01 di tampoi - Google Blog Search |
Aien Not Alien: Pengalaman <b>Di Tampoi</b> 2 (Akhir) Posted: 12 Apr 2012 07:50 PM PDT
Kepada Liyaa Mf dan Lea Isnawi jawapannya ialah KENA BERUCAP 2X sebab Bahasa Melayu (Hari Pertama Pengucapan Awam) dan Bahasa Inggeris (2nd Day Public Speaking). Banyakkan bercakap kurangkan berdiam diri semasa LDK akan menonjolkan kita dikalangan ratusan calon dimata Pegawai Penilaian.
Input tambahan yang aku perolehi sepanjang Aktiviti Kerja Sosial kebanyakkan daripada Klien menjadi penagih berulang adalah disebabkan faktor persekitaran dan juga tanggapan negatif segelintir masyarakat, mereka ada kemahuan untuk berubah namun seringkali kalah dek layanan dan kata-kata nista yang dilemparkan. AKU BENCI ORANG YANG BERLAGAK SUCI DAN SUKA MENGHINA ORANG LAIN. Sepatutnya perlu ada semangat "Ubah diri sendiri agar mampu mengubah orang lain." Tapi aku tahu itu semua hanya angan-angan semata, sukar untuk mengikis persepsi manusia dalam sesetengah perkara. >Mengeluh<
Sekian sahaja perkongsian Pengalaman Di Tampoi. Tunggu result dan kalau dapat Alhamdulillah memang ini rezeki yang diberikan Allah S.W.T dan kalau tak dapat aku akan jadikan Pengalaman Di Tampoi sebagai sebuah pengalaman paling berharga dikalangan pengalaman-pengalaman berharga aku yang lain. Hidup harus sentiasa optimis dimana aku dah berusaha semampu yang boleh dan sekarang tiba masa bertawakal sepenuh jiwa. JUMPA LAGI. |
You are subscribed to email updates from di tampoi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan