Ahad, 9 Oktober 2011

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jangan Sentuh Tentang Keamanan Sosial <b>Di Negeri Johor</b>

Posted: 03 Oct 2011 08:51 PM PDT

Akhbar: Blog China Press
Ruangan: laman blog China Press http://www.chinapress.com.my/node/255774
Tarikh: 30 Sept. 2011 (Jumaat)
Tajuk: Jangan Sentuh Tentang Keamanan Sosial Di Negeri Johor
Ditulis oleh: Tan Yuan Fung

Keselamatan dan keamanan sosial di negeri Johor jangan sesekali disentuh.

Pertama sekali negara jiran kritik keselamatan sosial di Johor Bahru menyebabkan timbul isu di peringkat diplomat, hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan sosial di negeri Johor teruk akhirnya hadapi bantahan sekeras-kerannya, pengalaman memberitahu kita, keamanan sosial di negeri Johor tidak boleh disentuh sama sekali, jika mahu sentuh perlu secara rambang sudah memadai.

Siapa yang cukup layak mahu mengkritik keamanan dan kestabilan sosial di negeri Johor? Sudah tentu yang paling layak ialah pihak polis, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri - jika ketiga-tiga pihak ini bersuara tentang itu sudah tentu tiada orang rasa tidak puas hati, jika orang lain daripada mereka yang keluarkan kata-kata itu sudah tentu perlu lebih berhati-hati.

Lim Guan Eng berkata - kata-kata itu bukan terkeluar secara rasmi dalam ucapan - mungkin ianya (merupakan) isi kandungan dalam perbualan secara peribadi, sepatutnya Lim Guan Eng semasa berkata-kata perlu jaga diri tentang kedudukannya, walaupun Lim Guan Eng berkata secara peribadi, jika beliau dilarang untuk masuk ke negeri Johor, bukankah itu terlalu diperbesar-besarkan.

Isu yang utama bukan kerana sama ada Lim Guan Eng ada (atau tidak) mengkritik keamanan sosial di negeri Johor, dan bukan kerana ucapan beliau itu menyentuh isu itu, sebaliknya adakah beliau benar-benar sebut tentang isu itu, ataupun benar-benar beliau telah ucapkannya.

Baik atau buruk keselamatan sosial di negeri Johor, bukan Lim Guan Eng yang sepatutnya bercakap tentang perkara itu, rakyat di negeri Johor, terutama sekali penduduk di Johor Bahru yang merasai bahana itu, dan ramai lagi yang pernah jadi mangsa boleh jadi saksi, ada banyak laporan dalam berita yang boleh dikemukakan. Tetapi apabla Lim Guan Eng sentuh sedikit sahaja tentang itu dapat tamparan ramai, menunjukkan isu ini terlalu sensitif tidak boleh disentuh.

Kenapa keselamatan sosial di negeri Johor (yang) buruk menjadi isu yang begitu sensitif? Ini seperti perpatah bahasa Kantonis, "tidak buka teko ini malah buka mulut teko yang di sana", sibuk kata orang lain, terutama sekali Lim Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri (dalam) Pakatan Rakyat, kedudukan yang sensitif keluarkan isu yang sensitif, pendirian yang bertentangan, sudah tentu kena tempelak.

Kakitangan kerajaan di semua peringkat di negeri Johor sepatutnya memahami, bahawa isu keselamatan sosial di negeri Johor menjadi isu yang sensitif, jika tidak bekerja keras basmi di sudut bintik-bintik hitam, sudah tentu jenayah tidak akan berkurangan, walaupun ditambah banyak lampu-lampu jalan, sudah tentu tidak akan dapat turunkan kes jenayah, sepatutnya cuba sedaya upaya basmi jenayah bukan hanya pandai menempelak orang-orang yang kritik isu itu.

Dari segi rencana dalam laman web boleh cari kebenarannya

Sama ada keselamatan sosial di negeri Johor baik ataupun tidak? Ini perlu tengok bagaimana pihak polis kata. Ketua Polis negeri Johor Datuk Mohd Mokhtar mewakili negeri Johor menyatakan rasa kecewa terhadap apa yang diutarakan oleh Lim Guan Eng.

Datuk Mohd Mokhtar anggap, kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjatuhkan imej dan nama baik polis negeri Johor dan mengikut satu catatan bahawa jenayah di negeri Johor telah menurun, setiap hari seramai 400 ribu pelancong dari Singapura berkunjung ke negeri Johor, pada masa sama sebanyak 40 peratus pelabur di Wilayah Iskandar jumlah besar adalah dari Singapura

Sebaliknya apa yang disebut oleh Datuk Mohd Mokhtar begitu tepat bahawa pihak polis amat utamakan tentang keselamatan sosial negeri Johor, jika ia ditangani lebih baik sudah tentu dapat tarik lebih ramai lagi pelabur datang melabur di negeri Johor dan boleh tarik lebih ramai pelabur Singapura ke negeri Johor, sudah tentu pembangunan di Wilayah Iskandar lebih menyerlah bukan terhad kepada 40 peratus pelabur asing.

Pihak polis sepatutnya semak di laman-laman web sosial pandangan orang ramai terhadap keamanan sosial di negeri Johor, tingkatkan keselamatan di kawasan-kawasan, jaga keselamatan orang ramai adalah tugas pihak polis.

Pengalaman Lim Guan Eng telah memberitahu kita, sebagai seorang Ketua Menteri di sesebuah negeri tidak boleh sentuh isu di negeri-negeri lain, terutama sekali di negeri-negeri yang bukan sealiran barisan kem (pakatan), jika mengkritik negeri lain pasti akan ditempelak semula, Lim Guan Eng sepatutnya tumpukan pada negeri kepunyaannya sendiri, perkukuhkan kawasan untuk hadapi PRU!

- terjemahan: AH/ Hj. SHO/ Q -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads