Ahad, 4 Mac 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Perdana Hitam: 4000 Keluarga Dapat Pampasan <b>Di Pengerang</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:30 PM PST


PENGERANG: Setiap keluarga daripada 10 perkampungan yang dipindahkan kerana terbabit dalam pembangunan Projek Petroleum dan Gas Pengerang di sini, akan menerima wang tunai bagi keluasan tanah masing-masing yang diambil, selain sebuah rumah dengan tanah seluas 0.8 hektar sebagai pampasan. 
Fasa pertama pemindahan membabitkan 570 keluarga Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik bagi memberi laluan kepada projek mega bernilai RM60 bilion terbabit disasarkan bermula Oktober 2013 Penduduk tujuh kampung yang akan dipindahkan dalam fasa kedua membabitkan Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang. 
Secara keseluruhannya, ia dijangka membabitkan kira-kira 4,000 daripada 1,268 keluarga. Semua penduduk kampung terjejas dirancang untuk dipindahkan ke penempatan baru yang akan dibangunkan atas tanah seluas 474.8 hektar di Teluk Ramunia dengan pilihan mengekalkan nama asal kampung masing-masing di lokasi baru itu. 


Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika mengumumkan pemindahan itu berkata, kerajaan negeri belum dapat menetapkan nilai pampasan yang akan dibayar kepada setiap keluarga penduduk terjejas kerana proses penilaian dibuat mengikut kewajaran tanah yang diambil. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan penduduk terjejas akan diberi layanan sewajarnya kerana kerajaan negeri mempunyai pengalaman menyelesaikan isu sama membabitkan pengambilan lebih 12,000 hektar tanah penduduk bagi melaksanakan projek Nusajaya yang dilakukan sebelum ini.
"Kita akan memulakan pemindahan membabitkan tiga kampung terlebih dulu sebelum langkah sama disusuli tujuh buah kampung lagi berpindah ke penempatan sama. "Dalam tempoh 18 bulan bermula Mac ini, pembinaan rumah di penempatan baru itu dijangka siap untuk menerima pemindahan penduduk. 
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, kerajaan bersetuju mengurniakan dua ekar tanah (0.8 hektar) kepada setiap keluarga penduduk terbabit. "Bagaimanapun, tanah seluas dua ekar itu bukan di kawasan penempatan sama, sebaliknya kita akan usahakan pada satu kawasan lain untuk diberikan secara kelompok. 
Terserah pada penduduk untuk merancang pembangunan tanah itu kelak, sama ada dimajukan secara bersama sebagai kawasan pertanian kelompok atau diusahakan sendirian, " katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Kawasan Pengerang dan Taklimat Projek Petroleum dan Gas Pengerang di sini, semalam. 
Sejak Projek Petroleum dan Gas Pengerang itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak, pada Julai 2009, perjumpaan yang berlangsung itu pertemuan rasmi antara Kerajaan Pusat diwakili Menteri Besar Johor bertemu penduduk dan mengumumkan beberapa inisiatif dan faedah projek mega terbabit. 
Projek Terminal Petroleum Laut Dalam diusahakan Dialog E & C Sdn Bhd itu membabitkan pelaburan RM5 billon, manakala projek RAPID PETRONAS membabitkan pelaburan RM60 bilion dijangka menawarkan lebih 40,000 peluang pekerjaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads