Khamis, 12 April 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Gerak Gempur <b>di Kota Tinggi</b> - Utusan Malaysia Online - Politik

Posted: 09 Apr 2012 06:32 AM PDT

Gerak Gempur di Kota Tinggi

Gerak Gempur di Kota Tinggi

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

KOTA TINGGI 8 April – Lebih 1,000 anggota Pemuda Barisan Nasional (BN) dari 30 peti undi dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi menyertai program Pemuda BN Bermotor dan Gerak Gempur dalam misi menggempur pembangkang demi memastikan kemenangan BN di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai yang paling getir dan penting.

"Pemuda adalah pelapis negara yang perlu bersama meneruskan kelangsungan perjuangan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang gantinya.

"Negara kita, milik kita, walau apa pun yang terjadi, parti UMNO dan BN perlu dipertahankan bagi menentukan masa depan negara," katanya ketika berucap melancarkan program berkenaan di Dewan Seri Perani di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Pemuda UMNO Kota Tinggi, Mesran Tukiman.

Sementara itu Mesran berkata, program itu bukan saja menyemarakkan lagi jentera Pemuda, malah menjadi tanda laungan awal untuk bersiap sedia berdepan dengan pembangkang dalam pilihan raya yang akan menjelang.

"Penyertaan kali ini bukan sahaja dalam kalangan ahli parti tetapi juga belia yang menunjukkan komitmen cukup tinggi untuk bersama mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

"Ini secara tidak langsung membuktikan kita berjaya mendekati golongan muda untuk turut sama berjuang dan sekali gus menjadi barisan pelapis parti pada masa hadapan," katanya.

Tambah Mesran, pada program tersebut, satu ceramah khusus turut diadakan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) negeri bagi memberi kefahaman jelas tentang peranan dan tugas mereka serta garis panduan bertindak ketika berdepan dengan situasi sebenar pilihan raya kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads