Sabtu, 14 April 2012

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


50000 dijangka sambut PM <b>di Batu Pahat</b> | The Unspinners

Posted: 06 Apr 2012 05:33 AM PDT


Besuk Perdana Menteri Dato Mohd Najib Tun Abdul Razak akan melawat Batu Pahat. Beliau menghadiri satu perjumpaan besar-besaran di Stadium Batu Pahat esok pagi.

Batu Pahat merupakan satu bandar yang empunyai sejarah istimewa buat UMNO. Berdekatan dengan stadium Batu Pahat, terletaknya Kelab Melayu Batu Pahat.


Padang Kelab tersebut adalah dimana tertubuhnya United Malay Organisation yang kemudiannya berubah menjadi UMNO selepas pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur dan dirasmikan di Istana Besar Johor Baru, Johor. Ini adalah antara cebisan sejarah kebanggan orang Batu Pahat.

Esok adalah kali pertama Dato Najib menjejak kaki ke Batu Pahat dalam siri lawatannya ke seluruh negara. Dijangka 50,000 akan turun meraikan perhimpunan besuk.


Batu Pahat adalah salah satu kubu penting untuk UMNO. Namun begitu ada kawasan tertentu yang dijangka jatuh keada DAP.

Bandar ini juga adalah tempat Presiden MCA, Dato Chua Soi Lek, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Dr Puad Zarkashi, dan lain-lain pemimpin BN.

Maaf gambar-gambar ini bukan gambar untuk sambut PM tapi cara orang Batu Pahat sambut pemimpin Pakatan Rakyat yang menyemak datang ke Batu Pahat.

Hidupku hidup orang biasa...: 70 ribu sambut PM <b>di Batu Pahat</b>?

Posted: 08 Apr 2012 11:36 PM PDT

Baca berita ini.(klik)






Saya berada di sana ketika PM datang ke stadium Batu Pahat.

Ya, memang ramai manusia yang hadir.

Tapi kalau betul 70 ribu datang, padang mesti penuh sesak dengan manusia, tak muat sampai ke jalan raya.

Surat khabar kalau nak kipas pun, janganlah melampau sangat.

Kalau nak kata 10 ribu - 20 ribu tu boleh percaya lagi.

Mungkin 70ribu tu termasuk yang berada di pasar dan di premis2 kedai sekitar bandar batu pahat.

Macam mana orang nak percaya kalau surat khabar perdana selalu kelentong.

Kalau betul 70 ribu, agak mustahil bagi saya yang datang agak lewat dapat lihat perarakan masuk PM, TPM dan VVIP lain pada jarak 5 meter.

Tambahan: 
- semua kakitangan kerajaan di Batu Pahat diwajibkan datang. Termasuklah cikgu-cikgu sekolah. (tapi ramai juga yang tak datang). Kakitangan awam di daerah lain juga dikerah datang.

- semasa PM tengah berucap pun, ramai yang seronok 'shopping' di gerai-gerai. Speaker kalau pasang banyak sikit, baru satu padang boleh dengar. Yang shopping, tak dengar satu hape pun.

- gerai-gerai pameran, terutama yang berdekatan dengan pentas memang laku. Jadi sasaran orang. Harga tu tak tahulah murah ke, mahal ke..

- sebelum PM datang, adalah artis yang buat persembahan. Alif aziz menyanyi atas pentas, peminat yang terkinja-kinja adalah dalam 20m persegi. Yang lain tengok kejpa, sambil-sambil lalu.

- paling ramai datang dan penuh melaut depan pentas masa PM ambil tempat atas pentas. Ada 70 ribu orang? jauh sekali. Kalau berita lapor 20 ribu tu boleh terima lagi.

Bukan nak kondem. Cuma kalau boleh, media bagi laporan yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads