01 di parit jawa - Google Blog Search |
Mohd Zaki: Sudah bersediakah.. Posted: 12 Apr 2012 03:29 PM PDT Sememangnya aku sudah bersedia. Jika permohonan pindah aku berjaya, Penginapan, aku akan tidur di kereta. Bantal dan toto sentiasa didalam kereta. Selesa? Aku selesa. Aku pernah tidur di khemah di tepi pantai semasa hujan lebat. Sememangnya tidak selasa waktu itu. Aku sudah rasa yang susah dahulu. Dan aku pernah tidur di Melbourne Airport di Australia. Aku tidur di Airport dan makan sekali sehari. Selama 6 malam 7 hari di Australia. Hanya bawa dollar Australia tak sampai 900 dollar australia. Dan permohonan pindah aku berjaya aku sudah list satu senarai apa perlu aku bawa. Aku akan tidur di kereta kancil aku. Aku mesti ada pillow dan toto. Dan aku mesti membawa air mineral didalam kereta. Dan aku mesti ada caj travel untuk laptop dan telefon aku. Caj ni boleh dicaj di kereta. Dengan itu aku boleh menonton TV melalui internet. Aku boleh mencari maklumat dari internet. Dengan ini hilanglah rasa bosanku. Aku akan parking kereta aku berhampiran pondok polis.Atau di sekitar pusat bandar. Dan aku akan sambung berlajar secara part time di Cosmopoint sebelah malam Isnin hingga Jumaat. Kenapa aku mesti pilih cosmopoint? Di cosmopoint aku akan masuk ke kelas harian tapi sebelah malam. Dari pukul 6 petang hingga pukul 9 malam. Aku akan mengambil course IT. Dengan IT ini, aku boleh pergi jauh. Aku minat komputer. Kalau diizinkan Allah, aku ingin berkerja bahagian teknikal bahagian IT PPD atau JPN. Dan kos pengajian aku, aku akan tanggung melalui kerja pertanian yang aku akan jalankan di Parit Jawa. Aku ada tanah Parit Jawa. Tanaman bendi aku akan usahakan. Dengan tanaman ini aku akan berlajar cara membuat batas, sistem parit , pagar, tuaian dan juga membuat pondok untuk berteduh. Dengan ini aku sudah ada kemahiran asas yang tak ada orang lain. Aku nak sesuatu dalam hidup aku ini boleh memberi sesuatu kepada manusia dan pada masa yang sama aku merai faedah jualan dari hasil yang aku jual. Jika aku hanya jadi kerani yang membuat update gaji atau cuti, aku rasa itu bukan aku. Budak lepas UPSR pun boleh buat apa yang aku buat sebagai kerani. Aku nak pelbagai kemahiran. Aku nak mahir dalam pertanian dan juga dalam baikpulih komputer dan juga IT. Dan kebun parit Jawa... Aku akan ceriakan kembali kebun parit jawa seperti dahulu. Hasil tanaman bendi itu, aku akan jual di pasar awam di parit jawa dan Bandar Muar...Ini sahaja plan yang aku rancang. |
You are subscribed to email updates from di parit jawa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan