Ahad, 4 September 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


"Hidup Belum Statik": Raya Random Makna

Posted: 03 Sep 2011 09:30 AM PDT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

تقبل الله منا ومنكم

As-salam. Semoga Allah subhanallahu ta'ala menerima amalan kita semasa ramadan.

Sampaikanlah kami di ramadan akan datang. Well, selamat hari raya semua. Masing-masing ada makna, cara sambutan, kesan terhadap diri, semasa raya tahun ni. Harap semuanya bukanlah sia-sia. Hidup ni, kalau akhir hidup kita adalah neraka...sia-sialah puluhan tahun hidup di dunia. Mahu?

Nauzubillahi minzalik (Minta dijauhkan dari kami). I got a few pictures to story, it could be a thousand meanings for me, but hundred meanings for you since you did not experience what i did. Sentiasalah ambil makna daripada literasi, sebagai tanda anda berfikir lebih sedikit daripada manusia lain, beruntung orang yang banyak berfikir nih. Unless, u won't find the answer.

Tiap malam raya, susah nak dengar orang bertakbir di masjid sebab kuat benar pertandingan mercun di langit. Keputusan siapa yang menang? Nafsu masing-masing la kan. Raya di rumah kedua, bukan rumah mentua di Lok Heng. Atok sedara belah mak banyak kat johor nih. Aku je yang tak terlarat nak ziarah semua, moga dapat buat tour de sedara lain kali. Tengah merancang buat dokumentasi keluarga. Emm. Pernah popular dulu, tapi tahun bila ntah..adik aku selamba aja bakar, bukan satu tapi 4 unit rumah mewah burung tempua. Tahu tak? Nenek moyang kita belajar buat tikar mengkuang dari sini la...
Suasana alam malam yang berkabus. Masa ni, depan rumah tok Mak Epi (atok sape lak nih). Baru satu kampung, belum satu johor. Somehow, seronok gak berkawan dengan orang tua-tua nih.  I always got something..
Haa. Terperasan rotan buluh, terimbau la kenangan. Kena rotan tu aku rasa normal. Rotan tak dahsyat lagi, paling dahsyat bila mak kita tak nak cakap sepatah kata bila aku betul-betul nakal. Err..serius rasa lain. Fuh! Tak nak la sejarah berulang. Alhamdulillah, di masa orang lain tak rasa kasih sayang ibu bapa sebab hal-hal tertentu...aku bersyukur, mereka berdua masih ada. Respect la cara orang dulu-dulu. Orang muda sekarang, kalau berkenan ngan seorang..mak ayah tolak tepi. Teruk betul.

Internship ramadan has ended, now it is time for us to counter the syaitan fighter for 11 months. Kejayaan menentang mereka cuma dapat dipastikan, jika kita dapat mengucap 'Laila haillah' semasa mati nanti. All the best for you and me. Jumpa lagi.

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Maut dalam kemalangan <b>di</b> Kilometer 38.6, Lebuhraya Utara <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 04:16 PM PDT

No of View :663

 Impian jurukimpal ke jenjang pelamin buat kali ketiga bersama bekas rakan sekolah yang dikenalinya sejak 15 tahun lalu tidak kesampaian, apabila lelaki berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 38.6, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran tol Sedenak dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Mohamad Jamal Embok Hitam, 36, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Honda dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian.

Ibu mangsa, Fatimah Ismail, 54, berkata, dia tidak menyangka kenduri pernikahan anak sulungnya itu bersama tunangnya, Norida Bandu, 30, seorang kerani di Benut, Pontian, yang sepatutnya berlangsung jam 8.30 pagi ini bertukar menjadi kenduri arwah.

 "Saya sepatutnya menyambut menantu baru esok (hari ini), sebaliknya perkara yang tidak pernah terfikir berlaku apabila terpaksa membawa pulang jenazah Jamal. "Selama ini, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya gembira kerana bakal mendirikan rumah tangga bersama rakan sekelas yang dikenalinya sejak 15 tahun lalu selepas menduda setahun selepas bercerai dengan isteri kedua, tahun lalu.

"Cuma, tadi (semalam) dia tidak meminta izin saya ketika keluar rumah kerana saya pernah berpesan supaya jangan terlalu kerap keluar memandangkan dia berdarah manis (bertunang)," katanya.

Menurutnya, Allahyarham bercuti 10 hari menyambut Hari Raya dan bernikah serta bersanding di rumahnya Ahad depan.

 "Mohamad Jamal yang bangun pada tengah hari tadi (semalam) berbual seperti biasa dengan saya, namun mungkin ketika saya sibuk mengemas rumah dia mengambil kesempatan menjemput adik perempuan dan adik iparnya di Johor Bahru.

"Saya hanya menyedari ketiadaan Allahyarham selepas Nursinah, 33, anak bongsu daripada dua beradik, menghubungi dan menyatakan Mohamad Jamal dalam perjalanan ke rumahnya untuk menjemput dia dan suami," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>TANGKAK</b> ~ info kerjaya <b>...</b>

Posted: 15 Jul 2010 07:11 PM PDT


PEMBERITAHUAN JAWATAN KOSONG
Pemberitahu adalah dipelawa dari Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang, Johor.
Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan
Pengurusan Dan Profesional
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
Pengurusan Dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
Pembantu Undang-Undang L29
Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
  • Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
  • Jabatan Kejuruteraan
Perkhidmatan Kejuruteraan
Penolong Arkitek Landskap J29
Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap
Perkhidmatan Kejuruteraan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Bahagian Teknologi Maklumat
Perkhidmatan Sistem Maklumat
Penolong Pegawai Tadbir N27
Unit Perhubungan Awam & Koporat Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
Jabatan Perlesenan & Penguatkuasaan
Perkhidmatan Kejuruteraan
Pembantu Setiausaha Pejabat
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N17
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Pembantu Tadbir Undang-Undang L17
Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 hb. Julai 2010 ( JUMAAT )
Muat Turun Iklan Jawatan Kosong Beserta Syarat Lantikan
SUMBER : http://www.mdtangkak.gov.my/web/guest/info/jawatan

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


BISNES DAN BISNES

Posted: 05 Dec 2009 08:45 AM PST

Stokis Bio Asli Parit Raja. Lokasi berdekatan Mesjid Besar Parit Sempadan sebelah Kedai Perabot
Hock Huat. No telefon 013-2656302


Sewaktu berhenti menukar cek di HPA Cawangan Parit Raja terserempak Lori Radix.
Hei....diam-diam pun sebulan aku dapat jual lebih daripada 100 papan!
Kedai Abas je sudah 10 papan.

Berhenti rehat di Mesjid Air Hitam di puncak bukit yang luas.
bahawa kalian merupakan orang kuat...batu pun dipahat!!!
Jadi, orang Batu Pahat mesti kuat, hebat, lebat jangan merempat!
Hari ini bermula pagi melihat tanaman sayur aku yang mula subur di depan rumah. Tomato, cili dan pokok terung. Selepas itu aku menghantar Irfan ke rumah banglo Cikgu Sulaiman untuk tusyen. Aku berpusing-pusing di pasar Sabtu, Pasar Parit Sulong dengan Arina. Beli ikan, surat khabar, dan buah-buahan. Aku ternampak orang jual kopi yang dimesin dan teringat peminat utama kopi itu, Mama Miraki. Tetapi aku tidak membawa kamera pagi ini.
Sedang aku berjalan-jalan aku disapa oleh seseorang. Rupa-rupanya Alif, murid aku di SMK Penghulu Saad tahun 1999. Dia bertanya aku ada menjual Minyak But But lagi tak? Dahulu produk HPA paling top memang Minyak But But, sekarang Kopi Radix. Aku selalu bagi free kepada murid-murid aku, termasuk Alif. Kini Alif menjual baja siraman di pasar itu. Dia kelihatan malu-malu dan gerainya terletak di hujung sekali dan tidak berpayung pula. Ini mesti dipaksa oleh bosnya. Aku kata kepada Alif, semua itu pernah aku alami. Jangan malu. Bisnes adalah kerja mulia. Nabi kita pun berniaga.
Petang tadi aku ke Parit Raja. Servis untuk stokis Fairus. Namun dia tiada di kedai. Aku bagi nota-nota produk Bio Asli kepada rakan kongsinya. Kemudian aku menemui Osman Omar dan Siti Khadijah di depan Cawangan HPA Parit Raja. Setelah berbual-bual dengan mereka aku masuk ke dalam Pejabat HPA untuk menukarkan sedikit cek yang belum sempat ditukar. Yang menarik di situ ialah flyer Koperasi HPA. Koperasi HPA telah memberi DIVIDEN 14% kepada pelabur-pelaburnya pada tahun 2008. 10% pada tahun 2007. Dividen untuk 2009 pasti akan meningkat. Malangnya aku belum melabur lagi. Bulan Februari nanti rasanya pelaburan itu dibuka semula untuk ahli-ahli HPA.
Keluar sahaja daripada Cawangan HPA menanti dua orang pengedar Bio Asli untuk mengambil Kopi Kelapa Dara dan Oil 31. Kedua-duanya aku kenali daripada iklan Metro Ahad yang disiarkan oleh syarikat Bio Asli. Seorang itu bernama Rosmadi. Seorang lagi Osman Paiman. Kesempatan sekejap itu aku bagi motivasi supaya mereka memasarkan produk-produk Bio Asli yang tebukti berkesan membantu ramai pelanggan yang bermasalah. Terutama masalah dalaman.
Dari Parit Yani, ke Parit Raja, singgah di Air Hitam, kemudian ke Yong Peng dan berakhir di Tongkang Pechah. Orang yang terakhir aku temui malam ini ialah Azhar Sam. Azhar banyak menjual Kopi Kelapa Dara termasuk majikannya dan kawan-kawannya orang Cina. Jangan hairan, produk-produk Bio Asli dipasarkan ke 231 buah negara!!!
Sebelum tidur aku membelek-belek akhbar tabloid. Aku terkesan dengan tulisan Sayuti Omar tentang
peringatan kepada para blogger:
Blogger hendaklah mengetahui:
3. AKTA RAHSIA RASMI (OSA)
Setakat ini blog aku tidak lari daripada tema matsomherbs. Blog ini blog yang banyak bercerita tentang bisnes MLM. Aku memilih matsomherbs kerana ingin memperkenalkan bahawa aku ada menjual herba yang berguna untuk kesejahteraan manusia.
Tetapi tajuk yang selalu dicari pelayar internet dalam blog aku pertama DOA PENDEKAT JODOH dan kedua
JUALAN BARANG TERPAKAI DI RENGIT. Yang sudah dapat jodoh tu janganlah lupa jemput saya!!!

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> JABATAN LANDSKAP <b>NEGERI JOHOR</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2010 08:24 AM PST

 
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Landskap Negeri Johor dan ditempatkan di Taman Botani, Seri Medan Batu Pahat bagi jawatan sebagaimana berikut :-

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (PENGURUS LADANG)
GRED : G27
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
JABATAN : LANDSKAP NEGERI JOHOIR
TARAF JAWATAN : KONTRAK

CARA –CARA MEMOHON :

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang SUKJ 01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri ke

Jabatan Landskap Negeri Johor, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor Bahru, Johor.
ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping
gambar terbaru berukur dan salinan sijil yang diakui sah sebagaimana berikut :-
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Persekolahan/Berhenti Sekolah
  • Lain-Lain Sijil / Surat Akuan
iii) Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :
PEGARAH
JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO' JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR, 79503 NUSAJAYA,
JOHOR BAHRU, JOHOR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada : 28 November, 2010

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tepak Bersulam.com: Salam sahabat <b>di Pengerang</b>

Posted: 01 Apr 2011 01:46 PM PDT

Salam kawan kawan , khususnya kawan kawan dari Pengerang. Apa khabar YB Che Gu Haron , apa khabar Che Gu Wahab , apa khabar Atan Ketua Pemuda UMNO Pengerang . Apa khabar Pak Akob dan apa khabar Tok Halidon. lama kita tidak bersua dan bertanya khabar. Apa khabar semua sahabat sahabat yang saya kenali lelaki dan perempuan , Suriati , Hawa , boy , Khan, Zambri YB Kak Mimah. Macam mana Kak Mimah ok ker jadi YB? Al Fatihah kepada Allahyarham Macha.Takziah buat keluarga beliau. Azalina tak datang ya......

Bukan apa kawan sebenarnya nak bagi notis kat kawan kawan di Pengerang, war war kan kepada semua bahawa kawan akan mula aktif menulis balik babak kedua kesah si Tanggang - SI Tanggangi II. Kali ini hebat kerana ada banyak gambar gambar baru dari Singapore dan juga Gambar orang orang Thailand yang saya dapat untuk di pratontonkan.Kali ini si Tangang II memang hebat berkisar berapa berita menarik. Tentu menarik kerana penulis difahamkan tentu sekali DS Najib tahu akan semua tingkah laku Ahli Ahli parlimen beliau, jika Anwar dengan Video ahak ahak dia , kita jugaakan dapat melihat Video terbaru si Tanggang dengan ahkz ahakz nya. Latest.Lama penulis simpan story ini ~TepakBersulam

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


mizumiezu

Posted: 04 Sep 2011 08:51 AM PDT

ASSALAMUALAIKUM..
Waahh lamenye x update belog nih...rindu banget nk menulis meng ayat yg bukan2 huhuhu....
Maklumlah bile dh bekeluarga ni len cket lagi2 inai masih x hilang dari kuku jari ni..huhu...


Dalam mood2 raye ni nk wish la selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin & hapy merdeka day yer 2 ol blogers.


Aku rase la tahun ni raye cam x best je kan, bagi aku la..mgkin sbb tahun ni aku & en.hubby keje raye pertama smpai raye ke-3 jd x rase kemeriahan malam raya 2gether-gether kt kg. halaman..


Tp walau ape pon ni la raye pertama aku ngan husband ku...hihi..

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Rumah 2 Tingkat <b>di</b> Bndr Putra IOI, <b>Segamat</b> Untuk dijual

Posted: 23 Aug 2011 06:06 AM PDT

Rumah Murah 3 bilik untuk dijual.
Ada halaman yang luas dan tanah di belakang dapur.Rumah dah siap pasang gril, gate, kipas, lampu dll .Condition rumah baik...
Beli dah boleh terus diami
Rumah di IOI bandar putra segamat baru.

Freehold
Keluasan 18 x 70 sq ft.
Non-Bumi Lot

Harga Rm 50,000

Hanya yang berminat boleh Call Owner: 0173181741

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Kahang</b>, Jalan Mersing, Mukim <b>Kahang</b>, Kluang <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2011 10:35 AM PDT

Tahun 1982 ketika itu maza berumur 7 tahun dan itulah kali pertama maza menjejakkan kaki ke sekolah rendah seperti kanak-kanak yang lain.
Seingat maza, maza begitu ghairah untuk bersekolah dan bertemu kawan-kawan yang sudah beberapa bulan dipisahkan oleh cuti sekolah TADIKA. Di tambah pula rasa girang tersebut dengan berbaju baru, berseluar baru, beg baru dan berkasut baru. Kiranya serba serbi baru kecuali tupperware bekal...
Sesekali ada juga senior yang memberitahu maza bahawa cikgu sekolah rendah ini garang-garang belaka. Di hati maza mulai terasa kecutnya. Terutama senior yang juga merupakan kawan-kawan teman sepermainan di rumah memberitahu bahawa Cikgu Fatimah (guru kelas merangkap cikgu bahasa Inggeris) seorang cikgu yang garang dan kuat pukul orang.
Di zaman itu sekolah rendah ini merupakan sekolah beratapkan nipah. Hanya ada lebih kurang enam atau lima kelas sahaja. Tingkapnya merupakan tingkap kayu. Untuk membuka tingkap itu kita kena tolak ke atas daun tingkap yang besar tersebut dan disendal dengan kayu panjang. Jadinya tingkap itu akan ternganga dengan bukaan atas-bawah bukannya terbuka kiri dan kanan.


Sistem yang diamalkan ketika itu ialah siapa tak lulus akan terus tinggal di dalam kelas yang sama. Kiranya tak boleh naik darjah. hahahaha...

Namun tidak lama kemudian bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn (ralat: sebenarnya zaman Tun Dr. Mahathir yang memerintah dari 16 Julai 1981-31 Oktober 2003. Terima kasih kepada En. Dinomt di atas fakta yang diberikan)  telah merubah sistem pendidikan dan sedari itu kami menjadi bahan ujikaji. Kami adalah bahan perantaraan antara sistem KLSR dan KBSR.

*** Dengar khabar juga lagu ini sudah tercipta semenjak tahun 1992. Ini bermakna sudah 19 tahun kewujudannya. Hanya kini ia disebarluaskan sehingga ke alam cyber sebagai isyarat kepada bekas anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang agar ingat pada ikrar dan cita-cita mereka sedari kecil lagi itu.
Beriktu ialah laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang (sekolah rendah): 

Kita teguhkan kaki ini untuk berdiri.

Kita bermula dari rumah sekolah yang usang dan mahu roboh. Di sini kita mula bertatih mengenal A, B, C dan Alif, Ba, Ta....

Wahai sahabat-sahabat seangkatan ku, marilah kita pulang. Pulang berbakti kepada nusa dan tanah tumpah darah kita, Kampung Kahang!

Wahai anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang, jika kau tersasar, jika tersimpang selagi mana kau belum terbujur-kaku ... maka kini sudah sampai masanya. Pulihkan semangat yang pernah berdarah kental di dadamu itu. Pulihkan semangat lawanmu. AYUH.. Aturkan langkah, aturkan kekuda, aturkan nafas, aturkan tatihmu... Jangan biarkan 'hanyut' itu terus-terusan menikam tembuluh saraf mu, jantung mu, nafasmu, rohmu, jiwamu!

Ayuh! Kita kenang-kenangkan tentang asal wal usul kita. Mari kita cari jati diri ini.

Kita kembali mengangkat tangan setelah sekian lama kita lupakan. Mari kita menyebut dan menyahut kembali ikrar yang sudah lama kita pendamkan dalam lubuk hati yang dalam.

Mari kembali bersemangat waja. Mari kita teruskan perjuangan hidup untuk menjadi INSAN CEMERLANG, insan yang berbakti, insan yang harum namanya.

Biar patah sayap, tetapi tidak pada sengatannya!

Biar mana nanti kita tercampak, kita tetap menjadi manusia yang harum namanya. Suci bersih jiwa dan hatinya. Berguna pada agama nusa dan bangsa! - Itulah ikrar yang pernah kita ungkapkan sebelum kita melangkah pergi meninggalkan SRK Kahang! 

Moga-moga nostalgia ini mampu membangkitkan semangat yang hilang. Aturkan langkah gagah, kita cari jalan pulanggg..... usah diragukan keupayaan diri sendiri lagi. 

BANGKITLAH anak bangsaku. Bangkitlah saudaraku. Teruskan perjuangan hidup dan berbaktilah. Budi disemai bakti dituai demi tanah tumpah darah kita di Kahang yang permai ini.

Terima kasih cikgu, dek kerana usaha cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami walaupun kampung kami jauh daripada pembangunan akhirnya ramai antara kami sudah berjaya menjadi manusia!

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu...

Special tribute to:-
Cikgu Fatimah, Cikgu Rosnah (guru tadika), Cikgu Ayub, Cikgu Azizah, Cikgu Jaafar, Cikgu Syarif, Ustaz Johar, Cikgu Shamsiah, Cikgu Hishamudin, Cikgu Saharuddin,
Cikgu RAHMAT!!!, Cikgu Tong (cikgu pengakap), Cikgu Zakaria

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


UMNO Online - Kemenangan Tenang Beri Kelebihan UMNO <b>Labis</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 03:30 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kemenangan Tenang Beri Kelebihan UMNO Labis Hadapi PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Rosdin Mahamud berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan pada 30 Januari lalu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha banyak membawa rahmat dan kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bahagian tersebut.

Menurut beliau, kemenangan BN semasa PRK tersebut telah membuka banyak mata masyarakat setempat untuk melihat ketelusan UMNO dan BN di dalam membela nasib rakyat serta mengotakan segala janji yang dibuat.

"Disebabkan kesedaran tersebutlah, membuatkan kita menang besar di PRK Tenang yang lalu.

"Rakyat sedar, hanya kita yang telus membela nasib mereka. Walaupun sebelum ini tsunami politik melanda negara, tetapi di bahagian Labis, masyarakat setempat masih terus utuh bersama UMNO dan BN. Kekuatan inilah yang akan terus kita bawa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Saya terus mengekalkan gerak kerja di PRK Tenang bagi persediaan PRU nanti," ujarnya.

Katanya, masyarakat di Bahagian Labis percaya, UMNO dan BN adalah parti yang boleh dijadikan sandaran untuk memastikan bukan sahaja nasib rakyat terus dibela, tetapi juga untuk mengekalkan keamanan negara dalam suasana aman dan harmoni.

"Rakyat sekarang sudah pandai menilai. Jadi mereka sedar hanya kita yang sentiasa berpegang kepada janji. Pembangkang hanya tahu menabur janji semata-mata untuk meraih undi. Kita juga sentiasa mengingatkan rakyat melalui program-program yang dijalankan agar jangan mudah terpengaruh dengan tipu muslihat pembangkang yang hanya mahu merampas kuasa," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan yang penuh untuk terus mempertahankan satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN di bahagian Labis pada PRU akan datang.

Katanya, Johor adalah kubu kuat BN dan ini memberi satu kelebihan kepada BN di bahagian Labis.

Namun jelasnya, ini bukan bererti usaha keras menghadapi PRU diabaikan.

"Kita perlu menggandakan usaha walaupun Johor adalah kubu kuat BN. Kubu kuatlah yang perlu kita jaga agar ianya terus memberi kelebihan kepada kita dan seterusnya mencapai hasrat untuk mendapat kembali 2/3 di dalam parlimen," katanya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 13 July 2011 Pada 6:30 PM

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Hari Raya <b>Di Muar</b> 2011 Hari Raya di <b>...</b> - Keluarga 69 Satu permulaan

Posted: 03 Sep 2011 04:04 AM PDT

Hari Raya kedua Hari Raya Di Muar Serangan dari Keluarga 69. Yang Hadir Keluarga Uteh, Ucu dan Anjang Udin. Nilah dikatakan berhari raya dikebun..hehe.Tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah. Memang tak henti-henti ambik buah. Kalo musim durian mau sehari suntuk kat kebun..hehe..Layan dulu gambar aksi Anjang Udin menjolok buah..
SENYUM DAHULU AMBIK BERKAT..HEHE
BUAH RAMBUTAN TAKYAH JOLOK MAIN PETIK JERR
MENGHILANG PENAT DENGAN MAKAN BUAH RAMBUTAN..HEHE
Tu dia..korang tengok jerlah gelagat Anjang Udin bila dapat jumpa kebun buah..hehe..Apa-apa pun memang best bila dapat berkumpulan ramai-ramai. Kena pulak kat Muar kebun Pak Long ada lagilah. Mungkin lain kali Hari Keluarga akan diadakan di Muar, Siapa Tahu? Yang sorang ni pun taknak kalah gak..siap dapat bantuan dari Tok Wan dia lagi..
Orang kekebun dia pun ikut. EWAN JUNIOR si AZAM..hehe..Gelagat cukup menghiburkan dengan keletah dia. Bukan Main suka lagi bila dapat ambik gambar dengan buah rambutan. Keluar kebun jer badan dan berbintat-bintat dek kena gigit Nyamuk..

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


UMNO Online - Kemenangan Tenang Beri Kelebihan UMNO <b>Labis</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 03:30 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kemenangan Tenang Beri Kelebihan UMNO Labis Hadapi PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Rosdin Mahamud berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang diadakan pada 30 Januari lalu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha banyak membawa rahmat dan kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bahagian tersebut.

Menurut beliau, kemenangan BN semasa PRK tersebut telah membuka banyak mata masyarakat setempat untuk melihat ketelusan UMNO dan BN di dalam membela nasib rakyat serta mengotakan segala janji yang dibuat.

"Disebabkan kesedaran tersebutlah, membuatkan kita menang besar di PRK Tenang yang lalu.

"Rakyat sedar, hanya kita yang telus membela nasib mereka. Walaupun sebelum ini tsunami politik melanda negara, tetapi di bahagian Labis, masyarakat setempat masih terus utuh bersama UMNO dan BN. Kekuatan inilah yang akan terus kita bawa untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Saya terus mengekalkan gerak kerja di PRK Tenang bagi persediaan PRU nanti," ujarnya.

Katanya, masyarakat di Bahagian Labis percaya, UMNO dan BN adalah parti yang boleh dijadikan sandaran untuk memastikan bukan sahaja nasib rakyat terus dibela, tetapi juga untuk mengekalkan keamanan negara dalam suasana aman dan harmoni.

"Rakyat sekarang sudah pandai menilai. Jadi mereka sedar hanya kita yang sentiasa berpegang kepada janji. Pembangkang hanya tahu menabur janji semata-mata untuk meraih undi. Kita juga sentiasa mengingatkan rakyat melalui program-program yang dijalankan agar jangan mudah terpengaruh dengan tipu muslihat pembangkang yang hanya mahu merampas kuasa," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan yang penuh untuk terus mempertahankan satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN di bahagian Labis pada PRU akan datang.

Katanya, Johor adalah kubu kuat BN dan ini memberi satu kelebihan kepada BN di bahagian Labis.

Namun jelasnya, ini bukan bererti usaha keras menghadapi PRU diabaikan.

"Kita perlu menggandakan usaha walaupun Johor adalah kubu kuat BN. Kubu kuatlah yang perlu kita jaga agar ianya terus memberi kelebihan kepada kita dan seterusnya mencapai hasrat untuk mendapat kembali 2/3 di dalam parlimen," katanya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 13 July 2011 Pada 6:30 PM

ads