Rabu, 5 Oktober 2011

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Nama dataran: Keluarga Datuk Jalok terharu

Posted: 05 Oct 2011 04:07 PM PDT

PONTIAN 5 Okt. – Penamaan semula Dataran Majlis Daerah Pontian (MDP) Benut kepada Dataran Dato Jalok disambut dengan rasa terharu oleh ahli keluarga Allahyarham Datuk Jalok Daeng Malibok, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit yang terkenal dengan cadangan agar wanita memakai 'cawat besi' bagi membendung gejala sosial sekitar 1970-an.

Usul pertukaran nama itu telah dikemukakan oleh ADUN Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada majlis sambutan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Pontian di dataran itu awal bulan lalu dan pengisytiharan nama berkenaan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan beliau ke Benut, baru-baru ini.

Cucu bekas wakil rakyat itu, Daeng Bagindak Daeng Talisang, 69, berkata, datuknya mewakili kawasan Rengit yang merangkumi Pekan Benut dari 1964 hingga 1969 dan 1978.

"Penamaan semula menjadi Dataran Dato Jalok merupakan pengiktirafan besar kepada keluarga kami dan kami sangat terharu kerana namanya diabadikan di situ.

" Cadangan cawat besi oleh datuk saya suatu masa dulu membuatkan Allahyarham dikenali di seluruh negara serta menarik minat media," katanya ketika ditemui.

Menurut beliau, pemilihan nama datuknya akan memberi peluang kepada generasi muda di Benut untuk mengetahui sejarah penglibatan Allahyarham dalam politik dan pembangunan daerah ini.

Serentak dengan pengisytiharan tersebut, Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM500,000 bagi kerjakerja menaik taraf untuk kemudahan orang ramai.

Konsep serta pelaksanaan projek itu dipertanggungjawabkan kepada MDP bagi menjadikan Dataran Dato Jalok setanding dengan dataran lain di seluruh negeri ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

untuk disewa – RUMAH SEMI-D @ <b>BENUT</b>, JOHOR – 63th Edition <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 12:18 PM PDT

Rumah sewa

Salam 1Malaysia… Rumah Semi-D ini dibeli pada pertengahan tahun 2010. Sesuai kepada penyewa berkeluarga(muslim) yang bekerja disekitar Benut @ Pontian. Berdekatan dengan MRSM dan bandar Benut. Sewaan rumah ini beserta dengan sebahagian barang / keperluan untuk seisi rumah yang lengkap.

SPESIFIKASI;
- keluasan lantai; 2110 sq ft
- keluasan tanah; 3200 sq ft
- Porch untuk 2 buah kereta
- Keluasan dalaman rumah amat selesa(ketinggian lantai dengan
siling: 12″)
- Mempunyai ruang dalaman yang lengkap;
* ruang tamu * ruang family * ruang makan * dapur * 4 bilik tidur
* 3 bilik air * terrace 10X13″
- kemasan siling kapur, cornice dan arc untuk setiap ruang dalaman
dan luaran(dome-ruangtamu/keluarga).
- kemasan warna dinding rumah berbeza mengikut ruang.
- kemasan jubin seramik(16″) untuk semua ruang dalaman,
porch, terrace dan kaki lima.
- grill wrought iron(personel idea) untuk semua tingkap, pintu,
sliding/dapur & pintu pagar.
- pengubahsuaian dining hall.
- penambahan terrace(10X13″)
- penambahan dapur(10X33″)
- fully kitchen carbinet(atas bawah-14″)
- pagar konkrit
- 10 unit kipas siling

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN;
- set bilik tidur (bilik no 2 dan 4)- meja makan( 6 org)
- set kerusi, almari sudut dan carbinet tv untuk ruang keluarga
- almari/cermin di dapur
- water heater
- hood n hob

LOKASI;
no. 35, taman sanglang jaya. benut, johor.17KM ke pontian, 5KM ke benut. 4KM ke MRSM dan 1KM ke pekan sanglang.

HARGA SEWA;
RM790 sebulan

kepada yang berminat, sila hubungi/SMS untuk pertanyaan/temujanji;
019 4446009 – lu'lu
019 3176009 – mizan

By rumahsewa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads