01 di permas jaya - Google Blog Search |
HAIRIEcerulean: Ramadahan pertama 2011: Bazar Ramadhan <b>...</b> Posted: 01 Aug 2011 08:26 PM PDT Assalamualaikum kawan-kawan blogger, alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Macam mana puasa anda?okay?Hari ini aku nak kongsi foto bazar Ramadhan di Pekan Parit Sulong yang aku pergi semalam. Panorama Bazar Ramadhan di Pekan Parit Sulong Niat nak beli juadah untuk berbuka puasa di bazar, nak beli kuih kole kacang, cendol cincau dan juga ayam percik. Tapi yang aku dapat beli ayam percik sahaja. Kenapa?aku tak tahu, mungkin tak ada orang yang buat kuih kole kacang tu dan juga cendol cincau tu ramai sangat orang jadi kau tak belilah. Jam 6 petang aku sampai dan ramai sangat orang. Aku naik ke Bazar Niaga bersebelahan dulu sebab nak tangkap gambar pandangan keseluruhan tapak bazar Ramadhan ni. Persediaan untuk projek akhir semester hadapan! Aku sempatlah tangkap beberapa foto manusia/orang yang aku kenal dan nampak dari atas. Ayam percik RM1 sebatang. Ramai yang tunggu. Kalau di Shah Alam, nak dapatkan ayam percik RM1 pun susah. Sini je yang ada (^__^) Ada seorang artis tu kata nak turun bazar tapi tak jumpa. Eh! ada lagi seorang artis dan aku sempat juma yang sorang ni tapi beliau datang dengan maknya. Man Yusoef ni la yang aku tak jumpa. Sambil-sambil aku tangkap gambar dari atas tu, aku ingat dapat nampak Man sekali tapi tak ada rezeki nak jumpa. Maklumlah dah popular kan (^__^). Jom singgah blog dia: http://www.manyusoef.blogspot.com/ Aslann As atau nama sebenar Mazlan Bin Md Nor je yang aku jumpa. Itu pun tak boleh lama. Kami terserempak di tengah-tengah kesibukan manusia. Meh singgah blog beliau: http://aslannosf.blogspot.com/ Pernyataan yang tak boleh diterima! HAHA Cantik bergaya pergi bazar (^__^) Baju biru belang oren ngan baju merah tudung merah jambu yang aku fokus. Baju biru cair dan baju merah tudung kelabu yang difokus! Dah tak ada kerja ke apa aku ni! (^__^) S E K I A N T E R I M A K A S I H |
You are subscribed to email updates from di parit sulong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan