ads

Jumaat, 8 Julai 2011

01 di segamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di segamat</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 12:00 AM PDT

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata 'segera amat' atau 'segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.

Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.

Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, "Segar amat rasa badan ini" kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.

Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. (Lihat pautan luar - Sejarah Segamat).

Terletak di antaraKuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan Felda serta Felcra. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.

Setelah pembentukan Daerah Segamat, kerajaan mula membangunkan Segamat terutamanya dengan aktiviti pertanian bagi memacu ekonomi Segamat. Ia termasuklah pembinaan Sistem Kereta api Kebangsaan yang melalui bandar Segamat.Stesen KTM Segamat memberi perkhidmatan kereta api bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar Johor serta pembinaan jalan utama yang dikenali sebagai Laluan Persekutuan.

Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantan serta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Kampus cawangan Johor bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dibina di Jementah pada penghujung 1980-an dan mula beroperasi pada tahun 1991. Pembinaan kampus UiTM di daerah Segamat menjadikan Segamat sebagai satu lagi hab pendidikan utama di Johor selain Skudai yang menempatkan Universiti Teknologi Malaysia.

Pada tahun 1996,Pelabuhan Darat Segamat dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui Kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Pada tahun 1999, jambatan kedua Segamat, dibiayai terutamanya oleh pemaju swasta telah dibina bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej Jalan Lingkaran Dalam Segamat yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005.Jalan Lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 11 mukim. Setiap mukim ditadbir oleh Penghulu atau Ketua Kampung mewakili Pegawai Daerah untuk tugas harian. Mukim-mukim di Segamat adalah seperti berikut:-

  • Mukim Sungai Segamat – penempatan berdekatan bandar dengan lebih separuh penduduk
  • Mukim Gemereh – Mukim terkecil di Segamat
  • Mukim Bekok – Mukim terbesar di Segamat
  • Mukim Jabi
  • Mukim Sermin
  • Mukim Buloh Kasap
  • Mukim Jementah
  • Mukim Pogoh
  • Mukim Labis
  • Mukim Chaah
  • Mukim Gemas

Mukim Sungai Segamat merupakan penempatan yang padat kerana kebanyakan penempatan dibina berdekatan bandar. Populasi penduduk yang padat di Segamat adalah di Mukim Gemereh diikuti Mukim Sungai Segamat dengan lebih 200 penduduk per km2. Mukim Bekok merupakan mukim paling sedikit penduduk dengan 50 penduduk per km2.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Majlis Daerah Segamat (di pusat bandar segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara) dan Majlis Daerah Labis di pekan Labis dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Selatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: <b>di negeri johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 12:00 AM PDT

RABAAH EL-ADAWIYAH, 5 MEI 2011 – Baru-baru ini, "Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)" telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah.

Rombongan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Tuan Haji Ahmad Faisal Bin Mohammad bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat mahasiswa mengenai bantuan melalui wang kutipan zakat serta memantau segala keperluan mahasiswa di sini.

Turut terlibat 'turun padang' ialah Ustaz Haji Yahya Bin Ahmad sebagai Ketua Penolong Pengarah bahagian Undang-Undang Syara', Ustaz Haji Noh Bin Kadri selaku Ketua Penolong Pengarah bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Johor dan Ustaz Haji Suhaimi Bin Rebu, Ketua Unit Fatwa Jabatan Mufti Negeri Johor.

Antara persoalan yang diajukan oleh ahli Johor adalah berkisar tentang skop pengurusan "aktiviti qariah" yang dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau di kampung setiap daerah negeri Johor. Hal-hal lain yang berbangkit ialah mengenai status kelayakan seseorang itu untuk memohon bantuan zakat ibn sabil di Majlis Agama Islam Johor dan penempatan pelajar yang semakin berkurangan di Asrama Rumah Johor Iskandariah.

"Antara aktiviti-aktiviti harian yang diatur oleh bahagian pengurusan masjid dan surau ialah mengadakan kuliah subuh, kelas mengaji al-Quran, kelas ta'mir selepas maghrib, program keluarga sakinah, bacaan yassin pada setiap malam jumaat di rumah-rumah ahli qariah yang ditetapkan mengikut giliran. Manakala program berkala pula adalah sempena hari asyura, sambutan maulidur rasul, gotong-royong perdana dan sebagainya," jelas Ustaz Haji Noh bin Kadri.

Menurut Tuan Haji Ahmad Faisal bin Mohammad, "Pemohon bantuan zakat mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta'rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor. Pemohon juga mestilah tidak mendapat bantuan/sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain. Walaubagaimanapun, hanya mereka yang berhak mengikut hukum Syara' dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ."

Sebelum majlis bersurai, beliau memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada mahasiswa/wi Johor agar meningkatkan prestasi kejayaan dalam pengajian masing-masing demi agama Islam dan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di desaru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 01:17 PM PDT

mohdnadri dot com <b>DESARU</b>; Kini Lebih Dekat <b>Di</b> Hati

Posted: 04 Jul 2011 08:51 AM PDT

Huhh!! Diam tak diam dah lebih sebulan blog nie tak diupdate. Aktiviti blogwalking juga turut terganggu akibat kekangan masa dan juga beban kerja yang tak pernah habis.

Alkisah pada hari Sabtu yang lepas, aku dapat luangkan masa bersama keluarga dengan membawa anak-anak pergi bermandi-manda di Pantai Batu Layar di Desaru. Rasanya dah lebih 5 tahun aku tak kesana.

Aku lebih suka mandi di pantai Batu Layar kerana keadaan pantainya yang landai & arus yang tak berapa kuat jika dibandingkan dengan pantai di Tanjung Balau. Setiap tahun ada saja laporan kejadian mati lemas di pantai Tanjung Balau.

Sesiapa yang bercadang hendak bermalam di Batu Layar bolehlah menginap di Batu Layar Resort dengan harga yang amat berpatutan. Di nasihatkan agar anda membawa bekalan makanan yang secukupnya kerana tiada kedai makan yang terletak berhampiran dengan resort ini. Paling hampir ialah di Bandar Penawar kira-kira 15 KM jauhnya.

Sekarang ini perjalanan ke Desaru dari rumah aku di Bandar Seri Alam cuma mengambil masa selama 30 minit (27 KM) dengan menggunakan Lebuhraya Senai-Desaru (E22) yang baru dibuka pada bulan lepas. Bayaran tol percuma sehingga 9/7/2011. Sebelum ini ramai terpaksa memandu sehingga 2 1/2 jam untuk sampai ke Desaru melalui Jalan Kota Tinggi.

Apa yang menariknya tentang Lebuhraya Senai-Desaru ini ialah jambatan kabel sepanjang 1.7KM yang merentasi Sungai Johor dengan 2 menara setinggi 150M seperti gambar dibawah.

(Kredit Gambar 2 JBCool.Com)

Bagi sesiapa yang bercadang hendak menginap di Desaru barang semalam dua, aku cadangan agar korang membuat tempahan awal di Lotus Desaru Beach Resort @ Pulai Desaru Beach Resort & Spa.

Sebelum ini aku pernah menginap di kedua-dua resort di atas yang terletak bersebelahan di antara satu sama lain dan tidak mendukacitakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NADRI

Merupakan Seorang Daddy, Banker & juga Blogger Amateur. Lahir, Membesar, Belajar, Bekerja & Bermastautin di Negeri JOHOR. Nak tahu lebih lanjut tentang saya, klik di menu BIO.

Website - Twitter - Facebook - More Posts

Artikel Berkaitan Yang Mungkin Anda Perlu Baca ;

coded by nessus
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

inilah kisah kami..: Bercuti <b>di</b> Damai Laut <b>Desaru</b>, Kota Tinggi, Johor

Posted: 04 Jul 2011 08:15 PM PDT

Pada minggu yang lalu, saya telah mengikut suami saya yang menerima undangan berceramah untuk para pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia di Lotus Desaru Beach Resort, Desaru di Kota Tinggi. Kami telah menginap di Hotel Damai Laut Desaru.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di stulang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2011 11:04 AM PDT


So..sambung citer semalam… kan aku citer hari ahad tu hari g Johor…

so..malam tu aku g makan la… so, dah dekat ngan The Zone tu.. g makan situ jerla

Sempat lagi bergambar kat tepi jalan..

ni sebab aku menunggu blogger yang duk kat Johor tu la…hehehe

siapa?? ha……tunggu la sehingga ahir cerita…..

eh.. tetiba gambar makanan dah selesai aku snap..kahkahkah…

tengok la wajah anak2 aku..dah keletihan… mengantuk………..hehehe

Iskandar gak yang ceria….

dia ni bukan kira letih……..hehehe…. tu pun aktif lagi memalam.letih aku woooOh ya… licin tul aku makan..

Nasi + Tom yam campur + sayur kailan + telur goreng + sup ayam + kerang bakar + sotong paprik…

Banyak ker?? haaa……. jangan tak tahu… tu makanan tuk 4 dewasa + 4 kanak2...hehehe

Eh..siapakah lelaki ini bersama si anak kecik?? hehehehe……

adakah korang familiar mukanya?? tak yek??

tak per..sat lagi tengok wajah orang rumahnya sure ada yang pernah tengok blog nya…hehehe

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.Yeaaa……….ini dia… Lynn Hamzah. Bertemu jugak kita yek setelah membuat temujanjji dalam last minute...hehehe…

Sian dia.. jauh gak nak ke The Zone tu.. dah la ngah sarat tu.. nak masuk 7 bulan dah.. harap2 dipermudahkan la bersalin nanti yek Lynn

Terima kasih Lynn sebab sudi bertemu ngan kak sumi malam tu serta siap belanja kami makan lagi..alahai..terhaurnya.. (tau oreder bebanyak…hahaha)

So, next time kalu kak sumi g johor leh la kita berjumpa lagi…dan andai Lynn datang ke KL, jangan lupa call kak sumi yek.. leh datang umah kak sumi lak..hehehe

Nota kaki : Siapa lagi duk Johor.. mehla keep calling..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Sumijelly, has written 1717 articles for Sumijelly.com

Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.

If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di kukup - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2011 11:14 AM PDT

Sedetik <b>di</b> Anjung Ilmu....: Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

SALAM PERPADUAN...

Pada 5 Mei 2011, SKR telah menjadi tuan rumah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Kukup 2011. Seawal 8.00 pagi majlis dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari sekolah-sekolah zon Kukup. 3 tempat digunakan untuk pertandingan iaitu Pertandingan Bercerita Tahap 1 di Bilik pemulihan, Pertandingan Bercerita Tahap 2 di Bilik Muzik dan Pertandingan Pidato diadakan di Dewan Sri Rambah.

Pada akhir karnival pemenang diumumkan. Anak-anak SKR telah mendapat tempat dalam ketiga-tiga pertandingan. Tahniah diucapkan kepada Mustika Syafiena Binti Mohd Farid (Tempat ke-2 Pertandingan Pidato), Nur Ain Farahin Binti Mahmood (Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2) dan Nor Solehah (tempat ke-3 Pertandingan Bercerita Tahap 1). TAHNIAH SKR ucapkan kepada ketiga-tiga anak-anak SKR ini.

Tahniah juga SKR ucapkan kepada peserta-peserta lain yang telah berjaya mendapat tempat. Bagi yang tidak berjaya boleh mencuba di masa akan datang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 11:50 AM PDT

assalamualaikum..ehem2..dengar tajuk cam best je kan..tp korg tgk la cara penulisan aku nie best ke tak ea..

pada jumaat lepas, dak2 matrix aku blek cuti..padahal citu 3ari je..tapi gaya ktorg cm cti seminggu..sume excited nak balik..ye la kn.semangat cuti tak abes lagi..[ bape mggu lepas, ktorg dapat cuti 2 minggu je..dak asasi dapat citu sebulan.walhal ktorg sume belaja bende yg same.kalo xsilap aku la kn..keadilan xbepihak kat dak dak matrix..sedih o..xtekate..yela...cuti tu satu nikmat bagi sume org yg tgh belaja nie kn..betol x betol x..xbek korg nk nafi kn ok..] (tutup cite)

actually aku nak cte expidisi aku tyme aku blek cuti jumaat lepas..aku excited gler. ari isnin lagi da bli tiket blek pontian..padahal cti ari jumaat..biase la klo lambat bli tiket t kang abes lak..hancus rancangan aku nk wat le tour de kukup kn..hahaha erm pastu aku tggu la..ari selasa xcuti.ptg nye blek kampung(muo beb) ari rabu lak hari rye korban.cti .pastu mlm nye br blek matrix.ari khmis..ari jumaat suda tbe la mse nye aku nk mula kan expidisi aku..excited gler o..tiket bas kul 2, tp biase la kn..kul 2.30 br btolak dari mtrx k pontian..makan mase lame gak tu..panas punggung aku dok dlm bas.tp xpe.ad aircond..hehehe kul 5 br aku tibe busten pontian..lpe lak nak ckp.aku nk wat expidisi nie kat kampung halaman member aku..siti nurfatimah nme nye..sdap kn..tp ktorg pggl die timah je..lbey sng dan glamer..hehehe peace timah ^_^

1st day..on my way g uma timah kn bes gler..pejalanan ktorg di temani oleh kelapa sawit..gerun pown ad gak.dalam kepala otak aku nie asek pikir yang bukan bukan je.ye r.risau gler tau.da r ktorg dak pempuan.pastu lalu kat kelapa sawit lak tu..tp jalan die mmg best.aku rse cm nek roller coster je.walaupown xpnh nek.hehehe(adik timah yg mula kn dlu roller coster tu okeh.aku ikot je..).tetinggal lak.ktorg nek moto.pergh. da cm explorace lak kn..tau r aku nk men jihad race..nk practise dlu kate nye..hehhe ktorg smpi uma timah kul 6.40 gitu la..pastu mandi mandi n makan..mlm nye ktorg tgk movie..cte korea la kn...syok..tp mlm nye aku tido awal cbb letih kot.mungkin la.jauh pejalanan luas mate aku..hehe

2nd day..aku wat uma c timah nie cm uma aku lak kn..bgn lmbt o.segan nk mati..klo la parents aku tau nie.abes kne tahan telinge je nie kn..dasat dasat.anak dare spe tah.hehe tp xde la lmbt sgt kn timah..kre awal la gak.tp bg aku LAMBAT.huhu pastu mandi n sarap..tyme tu aku cm segan gler la kn.da la bgn lmbt.mandi lmbt.upenye adik adik c timah nie tggu aku nk sarap same same.masyaallah..xtau aku nk ckp.maaallluuuu..:( tp aku wat slumber je..nk cover malu nye pasal kn.hehehe ad dak kecik yg ajo aku cm tu..erm pastu ktorg lpk lpk.smbg tgk cte korea smbil wat homework.pergh.betape rajin nye ktorg kn.blek cti pown TEPAKSA bwk blik hmwk..pastu wat la hmwk tu smpi tghari..cdgn nye pas zhor nk g bndr pontian.nk g bli tiket blek muo la..rndu gak aku kat kampung halaman aku kn..hehe alih alih kul 3 br ktorg gerak...dari uma timah nk ke pekan kukup tu jao tau.lbey krg 15minit kot.aku pown xpasti sgt.main agak agak je..ktorg sekali lagi merempit meredah kelapa sawit..mngeletar kaki aku kne angin..hehe pas 15 mint yg aku reka tu smpi la ktorg kat pekan kukup..ingt nk nek texi g bndr pontian.penat ktorg beraksi tepi jalan nk tahan texi..gne mcm2 gaya..gaya fazura tahan texi.gaya mkcik mkcik n mcm2 la.tp xde 1 texi pown yg sudi nk amek ktorg..apeh.ingt ktorg x cun k.xlayak k nk nek texi dorg..smpi atie dorg wat ktorg cmnie kn.xpe xpe.aku ubi ad bas, ada ari xtau ble nk balas.huhu pastu ktorg amek result nek moto lg sng.xyah la bepeluh cm mndi ujan lak kn nk tahan texi..pnt2..c timah nie pown drive la moto merah die tu.pergh.gaya die byk sejibik cm minah rempit.laju gler.aku kat blakang cikit cikit tgk meter..cm nk terbang da aku yg dok kat belakang tu.tp cm biase la.aku wat slumber je ble die tny.hehe tmpt 1st yg ktorg g ialah busten pontian..nak wat pe??mst la nak lawat lawat.haha nk g bli tiket bas tok blek la.pe lg kn.pas g busten ktorg g billion..cbb nye cbb nye tyme tu ujan la plak kn..basah kuyup..tpkse la beteduh kat billion.bebillion gak aku abes tyme tu.hahhaha

erm entry nie tpkse die pendek kn.t smbg lg.hmwk menimbun da nie pggl.k bye..salam expedisi sgt besh!!

kalo suke like ♥

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2011 11:39 AM PDT

My World Story: Baron.Ndrini.<b>Kukup</b> Beach

Posted: 26 May 2011 02:04 AM PDT

Ini foto-fotoku waktu di Pantai Ndrini, Kukup, dan Baron. Yang atas sendiri (see) di Baron lalu yang aku minum kelapa muda dan foto kebalik itu di Kukup, kalau yang pasir nya asli putih itu di Ndrini ♡ . Serrrruu deh disana, sempat ketemu Bea, Shynta dan Kak Festy waktu di pantai Kukup. (read:Temen sekolah) hihi. Leave comment ya! :D Thanks dah liat :PP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di batu pahat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di batu pahat</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 11:51 AM PDT

Ada apa di Batu Pahat? Ada pensyarah tanya, kawan-kawan tanya ada apa di Batu Pahat, apa yang istimewa. Mungkin ramai tak tahu disebabkan Batu Pahat bukanlah daerah popular ataupun pusat pelancongan mahupun peranginan. Jadi, bagi menjawab persoalan, meh aku cerita sikit apa yang best untuk dinikmati jika ke Batu Pahat.

Bab makanan dulu la kan. Pertama, Nasi Bariyani Gam. Orang luar Batu Pahat mungkin hanya mengetahui Nasi Bariyani di Benteng (sebelah sungai BP). Tapi ni aku nak bagitahu port yang lagi terbaik. Restoran Bariani Power yang terletak di Taman Soga. Berdekatan Hospital Besar BP tu. Rasanya lebih sedap dan restoran lebih sotifiskated. Haha! Tapi serius, mengancam!

Bariani Power!!!

Kedua, Kerang Pedas, Otak-Otak dan Sate. Paling terbaik di Batu Pahat? Jom datang Pantai Sungai Lurus. Hanya 26km dari B.Pahat. Jalan arah ke Pontian. Sambil-sambil makan boleh nikmati hembusan angin pantai. Dekat jek dengan rumah aku. Kalau datang bolehlah roger. Haha.

Ketiga, Cikong, Cendol dan Cendol Sagu. Cikong terbaik, haa..korang boleh datang gerai makan di Jalan Lim Yew Leong. Cendol? Pergi gerai cendol mamak di Jalan Engan, bandar lama Penggaram. Cendol Sagu? Terletak di Jalan Parit Karjo. Ini cendol fuhh... Dihidangkan pula dengan pisang goreng cicah sambal kicap dan sambal manis. (X_x) Grrrrrrr!

Ni Cikong. Hampir sama dengan Laicikang tapi ada sedikit perbezaan.

Keempat, Murtabak Singapore. Tapi aku tak pasti masih ada lagi ke tidak. Terletak di gerai makan Benteng. Kemudian, Bakso. Sejenis makanan tradisi Jawa. Terdiri daripada bebola daging, sup, mi halus dan campuran sayur dimakan bersama sambal istimewa. Rasanya? Pedas-pedas dan lazat!

Itu bab makan. Sekarang bab membeli-belah pula. Ada 3 mall utama untuk shopping. Dulu ada Wira Court, tapi sekarang mengalami sudah kegelapan. Selain tu, jika ke Ayer Hitam, boleh shopping pasu, kerepek dan teddy bear. Kalau kerepek, korang boleh pergi Azhar Food di Rengit. Terbaik. Kasik borong!

Azhar Food. Foto dari Facebook.

The Summit & BP Mall

S1 Mall

1. The Summit BP = Banyak barang pakaian untuk golongan muda. Haha. Kalau cari baju, seluar, jam tangan, bag, kasut dan barang kemas, inilah port yang sesuai dan banyak pilihan. Selain itu, ada pusat boling, wayang dan entah apa-apa lagi.

2. Batu Pahat Mall = Barangan seperti pakaian formal, kasual, elektrik, elektronik, komputer dan makanan. Ada foodcourt berdinding kaca, boleh tengok pemandangan luar dari aras tinggi. Sesuai la untuk bawa keluarga dan shopping. Selain tu, ada pusat boling, wayang dan arked.

3. Square One Mall = Ada Gulatis, Primamoda dan Parkson. Nak cari pakaian formal, barang kahwin ok kot di sini. Ada wayang, arked dan ruang ala2 uptown. Selain itu, sebelah S1 ni ada Carrefour. Boleh beli barang dapur.

Alam semulajadi? Bukit Soga. Korang boleh mendaki tangga menuju puncak. Sampai puncak, boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan bandar Batu Pahat.

Hutan Lipur Bukit Soga

Pantai? Walaupun tak lah secantik di tempat lain. Tapi bolehlah. Antaranya Pantai Punggor, Pantai Sungai Lurus dan Pantai Minyak Beku. Ok la untuk beriadah.

Sungai Lurus

Tempat rekreasi pula? Di Batu Pahat ada Tasik Y, Dataran Penggaram, Tropical Village dan Batu Pahat Walk. Hurm~ Itulah antara tempat-tempat best yang boleh korang pergi kalau ke Batu Pahat. Sebenarnya, Batu Pahat bukanlah pusat pelancongan, jadi tak ada apa sangat yang menarik. Huhu... Apapun, kalau korang datang Batu Pahat, roger-roger la aku. Boleh aku tunjuk jalan ke, tunjuk tempat best ataupun kalau rezeki korang murah, boleh aku belanja pekena cendol. Hehe.

Tropical Village. Ada macam kat oversea?

Dataran

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di permas jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di permas jaya - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit sulong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2011 11:07 PM PDT

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, JOHOR DAN PEJABAT DAERAH KOTA TINGGI, FELDA DAN JKKR FELDA GUGUSAN LOK HENG AKAN MENGADAKAN PROGRAM PERAKYATKAN SENI BUDAYA KAWASAN FELDA PADA 3 JULAI 2011 DI FELDA GUGUSAN LOK HENG, KOTA TINGGI
BEBERAPA AKTIVITI DIJALANKAN DI FELDA LOK HENG SELATAN SEPERTI PERTANDINGAN MEMASAK, MEWARNA BAGI KANAK-KANAK, PERMAINAN TRADISIONAL DAN SENAM SENI 1 MALAYSIA. JAMUAN KENDURI KAMPUNG AKAN DIADAKAN DI FELDA LOK HENG TIMUR, PAMERAN AGENSI KERAJAAN DAN AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA, JUALAN IKS PENDUDUK TEMPATAN, PERTANDINGAN KARAOKE SERTA MAJLIS PERASMIAN DAN PERSEMBAHAN KESENIAN AKAN DIADAKAN DI FELDA LOK HENG BARAT
MAJLIS PERASMIAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH TAN SRI MOHD ISA BIN ABDUL SAMAD DI DATARAN FELDA LOK HENG BARAT PADA 3 JULAI JAM 8.45 MALAM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di plentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2011 07:41 AM PDT

Pertandingan Mewarna <b>di</b> Giant <b>Plentong</b>. |

Posted: 08 Apr 2011 12:57 AM PDT

Pada tanggal 8hb April 2011 yang lepas, Success JB dengan kerjasama dari Giant Plentong, telah berjaya menganjurkan satu pertandingan mewarna.

Pertandingan mewarna ini di adakan dengan tujuan untuk menanam semangat setiakawan dan juga sifat banu-membantu di antara satu dengan lain. Selain dari itu, objektif pertandingan ini juga berjaya membuka mata banyak pihak kerana selain dari apa yang telah dinyatakan Success JB dan pihak Giant Plentong dalam masa yang serentak telah mengadakan Derma Bantuan Tsunami untuk mangsa gempa bumi di Jepun.

Walaupun mereka ini masih lagi kanak-kanak, tetapi sifat bergembira sambil menderma telah berjaya di pupuk. Syabas untuk semua yang telah terlibat !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Contest. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2011 07:18 AM PDT

Kayuhan Mesra Komuniti Bersama PDRM: Penjualan Kupon

Posted: 26 May 2011 03:16 AM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Hari Polis ke-204 peringkat IPD Johor Bahru Selatan, yang akan diadakan pada 3 Julai 2011 di Plentong, pihak penganjur juga mengadakan penjualan Kupon Cabutan Bertuah.

Kupon boleh dibeli daripada urusetia sambutan dengan harga RM 5 bagi setiap kupon.

Setiap kupon melayakkan anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa:

Hadiah Utama:
Sebuah Motosikal Yamaha Lagenda
10 Hadiah:
Sebuah basikal mountain bike bernilai di antara RM500 hingga RM 1000

Hanya dengan RM 5, hadiah di atas akan menjadi milik anda. Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi Urusetia untuk mendapatkannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di muar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di muar - Google Blog Search


DRAMA TEBUSAN <b>DI MUAR</b> | Odah + One = OdahOne

Posted: 07 Jul 2011 11:54 PM PDT

'AKU BUNUH SEMUA'

MUAR: "Bunuh aku, kalau tak aku bunuh semua budak yang ada." Itu ugutan lelaki dipercayai pesakit mental yang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru sebagai tebusan selama hampir tujuh jam, bermula jam 9 pagi semalam.

Ugutan lelaki bersenjatakan parang, tukul besi, pistol pengokot (stapler) dan alat pemadam api itu disuarakan kepada Penolong Pengetua Pusat Jagaan Serikids, Khoo Chon Den, 50, sambil mengacukan tukul besi kepadanya.

Khoo yang ketakutan dan serba salah, bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas memikirkan penyerang lelaki itu bersikap baik terhadap semua tebusan termasuk mendukung seorang kanak-kanak untuk ke bilik air.

"Lelaki itu menghulurkan saya tukul besi dan menjerit supaya saya membunuhnya, namun saya tidak memenuhi tuntutannya itu kerana takut.

"Saya bimbangkan keselamatan semua kanak-kanak yang ada, namun pada masa sama tidak mahu menjadi pembunuh. 

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2011070801012020110708010120/Article

Semalam kebetulan OdahOne lalu kat tempat kejadian...sure ramai orang muo yang tak lepaskan peluang datang tengok...kawasan tu memang penuh dengan orang ramai yang nak tahu & nak tengok sendiri episod drama tebusan, walaupun sebenarnya mengganggu tugas polis...lepas berita ni keluar kat berita pukul 1 petang semalam lagi ramai yang datang & polis terpaksa tutup jalan nak masuk ke kewasan tu

Bomba, polis & ambulans pun dah standby kat luar...selalu kita just tengok kat dalam TV tapi kali ni live depan mata...syukur semua selamat & takde yang tercedera parah or kehilangan nyawa...syabas buat cikgu-cikgu & anggota keselamatan sebab berjaya menyelesaikan drama tebusan tersebut dengan berjaya walaupun terpaksa menembak mati suspek...


Orang ramai yang tunggu kat luar especially parents budak-budak tadika kat situ memang berdebar-debar sebab dah beberapa jam still tak tau nasib anak-anak diaorang kat dalam tu...dalam area pukul 1 petang, ada dalam 2 or 3 bijik helikopter yang aku rasa diterbangkan khas dari Johor Bahru untuk bawak anggota UTK (Unit Tindakan Khas)...bila UTK dah sampai aku dah dapat bayangkan diaorang memang akan buat serbuan punya sure akan ada yang terkorban...yelah kaedah pujuk pun dah tak jalan

Nasib baiklah takde budak yang jadi korban...kalau kat  US diaorang berbangga sebab ada pasukan SWAT...kat Malaysia kita ada UTK...bangga jugaklah sebab negara kita pun ada pasukan elit camni...diaorang buat kerja memang profesional

Anyway suspek ni memang polis dah ushar dari dulu...tahun lepas dia dah ketuk kepala budak tadika dengan tukul besi...sekarang aku tengok tadika tu dah jadi macam zoo pagar dia bukan main tinggi lagi untuk safety punya pasal...legalah ibu bapa bila orang kurang siuman ni dah kena tembak...jangan ada lagi yang ikut camni dah lah

A hero is a man who does what he can...Tahniah kepada semua hero-hero


Jom main teka-teka & menang $$$
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di parit jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit jawa - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 12:52 AM PDT

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2011 03:29 AM PDT

Kek Perkahwinan dan Cupcakes <b>di</b> Kota Tinggi | Muar | Johor | KL

Posted: 16 May 2011 06:30 PM PDT

Tempahan Dari / Order By : Faridah dari Kuala Lumpur

Lokasi / Location : Parit Jawa, Muar, Johor

Tarikh / Date : 2 February 2011

Jenis / Type : Kek Hantaran Kahwin / Wedding Cakes for gift

Tujuan / Function : Hantaran Majlis Perkahwinan / Wedding Day

P/S : Rentetan dari post yang lepas tempahan Faridah yang berada di Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan adiknya di Parit Jawa, Muar.... Thanks ye Faridah....

P/S : Connections from previous post - Faridah from KL for his brother Wedding Event at Parit Jawa Muar....  Thanks Faridah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 03:50 AM PDT


Alhamdulillah, hari ini kami dapat bersama lagi untuk bertemu. Sahabat sejak sekolah rendah lagi sampai ke sekolah menengah, terpisah sementara kerana berbeza haluan pengajian. Walaupun terpisah, kami selalu saja bertemu jika ada masa lapang. Alhamdulillah.

Sehingga hari ini, masing-masing cuba 'kacau' antara satu melalui Facebook  atau SMS atau membuat panggilan telefon. Bertanya khabar. Aku sebenarnya takut untuk berlebih-lebihan dalam bergurau dengan sahabat ini walaupun telah lama kenal. Manusia mudah berubah. Malah, aku juga pernah ditegur kerana mengganggu seseorang yang aku cuba bertanya khabar dan bergurau. Aku tidak kisah dengan teguran itu. Mereka berhak. Walaupun ada yang mengatakan mereka stress atau apa pun, tetapi alasan itu bukan rasional untuk menghukum orang lain  kerana masalah sendiri. Yup, aku terima teguran dengan baik. Bercampur dengan masyarakat, maka aku kena sedia bertolak ansur. Aku ni kan faham bahasa. huhuhu..

Seawal jam 10am, kereta kawan aku sudah sampai di depan rumah. Adesh!! Awal betul. Perjalanan dalam cuaca yang kurang baik, sejuk dengan hujannya, tetapi ia cukup bermakna. Kawan yang bercuti hujung minggu balik kampung, maka kenalah melayan aku yang masih penganggur ini.

Apa yang special tentang mereka ini,aku rasa semuanya menerima kelemahan dan kelebihan. Malah, kalau mereka ada masalah apa pun, mereka semua lebih matang menyelesaikan masalah. Tertekan? Mereka pasti ada. Cuma ,bagaimana mereka menghadapinya juga amat berbeza. Hampir  7 tahun aku merantau sana sini dan membandingkan sahabat yang ada dengan sahabat yang bersama sejak sekolah rendah sampai sekarang. Perbezaan yang amat ketara. Namun, bukanlah perbezaan itu mengatakan sahabat lain jahat. Tidak! Ini merupakan perbezaan untuk disesuaikan oleh diri. Bukannya mencari alasan bersengketa.  Mungkin sahabat yang sama-sama membesar lebih memahami diri. Sebab itulah kami mudah menerima. Pernah juga aku buat kerja giler, membuat hal, tapi mereka dengan selamba mengatakan ' rilax lah, dont worry, i know you.hahaha" Sambil tergelak menganggap apa yang aku buat mereka sakit hati itu sebagai perkara biasa. huhuhu... Walau apa pun harapan. Suatu masa kita akan berpisah juga. InshaAllah, aku tidak akan melupakan jasa baik semuanya.  Arigatogozaimas.

Dalam pukul 10 45am, sampai di Parit Jawa. Walaupun ada road-block, pak cik Polis tanya, 'nak pergi  mana?" sambil matanya melihat satu kereta. Huhuhu.. Soalannya mesra tetapi itu bukan soalan yang dia mahu cari. Baju kami semua tiada yang bewarna emas. Walaupun aku memang mahu pakai baju jersi bola yang berwarna harimau. Aduih!! Aku tahu, ia kurang selamat jika dipakai buat masa ini. Maka, pakailah aku baju hijau.


Ikan merah, ikan kerapu, ikan cencaru serta sayur kangkung dan belacan. Fuh.. Bagi aku ok lah. Nak lagi best kena makan panas-panas dan kena pekatkan lagi kuah tu.

Misi Parit jawa Asam Pedas tercapai. : Mission Accomplished.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved