01 di pengerang - Google Blog Search |
PETRONAS, BASF SE kendali produk kimia <b>di Pengerang</b> - blog*spot Posted: 06 Mar 2012 08:55 PM PST PETRONAS dan syarikat kimia terbesar dunia dari Jerman, BASF SE, semalam bersetuju menubuhkan sebuah syarikat usaha sama baru untuk membangun dan mengendalikan kemudahan pengeluaran produk kimia di Pengerang, Johor. Projek itu adalah sebahagian daripada komitmen pelaburan bernilai RM4 bilion yang diumumkan kedua-duanya sebelum ini. "Syarikat usaha sama itu nanti akan memiliki, membangun, membina dan mengendalikan kemudahan pengeluaran bagi isononanol, polyisobutylene, surfactant bukan ionik, asid methanesulfonic, dan kilang bagi pengeluaran bahan pemula," kata PETRONAS dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam. Perjanjian pemula (HOA) bagi pembangunan projek di Pengerang itu dimeterai Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dan Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif BASF, Dr Martin Brudermueller kelmarin. PETRONAS, menerusi anak syarikatnya Petronas Chemicals Group Bhd, dan BASF turut mencatat kemajuan dalam kajian daya maju untuk mengembangkan operasi BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd di Kuantan. BASF Petronas Chemicals yang ditubuhkan pada 1997 ketika ini mengendalikan kompleks integrasi dengan kemudahan pengeluaran acrylic monomer, produk oxo dan butanediol di Zon Perindustrian Gebeng, Pahang. "Perkembangan terbaru di Pengerang dan Kuantan itu akan membolehkan kami mengukuhkan bekalan kepada pengguna di Asia Pasifik. "Pada masa sama, kedua-dua projek itu membuktikan kejayaan usaha sama kami dengan Petronas," kata Brudermüller, yang bertanggungjawab bagi operasi BASF di Asia Pasifik dalam kenyataan itu. Sementara itu, Wan Zulkiflee, berkata perkembangan terkini portfolio produk kimia khusus itu penting bagi PETRONAS dan usahanya meningkatkan perniagaan hiliran petrokimia, sekali gus membuka laluan menjadi peserta utama di rantau ini. Projek baru di Pengerang dan pengembangan operasi BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd di Kuantan itu dijadualkan beroperasi antara 2015 dan 2018. |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan