Sabtu, 30 Jun 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Mohamad Isamuddin Isa: Jom Heboh <b>Di</b> Plaza Angsana <b>Johor Bahru</b>.

Posted: 29 Jun 2012 05:44 PM PDT

 

1. Bermula hari ini dan esok akan berlangsunglah Jom Heboh di Plaza Angsana Johor Bahru, dan aku pastinya akan berkunjung ke situ setelah lama tidak pergi Jom Heboh sebab aku tidak suka lokasi sebelum ini iaitu di Danga Bay.

2. Untuk pengetahuan semua Plaza Angsana merupakan lokasi ketiga yang pernah dipilih oleh TV3 di Johor Bahru setakat ini. Semasa zaman aku sekolah Jom Heboh (dulu sure heboh) diadakan di dataran bandaraya Johor Bahru (menara jam tu), setelah itu ditukar ke Danga Bay untuk sekian lama sebelum memilih Plaza Angsana sebagai lokasi baru.

3. Jika disebutkan pasal Jom Heboh ni, pasti perkara buruk itu yang banyak digembar-gemburkan, yelah dimana pergaulan bebas merera-rata di tempat jom heboh itu, walaupun sejak aku zaman sekolah Jom heboh ni tujuannya dia adalah untuk hiburan keluarga.

4. Macam hari ni, aku akan pergi dengan mak abah aku, jalan-jalan, makan-makan, ambil apa-apa informasi yang ada kat situ.

5. Selain itu, jangan kita tak tahu, Jom Heboh ini umpama Nikmat Besar kepada peniaga-peniaga kecil, yang mana pendapatan mereka untuk 2 hari jom heboh ini, boleh capai kesamaan pendapatan mereka selama 2 bulan (itu jiran aku cakap, mungkin sekadar perumpamaan rambang darinya)

6. Jika disebut Jom Heboh, Konsert Jom Heboh malam ahad tu pasti tidak terlepas dari diperkatakan, dalam sejarah aku pergi jom heboh, aku pernah pergi sekali je konsert malam ahad tu, itu pun sebab kereta sepupu aku tak boleh keluar dari Danga Bay tu, oleh itu terpaksa tunggu sampai malam.

7. Oleh itu aku tak galakkan pun kalian ke konsert tu, tengok dalam TV pun lagi best, tak ada lah penyanyi atau pengacara tu paksa-paksa kita menjerit untuk uji ke-sporting-an kita katanya.

8. Selamat berhibur di Jom Heboh di Plaza Angsana Johor Bahru, pergi dengan keluarga lebih syok kot, sebab kurang sikit keluar duit.. hahahaha

9. Jom Jom Jom Jom, Jom Heboh Heboh..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads