Rabu, 14 Mac 2012

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Utusan Online - <b>Johor</b> | Edisi Nasional

Posted: 13 Feb 2012 11:07 AM PST

Punca kesesakan lalu lintas

Posted:

Punca kesesakan lalu lintas

Punca kesesakan lalu lintas

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my


MOHAMAD Hassan menunjukkan lampu isyarat yang tidak berfungsi dan menyusahkan penduduk di persimpangan Jalan Segamat-Air Hitam di Chaah, baru-baru ini. - utusan/MOHAMED SAARI


LABIS 13 Feb. - Lampu isyarat di persimpangan Jalan Segamat-Air Hitam di Chaah yang tidak berfungsi sejak lima bulan lalu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan terutama pada waktu puncak.

Difahamkan, lampu isyarat berkenaan yang menghala ke Taman Damai Jaya 2 dan Taman Sri Chaah itu rosak akibat dilanggar oleh sebuah lori dalam satu kemalangan, namun sehingga kini ia masih belum diperbaiki.

Seorang peniaga, Mohamed Hassan, 53, berkata lampu isyarat yang tidak berfungsi itu telah membahayakan keselamatan penduduk di sekitar kawasan berkenaan memandangkan telah beberapa kali berlaku kemalangan.

"Penduduk setempat terpaksa berhati-hati setiap kali masuk dan keluar di persimpangan itu kerana lalu lintas di persimpangan itu agak berbahaya.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberi keutamaan untuk mempercepatkan kerja-kerja membaiki lampu isyarat tersebut sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Chaah Baru, Marzuki Hassan, 45, berkata, lampu isyarat yang tidak berfungsi itu amat menyukarkan penduduk setempat khususnya kepada penunggang motosikal.

Katanya, berbanding kenderaan lain, penunggang motosikal lebih terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya, terutama setiap kali berhenti di persimpangan untuk masuk ke kawasan perumahan masing-masing.

Disaman polis ketika bimbangkan mat rempit

Posted:

Disaman polis ketika bimbangkan mat rempit

Disaman polis ketika bimbangkan mat rempit

PEMBENCI REMPIT

Saudara Pengarang, Baru-baru ini saya disaman oleh polis kerana melanggar lampu isyarat merah di sekitar kawasan Setia Tropika pada lewat dinihari.

Apa yang saya persoalkan di sini ialah apa yang menjadi keutamaan pihak polis? Keselamatan rakyat atau memberikan saman tanpa ada langsung budi bicara mengikut keadaan.

Dalam kes saya, jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 pagi dan ketika saya melakukan kesalahan tersebut tiada sebarang kenderaan di situ. Namun, apa yang membimbangkan saya, kawasan yang saya lalu sebelum tiba di lampu isyarat tersebut dipenuhi dengan 'mat rempit' dengan jumlah yang boleh dikatakan beratus-ratus orang.

Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri dengan golongan yang boleh dianggap sebagai 'penjenayah jalan raya itu', saya mahu segera pulang ke rumah tetapi ditahan tidak jauh dari lampu isyarat tersebut.

Saya memberikan sebab musabab, tetapi anggota polis yang menahan saya mengatakan yang kumpulan remaja bermotosikal berada di tempat lain dan tidak melalui kawasan itu, namun ketika saman ditulis, tiba-tiba terdapat empat orang remaja bermotosikal yang menunggang laju yang berpatah balik setelah menyedari kehadiran polis.

Timbul rasa tidak puas hati saya kerana anggota polis hanya menunggu di sekatan jalan raya seperti itu dengan tiga kereta peronda tidak bergerak mencegah mat rempit yang begitu ramai.

Saya sedar ia kesalahan saya dan sedia membayar saman itu, namun diharap pada masa depan anggota polis dapat menggunakan budi bicara dalam keadaan-keadaan terpencil seperti ini. Saya percaya bukan saya seorang yang melanggar lampu isyarat ketika dinihari kerana ramai pengguna jalan raya yang bimbang berhenti seorang diri pada waktu sedemikian.

Kehadiran mat rempit di kawasan itu, terutama pada hujung minggu sepatutnya dibanteras kerana bukan saja mengganggu penduduk berhampiran, malah pengguna jalan raya juga bimbang diapa-apakan jika tiba-tiba berpuluh-puluh motosikal berada di depan, kiri, kanan dan belakang kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads