DIANTARA DESTINASI MENARIK <b>DI NEGERI JOHOR</b> Posted: 10 Apr 2012 03:22 AM PDT Disini saya sertakan senarai destinasi-destinasi yang menarik di negeri Johor untuk rujukan pembaca. - Air Papan (pantai), Mersing
- Ayer Hitam – Bandar Persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke KL atau sebaliknya. Selain makanan ia terkenal kerana seramik. Aw Pottery terletak di sini.
- Batu Layar- Pantai tempat bermandi manda.
- Crocodile World, Teluk Sengat, Desaru – Terletak 20 minit perjalanan dari Kota Tinggi, antara tarikan pelancong ke Desaru.
- Desaru – Pantai peranginan
- Taman Negara Endau-Rompin – terletak berdekan pekan Endau dan bersempadan dengan daerah Rompin di Pahang.
- Gunung Arong – Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Mersing.
- Gunung Belumut – Hutan rekreasi Gunung Berlumut antara tempat menarik di Kluang
- Gunung Lambak – Juga dalam daerah Kluang terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kluang. Penginapan dikenali sebagai Gunung Lambak Eco Resort terdapat di sini.
- Gunung Ledang – Gunung yang kaya dengan kisah misteri seperti nenek kebayan terletak berdekatan Tangkak dan Sagil dan bersempadan dengan Melaka. Juga dikenali sebagai Mount Ophir.
- Gunung Panti – Terletak tidak jauh dari Kampung Lukut ia berketinggian 1498 kaki.
- Gunung Pulai – Setinggi 2147 kaki terletak dalam daerah Pontian.
- Kota Johor Lama, Kota Tinggi.- Juga dikenali sebagai Teluk Sengat
- Kahang Organic Rice Eco Farm – Satu-satunya tempat penanaman padi yang diiktiraf organik di Malaysia
- Kelip-kelip di Kota Tinggi
- Legoland - Mula dibuka pada tahun 2012, terletak di Nusajaya. Ia merupakan tempat permainan dan hiburan bertemakan lego
- Kukup – kawasan perikanan di daerah Pontian
- Orchid Valley di Jalan Pontian-Kukup.
- Parit Jawa – antara pekan utama di daerah Muar. Terkenal dengan makanan laut segar.
- Pantai Penyabong di Endau
- Pulau Babi Besar, Mersing
- Pulau Sibu – Untuk kesini melalu jeti Tanjong Leman. Terkenal dengan aktiviti skuba diving
- Pulau Tinggi – Juga dari Tanjung Leman (dalam daerah Mersing, 72 kilometer ke selatan pekan Mersing)
- Pulau Tioman – Antara pulau popular di Malaysia, terdapat sebuah lapangan terbang domestik di sini.
- Tanjung Balau- Pantai tempat bermandi dan berkelah, terdapat juga Muzium Nelayan disini.
- Teluk Mahkota – juga dikenali sebagai Jason Bay terletak di Sedili kira-kira 28 kilometer dari pekan Kota Tinggi.
- Tanjung Piai – Kawasan paling selatan di Asia, disini letaknya Taman Negara Tanjung Piai (hutan paya bakau)
- ZenXin Organic Park – Jalan Batu Pahat, Kluang Johor.
Jika anda ada destinasi menarik yang masih belum tersenarai disini sila tuliskan di ruangan komen di bawah.. TQ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan