Jumaat, 7 Oktober 2011

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Teratakarmo: Hari Raya Pertama <b>Di</b> Pantai Layang <b>Muar</b>

Posted: 02 Sep 2011 09:10 PM PDT

Tahun ini Hari Raya aku sekeluarga disambut di Kampung Orang rumah aku kat Pantai layang MUAR. Semua adik beradik orang rumah aku berkumpul kecuali adik beliau yang BONGSU tak dapat cuti sebab baru dapat kerja. Terasa gak kurang sorang, kalau ada mesti lagi kecoh..hehe. Memang seronok berhari raya dikampung dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan kehijauan dan kemerahan buah rambutan..

TEMA BAJU HARI RAYA TAHUN 2011 TEMA ROJAK..
Seperti biasa Salam Hari Raya dah menjadi kewajipan di Pagi Hari Raya. Suasana seperti biasa kebanyakannya akan membangkitkan suasana gembira dan sedih kerana berjaya mengharungi puasa dan saat saat ampun maaf dipohon. Touching you..Macam aku lagilah, namun airmata jantan tetap aku pertahankan dari menitis mengenangkan dah dua kali Hari Raya tak balik kampung. Terkenang Ibu dan bapa aku kat kampung..huhu.

ORANG RUMAH DAN ADIK BERADIK BERAYA SAKAN DENGAN RAMBUTAN
 WAJAH KEPENATAN SEHARIAN JALAN BERHARI RAYA
Namun satu yang sentiasa ada setiap kali Syawal bermula adalah Majlis kunjung mengunjung rumah saudara Selepas sembahyang hari raya. Yang paling suka dah tentu anak-anak aku sebab masa nilah masing-masing buat collection..hehe..teringat aku masa kecik-kecik dulu, lepas Sembahyang Hari Raya jerr berpakat dengan kawan-kawan pergi berkunjung rumah orang cari duit raya..orang yang kitaorang tak kenal pun kitaorang layan..hehe.

AKSI BERHARI RAYA RUMAH SANAK SAUDARA..NAJWA, WIFE & NAJMI

SEHARI 5 KALI MAKAN LAUK RAYA..ADOIIYAII
Kemeriahan Hari Raya  pertama memang best sebab boleh makan macam-macam..hehe..Hari Raya pertama kebiasaannya hidangan rendang, kuah kacang, masak lodeh dan nasi impit menjadi menu utama. Aku tak masak pun sebab aku simpan tenaga untuk masak pada Hari Raya kedua. Jadi tunggu entri seterusnya Hari Raya Kedua Mari masak memasak bersama JEJAI..miahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads