Sabtu, 24 Mac 2012

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Dua beradik rentung dalam kebakaran rumah kedai <b>di Pontian</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 11:00 PM PDT

PONTIAN: Dua beradik rentung dalam satu kebakaran membabitkan 10 rumah kedai dua tingkat separuh papan di Pekan Ayer Baloi di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Penolong Kanan Penguasa Bomba, Abd Hamid Aroon, berkata kebakaran dipercayai berlaku pada jam 4.30 pagi ketika mangsa, Khusnul Khotimah Selamat, 13, dan adik lelakinya, Rohman, 12, sedang tidur di tingkat dua rumah kedai yang berusia lebih 50 tahun itu.

"Bomba menerima panggilan kebakaran itu pada jam 4.47 pagi dan seramai 33 anggota bersama lima jentera bergegas bagi memadamkan kebakaran berkenaan," katanya di tempat kebakaran.

Beliau berkata, anggota bomba menemui rangka dua beradik itu selepas api berjaya dipadamkan pada jam 6.30 pagi.

Enam anggota keluarga mangsa, termasuk ibu bapa dua beradik malang itu, Hasniah Abd Hussin, 50, dan Selamat Kosnan, 51, berjaya menyelamatkan diri dari rumah yang disewa sebagai kediaman mereka.

Abd Hamid berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat.

Difahamkan, ketika kebakaran, hanya rumah kedai itu berpenghuni manakala yang lain menjalankan perniagaan pada sebelah siang seperti kedai runcit, kedai makan, kedai telefon, pusat siber dan stor.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Wan Razani Wan Iberahim ketika dihubungi turut mengesahkan kebakaran itu.

Beliau berkata, kebakaran itu tidak membabitkan sebarang perbuatan khianat.

Sementara itu, Hasniah berkata, ketika kebakaran, dia dan suaminya tidur di tingkat atas bersama mangsa manakala empat anak mereka yang lain di tingkat bawah.

Hasniah berkata, dia terjaga daripada tidur apabila terhidu bau asap sebelum turun ke tingkat bawah dan mendapati rumahnya terbakar.

"Saya ingat kedua-dua mereka ikut keluar dari rumah. Kami kemudian gagal menyelamatkan mereka kerana api marak dengan cepat," katanya.

www.bharian.com.my

Artikel kat bawah ni pun memang gilerkentang!

Dua Beradik Rentung Dalam Satu Kebakaran <b>Di Pontian</b>

Posted: 23 Mar 2012 08:50 PM PDT

Seorang ibu langsung tidak menyangka mimpi buruk yang dialaminya menjadi kenyataan apabila dua anaknya rentung dalam kejadian kebakaran di Pekan Ayer Baloi, Pontian, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kebakaran melibatkan 10 rumah kedai papan dua tingkat itu, Rohman Selamat, 12, dan kakaknya, Khusnul Khotimah Selamat, 13, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan hanya tinggal cebisan rangka dan tulang.

Hasniah Abd Husin, 50, yang masih terkejut dengan tragedi yang menimpa dua anaknya berkata, dia mengalami mimpi aneh sejak tiga bulan lepas dan tidak menyangka ia merupakan petanda buruk bahawa anak keenam dan ketujuhnya itu akan pergi selama-lamanya.

"Saya bermimpi tidak sempat capai tangan anak yang sedang meminta bantuan.

"Macam-macam kejadian aneh yang saya lihat dalam mimpi itu seperti tanah runtuh dan rumah terbakar, namun setiap kali saya cuba capai tangan salah seorang anak, pasti tidak kesampaian," katanya dengan linangan air mata.

Sementara itu suaminya, Selamat Kosnan, 51, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga tidur lena sebelum dikejutkan dengan bau asap tebal yang memenuhi ruang rumah.

"Khotimah dan Rohman tidur di tingkat atas rumah kedai, manakala dua lagi anak kami, Mohd Suhiban, 15, dan Mohd Iskandar, 17, tidur di tingkat bawah,

"Khotimah yang mengejutkan kami semua, menjerit dan memberitahu rumah kami sudah dipenuhi asap tebal di bahagian bawah," katanya.

Menurutnya, dia dan Hasniah bangun dalam keadaan panik terus ke tingkat bawah dan mengejutkan dua lagi anak lalu terus lari ke luar rumah menerusi pintu belakang.

"Saya sangkakan Khotimah dan Rohman sudah keluar lebih awal kerana mereka berdua yang mula-mula sedar rumah terbakar, rupa-rupanya mereka terperangkap dalam asap tebal," katanya yang hanya bekerja kampung.

Tambah Selamat, dia cuba bertindak masuk ke rumah semula untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya, namun dihalang jiran memandangkan api sedang marak dan merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

"Kami masih sangat terkejut dengan tragedi ini, namun redha dan menerima ketentuan ALLAH SWT," katanya yang turut mempunyai dua lagi anak, Nor Fitri Yana, 18, dan Mohd Hanafi, 21, masing-masing menuntut di asrama Sekolah Menengah Agama An Nur Benut dan Giat Mara Pontian dan tidak berada di rumah ketika kejadian.

Dalam pada itu, seorang warga emas, Ng Cheng Leong, 65, yang merupakan salah seorang penghuni deretan rumah kedai berkenaan juga dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan asma di Hospital Pontian.

Api marak dengan cepat

Sementara itu, tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan rumah kedai berhampiran daripada turut musnah dalam kejadian kebakaran itu, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdul Hamid Aroon berkata, sebanyak 20 rumah kedai yang berada di sebelah kanan dan kiri deretan bangunan yang musnah dalam kebakaran itu berjaya diselamatkan.

"Pihak kami menerima panggilan dari Bilik Kawalan Balai Bomba Johor Bahru, kira-kira jam 4.47 pagi dan sampai di tempat kejadian 15 minit kemudian.

"Seramai 32 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba Pontian, Balai Bomba Pontian Baru, Balai Bomba Rengit, Batu Pahat dan Bomba Sukarela Benut dikejarkan ke tempat kejadian," katanya.

Menurut Abdul Hamid, sebaik sahaja mereka tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan dilaporkan terdapat dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu.

"Sebaik saja api dipadamkan, pasukan bomba terus membuat pemeriksaan dan menjumpai rangka dan tulang kanak-kanak yang rentung berhampiran pintu keluar.

"Api cepat merebak kerana bangunan kedai dua tingkat itu diperbuat daripada papan dan bangunan itu juga uzur kerana sudah lebih 60 tahun dibina," katanya.

Abdul Hamid berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pakar Patologi daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Forensik Polis DiRaja Malaysia turut dipanggil untuk mengenal pasti mangsa.

Bunyi hon kejutkan penduduk

Dalam pada itu, salah seorang jiran mangsa turut menceritakan detik-detik cemas yang dialami ketika kebakaran itu berlaku.

Menurut Saadiah Mahadi, 54, ketika kejadian, dia bersama suami dan anak sedang tidur di tingkat atas rumah kedai berkenaan namun tersedar selepas terdengar bunyi hon kenderaan yang melalui jalan itu.

"Bunyi hon lori sampah dan kenderaan yang melalui jalan Pekan Ayer Baloi berjaya mengejutkan kami yang sedang lena dibuai mimpi.

"Selepas terjaga, saya terdengar bunyi riuh rendah orang meminta tolong. Saya terus keluar dari rumah dan terkejut melihat rumah jiran di hadapan sedang dijilat api," katanya yang mengusahakan kedai jahitan di situ.

Saadiah berkata, dia terus mengetuk rumah jiran yang lain dan meminta mereka keluar memandangkan api sedang marak kerana kebanyakan rumah di situ diperbuat daripada kayu.

Peniaga kedai kopi, Lee Lock San, 65, berkata, dia dan isteri turut terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising.

"Apabila saya bangun, api sudah marak ke kedai berhampiran, dan turut merebak ke kedai saya," katanya tinggal di situ sejak dilahirkan.

Dalam pada itu, nasib yang menimpa keluarga Selamat turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian dan penduduk kampung apabila mereka bekerjasama menyediakan rumah sewa sementara buat mereka.

Menurut Penghulu Mukin Ayer Baloi, Zulkifli Tubee, rumah sewa berkenaan akan menjadi tempat tinggal sementara bagi keluarga malang itu, manakala 10 keluarga lain yang terlibat dalam kebakaran tersebut akan tinggal bersama saudara-mara mereka di kawasan sekitar.

Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon turut melahirkan rasa simpati terhadap pasangan Selamat dan Hasniah di atas pemergian tragis kedua-dua anak mereka.

"Saya minta supaya kedai-kedai lama yang telah berusia puluhan tahun ini membuat pemeriksaan sistem pendawaian elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

No related posts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads