Ahad, 9 Oktober 2011

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 06:41 PM PDT

NADA bicara mereka seia dan sekata. Masing-masing melafaz harapan menggunung tinggi untuk menjadikan perkahwinan yang baru sahaja termeterai Khamis lalu sebagai satu ikatan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Baik ratu etnik kreatif, Noraniza Idris atau Ani, 43, mahupun Jeffri Hudi, 52, kedua-duanya berdoa agar kasih dan ikatan yang terbina kali ini adalah jodoh terakhir buat mereka berdua.

Sebelum merelakan dirinya disunting oleh Jeffri, Noraniza berkata, hatinya memilih Jeffri yang dipanggil dengan panggilan abang, bukan kerana wang ringgit.

Jelasnya, kasih sayang dan kesabaran yang ditunjukkan oleh duda anak empat itu sepanjang memancing kasihnya, nyata benar-benar menyentuh jiwa sepinya pada ketika itu.

Kesungguhan Jeffri disusuli dengan tindakan keluarga lelaki menghantar rombongan peminangan ke rumah abang Noraniza, Mohd. Arshad, 57, di Kong Kong, Masai, Johor.

Maka pada 22 April lalu, mereka ditunangkan dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Justeru, kedua pasangan pengantin baru itu yang pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga yang dibina dahulu, berazam agar perkahwinan yang dibina kali ini mendapat keberkatan Allah hingga ke akhir hayat.

Petang Khamis lalu, pasangan itu telah selamat diijabkabulkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar dengan mas kahwin, senaskhah al-Quran.

Pernikahan pasangan itu berlangsung di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor dengan disaksikan 200 tetamu termasuk keluarga kedua-dua mempelai.

Lebih bermakna apabila antara hadirin yang hadir bagi merestui buku baru yang dibuka oleh Noraniza dan Jeffri ialah dua anak bujang hasil perkahwinan pertama Noraniza.

Ternyata sekali kehadiran Mohd. Aliff Haiqal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 17, yang memberi restu buat ibu mereka pada hari itu, menyentuh naluri keibuan Noraniza sehingga dia menitiskan air mata kesyukuran.

Keceriaan pasangan pengantin yang mengenakan busana berwarna putih mutiara sedondon, rekaan Eilla Faizshah dari Butik Busana Cinta@Ratu Cinta terpancar di wajah mereka.

Sebaik sahaja Jeffri melafazkan akad dan diikuti dengan bacaan taklik, bilal yang juga usahawan dari Singapura itu menyarungkan sebentuk cincin emas putih ke jari manis Noraniza.

Biarpun Noraniza merahsiakan wang hantarannya, sebagai balasan lima dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dibalas dengan tujuh dulang oleh Noraniza.

Lima dulang hantaran untuk Noraniza ialah sirih junjung, alat solek, telekung, sejadah dan cincin manakala Jeffri pula menerima sirih junjung, senaskhah tafsir al-Quran, songkok serta kain pelekat, minyak wangi, sejadah, tasbih dan sebentuk cincin.

Keunikan majlis perkahwinan Noraniza dan Jeffri ialah ia diadakan sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Majlis persandingan mereka yang diadakan Sabtu lalu lebih bermakna apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, turut mencemar duli bagi menghadiri majlis pasangan bertuah ini.

Jodoh terakhir

Tulus Noraniza meluahkan isi hatinya yang gusar untuk berkahwin lagi kerana pengalaman yang pernah dilaluinya memberi kesan ke atas jiwanya.

Masakan tidak, bukan sekali tetapi dua kali dia kecundang dalam perkahwinan. Itu merupakan pengalaman yang perit untuknya.

Siapa sangka, pintu hati ibu kepada dua anak teruna itu akhirnya diketuk kembali pada penghujung tahun lalu oleh lelaki dinikahinya hari ini.

Segala-galanya bermula dengan dia membantu adiknya menjual tart nenas pada bulan Ramadan lalu dan hasil jualan disedekahkan kepada masjid.

"Sebetulnya kami bertemu pada bulan Ramadan. Jadi, pertemuan pertama kami hanya berkisar soal pemberian sumbangan sahaja. Saya pula tidak mengetahui dia tidak gemarkan keju.

"Untuk menjaga hati saya, dia beli juga tart yang saya jual. Dari situ, kami menjadi semakin akrab dan alhamdulillah, hari ini saya menjadi isterinya," katanya sambil tersenyum.

Pertemuan tersebut, akui Noraniza, telah membuka satu lembaran baru. Bagaimanapun, dia mengakui, hati wanitanya sering dijentik resah apabila mengenangkan sama ada Jeffri tulus menghulurkan cinta kepadanya atau hanya ingin mempersenda kasih tercipta antara mereka.

"Perasaan gusar dan trauma menyelubungi kehidupan saya apabila berhadapan dengan soal cinta.

"Kebimbangan yang saya rasai itu secara tidak sengaja dipancarkan melalui perbuatan apabila saya pernah memarahinya kerana memanggil saya dengan panggilan sayang atau dear.

"Saya katakan kepadanya, jangan sesekali panggil saya dengan panggilan seperti itu kerana itu semua hipokrit dan palsu.

"Namun apa yang mengagumkan saya ialah kesungguhannya 'mencari' cinta saya dan usahanya untuk meruntuhkan tembok trauma.

"Dia begitu sabar menanti saya. Sifat penyayang dan ambil berat yang dimilikinya akhirnya melembutkan hati saya.

"Dia berjaya menyakinkan saya bahawa dia adalah jodoh saya. Biarpun begitu saya buat solat istikharah selama tiga kali untuk mencari petunjuk dan alhamdulillah, cinta abang semakin kuat dengan saya," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads