajer nak bawak kamera aku untuk belajar tentang merakam gambar perkahwinan dan mencari pengalaman untuk kegunaan pada masa depan. Walaubagaimanapun kamera aku hanya menggunakan kit lense yang tak mampu nak zoom jauh-jauh untuk capture gambar, lainlah kalau si Azman Ishak ada masa majlis ni memang lain lah, dia ada DSLR dan lense yang mampu zoom jauh-jauh. Memang kacak la gambar-gambar dia tu. . . Nota : Sekejap lagi nak bertolak ke Johor Bharu, hari selasa baru balik Kuala Lumpur, nanti nak tambah koleksi gambar-gambar di sana nanti. Artikel yang berkaitan |
You are subscribed to email updates from di labis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan