Sabtu, 10 Mac 2012

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Didakwa Tolak Islam, Tapi Mahu Allah Bersama? « ibn_bacoks

Posted: 29 Feb 2012 05:01 AM PST

Rumah > Uncategorized > Didakwa Tolak Islam, Tapi Mahu Allah Bersama?

PASIR GUDANG – Di sepanjang jalan ke arah sebuah Taman perumahan di Plentong, Pasir Gudang dekat sini terdapat bunting yang berbunyi 'Allah Bersama UMNO' mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Menurut sumber, bunting dalam gambar itu turut memaparkan logo Barisan Nasional tertera tulisan 'BN Hak Milik Semua, Pemuda BN Pasir Gudang' menjadi buah mulut orang bagaimana sebuah parti yang didakwa cukup liat bila diajak mendaulatkan hudud tapi memiliki harapan agar Pencipta Hudud itu bersama dengan mereka.

"Di sepanjang jalan ke arah Taman perumahan saya d plentong masai,Pasir Gudang…terdapat bunting Ini dipasang di setiap tiang …cuba baca Apa yg puak2 Ummo Ini tulis!.Apa komen anda tentang tulisan Kat banner ini?Adakah anda bersetuju?..tapi hairan d hati Ini sebuah parti yg menolak Islam tapi masih mahu Allah bersama mereka?," ujar pemilik akaun rasmi facebook Abusiraj Almuner.

Malah, ada juga komen mempertikaikan kredibiliti UMNO dalam menyentuh perilaku yang kurang enak didengar namun realtinya 'kebusukan' itu tidak boleh disembunyikan lagi.

"ALLAH BERSAMA UMNO…SEOLAH2 MEMAKSA ALLAH UNTUK BERSAMA UMNO…. SEPATUTNYA UMNO BERSAMA ALLAH…. (MELAKSANAKAN HUDUD…MELAKSANAKAN HUKUM2 ALLAH…HAPUSKAN RIBA' …. HAPUSKAN JUDI…. HAPUSKAN KELAB2 MALAM… SENANG CITER BUAT YANG BAIK… CEGAH YANG MUNKAR….) INI X… UMNO DAH TENTU JAHIL…DAH TENTU TERANG2 MELAWAN HUKUM2 ALLAH… TIBE2 NK ALLAH BERSAMA UMNO ….. X MALU KER?" komen pemilik facebook Abd Haffizd Abd Karim pula.

Dalam pada itu, persepsi masyarakat melihat UMNO begitu 'tertarik' dalam soal-soal agama hanya disifatkan 'bermusim' dan tidak lebih menuturkan kalimah Allah di mulut bukan dihati.

"Yg tepatnya umno bersama ALLAH bersempena serta bermusim saja…tak lebih dari itu.Islam ke msia ni kalau arak,judi,zina berleluasa…tak malu ke nak pakai kalimah suci ALLAH kalau kalimah tu hanya di mulut bukan dihati…perhatilah disekeliling kita apakah islam tu memerintah atau diperintah," dakwa Roslan Lan.

Dia buat dah: Kabel elektrik jatuh atas laluan Permas Jaya-<b>Plentong</b>

Posted: 29 Feb 2012 05:59 AM PST

Berita Harian Online | Kabel elektrik jatuh atas laluan Permas Jaya-Plentong: JOHOR BAHRU: Laluan Permas Jaya ke arah Plentong, di sini, ditutup hampir tujuh jam hari ini apabila paip kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terjatuh ke atas jalan selepas kerangka besi yang menampung kabel berkenaan patah.

Seorang pengguna laluan berkenaan, Mohd Rubaie Hayan, 55, berkata ketika kejadian pada 9.30 pagi itu, beliau dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Seri Alam untuk ke tempat kerja di Permas Jaya.

"Saya hanya berada kira-kira 100 meter dari paip kabel setinggi 45 meter yang merentangi jalan itu, sebelum ia tiba-tiba patah dan jatuh menghalang laluan jalan," katanya ketika ditemui, di sini.Mohd Rubaie berkata, beliau terus memberhentikan kereta dan mengarahkan kenderaan lain supaya tidak melalui laluan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permas, Datuk M Munusamy, berkata beliau pernah membuat aduan mengenai tahap keselamatan kabel itu setahun lalu.

"Kita pernah mengutarakan mengenai tahap keselamatan kabel berusia 25 tahun itu kerana kita merasakan ia tidak diselenggara dengan baik. Tidak sangka, insiden yang dikhuatiri berlaku kini menjadi kenyataan. Namun, nasib baik ia tidak menghempap kenderaan yang lalu," katanya.

Munusamy berkata, dianggar 10,000 kenderaan melalui laluan itu setiap hari dan laluan utama bagi pengguna dari arah Permas Jaya ke pusat bandar Johor Baharu itu sesak ketika waktu puncak.
Sementara itu, Pengurus Kanan (Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran) TNB Johor Mohamed Noh Md Seth, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10 pagi dan mengarahkan pekerja supaya membaik pulih besi dan paip kabel itu serta-merta.

"Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa kabel berkenaan pernah dilanggar lori yang menyebabkan strukturnya rosak. Jadi, kami bercadang untuk tidak lagi menggunakan kabel itu dan akan mencari laluan baru," katanya. - BERNAMA

'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads