Sabtu, 24 Mac 2012

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


ADUN MAHARANI TURUN PADANG <b>DI</b> KG <b>PARIT RAJA</b> MUAR

Posted: 18 Mar 2012 09:13 AM PDT


PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DUN MAHARANI DI KG PARIT RAJA MUAR.
Ahad 18 Mac 2012

Hari minggu hari cuti tetapi aktiviti ADUN Maharani bersama ahli jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Maharani, Majlis Tindakan DUN Maharani dan PAS Cawangan Parit Raja Jalan Dato Kosai Muar berterusan. Petang ini, Ahad 18 Mac 2012, bertempat di pekarangan Bilik Gerakan PAS Pt Raja, YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani turun padang untuk memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar Kg Parit Raja Muar.Inilah peluang untuk YB membantu dan bertemu rakyat sambil menasihati mereka supaya menjaga kesihatan. Bagi mereka yang kurang mampu mereka berpeluang menerima khidmat kesihatan secara percuma.Ramai di antara mereka tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit kencing manis atau darah tinggi. YB Dr Mohammad menyediakan pemeriksaan darah untuk kencing manis secara percuma.

Para penduduk hadir untuk mendapat pemeriksaan kesihatan seawal jam 3.00 petang walaupun sebahagiannya sibuk menghadiri majlis walimatulurus sempena cuti sekolah.. Seramai 50 orang penduduk mendapat manafaat pemeriksaan ini yang berlanjutan sehingga jam 6.30 petang. YB Dr Mohammad dibantu oleh isterinya, Puan Rubiah Raffee, yang sentiasa bersama membantu beliau menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan juga turut membantu.

Menurut Sdr Fuad, aktivis PAS Cawangan Parit Raja, program kali ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan. Banyak sumbangan diterima untuk menjayakan program ini termasuk jamuan, hadiah Pertandingan Dam untuk remaja , cenderamata untuk pesakit dan sumbangan barangan dapur untuk yang kurang mampu.

Ucapan perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani.


Dalam mucapan perasmian YB Dr Mohammad mengucapkan jutaan nterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini, para penyumbang dan penduduk setempat yang keluar beramai-ramai mengambil peluang mendapat pemerksaan percuma. Program ini akan dijalankan berterusan di beberapa tempat yang telah dikenal pasti. Program ini pernah diadakan di sini tahun lalu.Penduduk dalam DUN Maharani bertuah mendapat  wakil rakyat seorang doktor yang sentiasa berusaha memberi khidmat kesihatan terbaik kepada penduduk.

Seorang warga emas menerima rawatan.

Bukan sahaja rawatan, pesakit juga menerima cenderamata !

YB Dr Mohammad dibantu oleh  isteri , Puan Rubiah,

dan Sdr Tupin.

Giliran kakak ini untuk menerima rawatan.

Penduduk tempatan sabar menunggu giliran untuk diperiksa dan dirawat.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir.

Ada yang sakit, ada yang minta nasihat kesihatan....

Barang-barang keperluan dapur untuk yang kurang berkemampuan dan

hadiah Pertandingan Dam.

Program pada petang ini bukan sahaja pemeriksaan kesihatan tetapi juga majlis menyampaikan sumbangan beras dan barang keperluan dapur yang disumbangkan oleh PAS Cawangan Parit Raja. Seramai 22 orang ibu tunggal, warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan menerima sumbangan beras dan barang keperluan dapur.Sumbangan disampaikan oleh YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah Raffee..Ada di antara mereka adalah penerima sumbangan beras bulanan ( Program al it'aam ) yang dikendalikan oelh Lajnah Kebajiakan danKemasyarakatan PAS Muar.

YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan untuk warga emas.

Puan Rubiah menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal.

Sumbangan untuk mereka yang memerlukan.

Kegembiraan terbayang di wajah penerima,

menerima sumbangan daripada Puan Rubiah.

Pada petang ini juga anak-anak muda dan remaja tidak dilupakan. Satu Pertandingan Dam telah dijalankan dengan jayanya mulai jam 3.00 petang. Pertandingan ini dimenangi oleh Sdr Nizamudin Ali. Hadiah disampaikan oleh Puan Rubiah Raffee, isteri YB Dr Mohammad.

Johan Pertandingan Dam, Sdr Nizamudin tersenyuam puas

menerima hadiah daripada Puan Rubiah.

Pemenang Kedua Sdr Mohd Nurfaiq.


Bilik Gerakan PA Cawangan Parit Raja bersedia memberi khidmat masyarakat.

Para penerima khidmat kesihatan sangat berpuas hati nampaknya. Sebahagiannya sudah lama tidak membuat pemeriksaan kesihatan kerana sibuk dengan urusan masing-masing sehingga terabai kesihatann diri. . Ada yang terkejut apabila mendapati tekanan darahnya tinggi. Ada juga yang tidak menyangka mereka menghidap kencing manis. YB Dr Mohammad menggesa dan  menasihati mereka supaya segera  mendapat rawaatan doktor.

Anak-anak muda di kampung ini juga aktif dengan kegiatann sukan. Mereka mempunyai 3 pasukan Futsal dan bolasepak yang diberi nama Funny Kick A , B dan C. Mereka mendapat sokongan dan sumbangan daripada ADUN Maharani dan AJKnya. Baru-baru ini mereka telah memasuki Pertandingan Futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Muar dan Pertandingan Futsal peringkat negeri.Pertandingan Dam yang julung-julung kali diadakan ini adalah galakan untuk mereka terus bergiat dalam aktiviti yang berfaedah.Anak-anak muda ini perlu didekati supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang menimbulkan masalah sosial.

Pasukan Bolasepak Funny Kick mendapat sumbangan daripada YB Dr Mohammad.
(Harakah 19 - 22 Mac 2012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads