Ahad, 4 Mac 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Projek OP <b>di Negeri Johor</b>

Posted: 20 Feb 2012 06:30 PM PST


Pada 8 - 10 Februari 2012 yang lalu, dua orang pegawai di Bahagian ini telah mengadakan sesi lawatan pemantauan projek / aktiviti orientasi pengeluaran (OP) di sekitar negeri Johor. Seramai 19 usahawan direkodkan terlibat dalam melaksanakan projek ini sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012. Diantara daerah-daerah yang dilawati ialah Johor Bahru, Muar, Segamat, Pontian dan Batu Pahat. Pemantauan ini meliputi bidang kraf kayu, jahitan tradisional Johor, batik, seramik dan anyaman rotan. 
Selaras dengan pemilihan warna pop art untuk diaplikasikan ke atas produk, produk-produk anyaman terutamanya dilihat begitu menyerlah dengan penggunaan warna-warna yang terang.
Produk kraf orang asli  anyaman rotan di Kg. Ulu Juaseh, Segamat
Produk dan bengkel anyaman rotan di Bukit Mambai, Segamat
Produk seramik juga mempunyai potensi yang baik dan seperti yang diketahui, kebanyakan produk seramik diusahakan di negeri Perak. Maka usaha Mutiara Ceramic untuk mewujudkan identiti seramik negeri Johor adalah sesuatu yang baik. Lokasi bengkel usahawan seramik ini ialah di Simpang Renggam. 
Lokasi : Mutiara Ceramic (Encik Jaini), Simpang Renggam. 


Usahawan-usahawan yang mengusahakan fesyen pakaian menggunakan teknik jahitan tradisional Johor juga mula memperlihatkan kreativiti masing-masing, dimana pakaian-pakaian yang dihasilkan menggunakan kain tenun menyerlahkan lagi teknik jahitan tradisional tersebut.
Produk pakaian menggunakan teknik jahitan tradisional Johor
Di daerah Muar pula, kami membuat lawatan pemantauan di bengkel usahawan kraf kayu yang terlibat dalam projek OP Senibina. 
Lokasi : Kreatif ER, Muar
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKKM Cawangan Johor yang memberikan kerjasama baik sepanjang lawatan selama tiga hari ini. Terima kasih juga kepada semua usahawan yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Produk-produk ini akan dipasarkan semasa berlangsungnya sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Sumber laporan : IntanRH / Nizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads