01 di parit sulong - Google Blog Search |
- Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search
- Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search
- Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search
Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST Perjumpaan dan dialog di Felda Air Tawar 4 Pak Abu pengasas Jawatankuasa Bertindak untuk Peneroka Felda Lok Heng Hadirin di Majlis Dialog di Felda Lok Heng Peneroka Felda Air Papan turut hadir Sdr Zabidie Abas menjelaskan perjuangan yang dibawakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal kepada peneroka-peneroka di Felda Lok Heng Pak Aya, seorang veteran politik dari zaman mudanya didalam PRM, kini PKR, menjadi Setiausaha Jawatankuasa Bertindak bagi peneroka-peneroka Lok Heng Rahman Kaimi, Ketua PKR Ranting Felda Nitar 2 mengajak peneroka Felda Bukit Batu supaya berjuang menuntut hak mereka. "Ayah kita kena tipu, kita generasi kedua kena tipu dan jangan biarkan anak kita pula ditipu oleh Felda" ujarnya semasa berucap dihadapan peneroka-peneroka Felda Bukit Batu. Didalam lawatan saya ke Negeri Johor pada 12 dan 13hb Disember 2011 membawa saya kepada 3 rancangan Felda iaitu Felda Bukit Batu, Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 didalam 3 kawasan DUN yang berbeza. Di kesemua rancangan Felda yang dilawati itu, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Zulkifli Daud mengadakan 3 Majlis Dialog. Tajuk utama dialog itu adalah berkaitan dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures ke pasaran saham dan kesannya yang akan menimpa peneroka-peneroka Felda dan juga kepada Felda. Anak-anak muda yang menghadiri majlis-majlis dialog itu memembawakan persoalan mengenai pemansuhan Felda Plantation dan pengagihan tanah ladang di Plantation itu kepada generasi baru Felda dan penerangan mengenai Janji Buku Jingga dan Janji Palong. Isu yang menjadi tarikan minat peneroka-peneroka yang hadir adalah mengenai isu geran tanah yang masih belum dikeluarkan walaupun mereka sudah begitu lama menjelaskan bayaran CAC termasuk premium melalui Felda; isu kegagalan Felda mengembalikan wang tanam semula yang dicarumkan oleh peneroka-peneroka sejumlah RM17,000.00; isu hutang yang begitu besar yang mereka tanggung kepada Felda, dan meminta penjelasan bahawa sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan mereka; dan isu saman terhadap Felda khususnya mengenai peratusan perahan KPG yang dimanipulasikan oleh Felda; dan isu saman terhadap Felda mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka. Di kesemua rancangan Felda yang saya lawati itu telah ditubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mengumpulkan peneroka-peneroka untuk memfailkan saman terhadap Felda. Kecuali di Felda Bukit Batu yang mana diadakan dialog di premis Ketua PAS Cawangan, dialog di Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 diadakan di rumah ahli-ahli UMNO. Ini adalah perkembangan luar biasa dan inilah trend yang sedang melanda Negeri Johor. | ||
Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search Posted: 29 Dec 2011 07:22 PM PST
| ||
Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST KOTA TINGGI 31 Dis. – Sebanyak RM3.16 juta diagihkan kepada 874 peneroka dari empat tanah rancangan Felda dalam kawasan Kota Tinggi bagi membantu mereka dalam program Skim Insentif Tanaman Semula Sawit (SITS), di sini semalam. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia boleh dianggap sebagai durian runtuh buat peneroka yang mana masing-masing mendapat RM4,000 seorang beserta bonus insentif produktiviti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Itu belum lagi termasuk bantuan one off RM500 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini akan menjadi galakan kepada penduduk dan diharap digunakan sebaiknya. "Apa yang kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini akan menjadi penaung untuk warga peneroka terus tingkatkan komitmen dan produktiviti masing-masing," katanya ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Felda Lok Heng Barat, di sini semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain; wakil Pengurus Felda Wilayah Selatan, Saifullah Md. Nor dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat MPOB, Dr. Burhanuddin Abd. Salam. Empat tanah rancangan Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur. Sementara itu, wakil peneroka Felda Lok Heng Timur, Bakri Sahadan berkata, ini merupakan hari paling bahagia apabila menerima peruntukan tersebut. "Walaupun sering diasak oleh penduduk kampung berkenaan perkara ini setiap kali mesyuarat diadakan, pada hari ini kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberikan peruntukan ini," katanya. Ketua peneroka Felda Bukit Easter, Daud Kamsani pula berkata, penantian penduduk selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian tersebut dan berharap agar semua penerima akan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dipetik dari Utusan Malaysia Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di lok heng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan